Terkenal dengan motto “Small Team Big Dream”, pasukan ini seringkali dianggap pasukan kerdil. Namun istilah big dream itu membawa kepada impian ataupun cita-cita besar mereka.
Setelah bertahun mereka hanya dianggap pasukan kedua di Terengganu, kini tugas sebagai pasukan terbaik di Terengganu adalah milik mereka.
Musim lalu adalah musim yang terbaik dalam sejarah penubuhan kelab mereka. Mereka mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia. Namun tewas di tangan juara 33 kali Selangor.
Mentaliti
Musim lalu mereka lebih baik dari segi mentaliti untuk menang. Namun begitu ia masih perlu ditingkatkan lagi. Pasukan ini boleh menewaskan mana-mana pasukan jika pemain berada dalam mentaliti yang betul.
Sindrom terasa kerdil kadangkala menghalang mereka untuk bermain lebih baik di dalam padang. Isu ini harus diperbaiki Rahmad Darmawan.
Pada musim 2017, tekanan ke atas mereka pasti lebih tinggi. Saya masih ingat bagaimana pasukan ini jadi gugup ketika ramai datang ke stadium untuk menyaksikan mereka.
Ini kerana mereka seakan-akan agak sukar mengendalikan harapan (expectation) daripada peminat dalam skala yang lebih besar.
Mereka mungkin agak gementar dengan tiba-tiba di media sosial penyokong Terengganu mulai bercerita lebih banyak pasal mereka.
Saya sentiasa teruja jika mereka bermain dengan cara mereka yang lebih semulajadi dan bebas tekanan.
Ini bukan bermaksud saya menjadikan kehadiran penyokong yang ramai akan mengganggu mereka. Sebaliknya saya cuba menyatakan T-Team harus berjiwa lebih besar kerana mereka adalah pasukan terbaik di Terengganu untuk musim 2017.
Persiapan Lebih Rapi
Mereka lebih menumpukan persiapan dari segi menajamkan taktikal. Ini kerana mereka memiliki unit pemain yang kerap bermain bersama.
Buat masa ini, saya boleh katakan pasukan ini berada dalam landasan persedian lebih rapi berbanding musim lalu. Mereka bermain dalam perlawanan pra-musim berhadapan dengan pasukan yang berbeza karakter.
Kesimpulan
Ini adalah musim yang lebih besar untuk T-Team. Mereka adalah pasukan yang sentiasa hadir dengan kejutan dalam setiap perlawanan.
Mereka harus memperbaiki isu konsistensi dan juga winning mentality. Status under-dog itu mungkin selesa dibawa ke tempat lawan.
Namun di tempat sendiri, status under dog itu akan diatasi oleh harapan (expectation) penyokong. Nak tak nak, mereka harus cuba menyesuaikan diri dengan status baru mereka sebagai pasukan utama dari Terengganu.
Ini kerana istilah derbi setempat di negara kita agak susah untuk wujud. Ramai lebih selesa dengan konsep adik-abang.
Baca juga:Dalil Kenapakah Negara Ini Layak Jadi Hos Piala Dunia 2026!