Selepas satu musim yang sangat menghampakan musim lalu, Sarawak memutuskan untuk tidak terlalu emosi pada musim ini. Mereka gagal menjadi pasukan yang berada di pertengahan liga walaupun berbelanja besar.
Sebelum pergi lebih lanjut, kami mahu memberikan pengharagaan kepada media bebas Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan previu pasukan Bumi Kenyalang ini.
Anda boleh melawat mereka di carian Facebook dan juga lama rasmi mereka di shootsampeibisak.com.
Berbalik kepada previu pasukan Sarawak kami gariskan beberapa isu untuk mereka dalam menghadapi musim hadapan.
Jurulatih
Sarawak memutuskan untuk mengekalkan David Usup sebagai ketua jurulatih. Beliau menjadi pemangku jurulatih pada musim lalu selepas pemecatan Datuk K. Rajagobal.
Dari segi filosofi dan falsafah taktikal sukar untuk menghuraikan isu ini. Ini kerana musim lalu lebih kepada panic button untuk Sarawak. Mereka berjuang untuk kekal.
Isu taktik dan permainan mereka tolak ketepi. Mereka cuba untuk menang dengan cara yang lebih teknikal. Jadi, musim 2017 adalah penanda aras sebenar kemampuan David Usup.
Persiapan
Dari segi persiapan pra-musim, kami menganggap pasukan Sarawak sebagai pasukan yang telah melakukan persediaan yang baik.
Mereka pergi ke Australia untuk jelajah pra musim. Mereka juga giat melakukan persediaan selepas kembali ke Sarawak.
Pemain dari Filipina Mark Hartmann dan Lee Jong Ho adalah pemain import yang sudah sah bersama pasukan. 2 lagi slot masih belum diumumkan.
Ada beberapa pemain import yang diuji menepati kriteria namun terpaksa dilepaskan kerana isu permintaan gaji. Jadi kamu rasa ia langkah bijak dalam berbelanja musim ini.
Sama-sama kita tunggu sama ada mereka akan memenuhkan 4 slot import ataupun tidak.
Mereka juga mengekalkan pemain pertahanan kebangsaan Ronny Harun sebagai kapten pasukan. Satu langkah yang baik kerana pemain ini berpengaruh dan berkarakter sebagai pemimpin.
Prospek
Sarawak memiliki beberapa pemain muda yang boleh diletakkan dalam kategori prospek. Rodney Calvins antara pemain muda yang menjadi kegemaran penyokong Sarawak.
Pemain ini memiliki badan yang tegap dan merupakan pemain tengah bertahan yang lasak. Seterusyna adalah Muhammad Nurhidayat. Pemain yang bermain bek sisi. Pemain ini adalah tipikal pemain bek sisi ofensif.
2 pemain di bahagian sayap adalah Tommy Mawat dan Nurshamie Iszuan. Tommy Mawat mungkin bakat muda yang ramai kita sudah maklum tentang prospek beliau.
Tommy adalah pemain sayap kiri dan Nurshamie adalah pemain sayap kanan. Kedua-dua mereka suka menewaskan pertahanan dengan kelajuan.
Seterusnya adalah penyerang muda bernama Abdul Rahim. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pasukan media Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, mereka menlabel pemain ini sebagai natural finisher.
Aspirasi 2017
Sarawak meletakkan sasaran untuk berada di kelompok pertengahan liga. Mereka juga meletakkan 5 teratas sebagai satu pencapaian yang terbaik untuk mereka cuba capai.
Kami merasakan pasukan ini memerlukan sokongan yang padu daripada penyokong Bujang Senang. Musim lalu, pasukan Sarawak memiliki jumlah kehadiran penyokong yang rendah.
Dengan susun atur pra musim yang lebih menekankan aspek pemain tempatan dan pemain muda, kami melihat ia sebagai satu langkah yang harus dipuji.
Sebelum ini FAS terlalu menyisihkan isu pembangunan bakat muda mereka. Sedangkan Sarawak dahulu gudang pemain berkualiti dengan gaya mereka sendiri.
Bobby Pian, beradik Sari, Gilbert Cassidy Roslan Ismail, Ali Sapiee, Jalil Rambli, Junior Eldstal, Joseph Kalang Tie hanyalah sebahagian kecil nama yang kami boleh senaraikan.
Apa yang FAS lakukan musim lalu sangat headless. Kami tidak memberi jaminan mereka akan lebih baik musim ini. Namun kami yakin mereka berbelanja lebih berhemah musim ini.
Selamat maju jaya untuk Sarawak FA.
Baca juga:Previu MSL 2017: Ashley Westwood Bakal Merevolusi Pulau Pinang Dengan Pemain Muda