Previu Liga Super 2016: Pulau Pinang Perlu Hentikan Kebangkitan Lewat Pahang

Pulau Pinang perlu menang perlawanan ini untuk mencerahkan lagi usaha mereka mendapatkan status sebagai pasukan Liga Super musim 2017.

Pahang juga pasti mahu meneruskan survival mereka sehingga ke hari terakhir saingan Liga Super. Sebarang keputusan selain menang, Pahang akan tersingkir!

Prestasi Semasa

Berdasarkan prestasi semasa, keputusan Pahang lebih positif berbanding Pulau Pinang.

Pahang tidak pernah tewas dalam 2 perlawanan terakhir Liga Super mereka. Malah mereka berjaya mengejutkan Selangor yang berada di tangga ke-5 dengan kemenangan 1-0 di Stadium Shah Alam.

Pulau Pinang pula masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super mereka. Gawang mereka juga agak poros dengan dibolosi 8 gol dalam tempoh tersebut.

Ini adalah rekod mereka dalam 6 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

ph2

Rekod Pertemuan

Daripada 24 pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan sejak 2004, Pahang menang 11 daripadanya. Manakala Pulau Pinang hanya menang 4 kali. Baki 9 perlawanan lagi adalah seri.

Dalam tempoh tersebut, Pulau Pinang masih belum pernah menang di Kuantan dengan kalah 8 kali dan seri 4 kali.

Untuk rekod yang lebih semasa dalam 6 pertemuan terakhir, kedua-dua pasukan agak seimbang. Pahang menang 2 kali, Pulau Pinang menang 2 kali dan kedua-dua pasukan seri 2 kali.

Ini adalah rumusan statistik dalam 6 perlawanan terakhir kedua dua pasukan.

[table]
,Pahang,Pulau Pinang,
Menang,2,2
Kalah,2,2,
Seri,2,2,
Gol,10,10
Bolos,10,10,
[/table]

ph3

Pahang menang: 2 (33.3%)
Pulau Pinang menang: 2 (33.3%)
Seri:2 (33.3%)

Fakta Perlawanan

  • Pahang menang 5 kali, kalah 4 kali dan seri sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka di Kuantan
  • Pahang tidak kalah dalam 3 perlawanan terakhir mereka
  • Pahang hanya menang 2 daripada 10 perlawanan Liga Super di tempat sendiri musim ini
  • Pulau Pinang masih belum menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka
  • Pulau Pinang hanya menang 2 daripada 10 kunjungan mereka ke tempat lawan dalam Liga Super 2016.
  • Pahang memiliki purata bolos lebih tinggi di tempat sendiri (2.40 bolos per perlawanan) berbanding dengan aksi di tempat lawan (1.60 bolos per perlawanan)
  • Pulau Pinang hanya gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan Liga Super sahaja musim ini dan ketiga-tiganya adalah di tempat lawan
  • Kedua-dua pasukan memiliki peratusan menjaringkan gol lebih tinggi selepas minit ke-75 berbanding dengan minit-minit lain.

Sebelum Wisel

Tekanan sudah pasti dirasai oleh kedua-dua pasukan. Pulau Pinang pastinya mahu kekal dalam Liga Super selepas berjaya memenangi promosi musim lalu.

Jika dalam pertemuan di Stadium Bandaraya pada Februari 2016 lepas, Pahang jelas tidak mampu menyaingi kehebatan individu pemain-pemain Pulau Pinang (masih ingat sepakan percuma Faiz Subri yang tercalon dalam anugerah Puskas?), kali ini Pahang mempunyai sedikit kelebihan.

Ia adalah perlawanan yang wajib menang untuk pasukan Pahang.

Jika tewas mereka akan sah tersingkir untuk musim hadapan. Manakala jika seri, nasib mereka terlalu bergantung di tangan pasukan-pasukan lain.

Baca juga : Analisis Zon Penyingkiran Liga Super 2016: Pasukan Mana Yang Akan Tersingkir?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN