Previu: Liverpool vs Man. City, Pertarungan Bola Sepak Ofensif

Hari ini akan berlangsung perlawanan tumpuan EPL di antara Liverpool dan Manchester City di Anfield.

Liverpool pastinya ada detik untuk dilupakan ketika dibelasah Manchester City di Etihad dalam perlawanan pertama mereka dengan jaringan 5-0.

Pertarungan bola sepak menyerang

Kami menjangkakan perlawanan ini akan dipenuhi dengan aksi serang-menyerang di antara kedua-dua pasukan. 144 gol liga terhasil daripada 2 pasukan ini setakat ini.

Mereka adalah pasukan 2 teratas untuk jumlah jaringan di EPL setakat ini. Itu sudah cukup menceritakan teori awal bahawa ini adalah perlawanan di antara 2 pasukan yang memiliki barisan serangan yang prolifik.

Manchester City kehilangan Gabriel Jesus, namun itu bukan masalah apabila mereka memiliki pemain seperti Aguero dan Sterling di hadapan. Pemain lain juga boleh melakukan tugas untuk menjaringkan gol.

Kualiti pertahanan

Ini adalah pemberi perbezaan yang terbesar untuk perlawanan ini. Pasukan mana yang bertahan lebih baik akan lebih berpeluang untuk menang perlawanan ini.

Liverpool dijangka akan menggunakan pemain pertahanan termahal di dunia, Virgil Van Dijk buat pertama kali dalam EPL. Beliau akan melakukan debut EPL di hadapan penyokong sendiri.

Manchester City memiliki rekod pertahanan yang jauh lebih baik daripada lawan mereka. Manchester City hanya melepaskan bolos 13 kali musim ini berbanding dengan 25 bolos oleh Liverpool.

Rekod pertemuan

Daripada 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan 3 daripadanya dimenangi oleh Liverpool. 1 seri dan 2 lagi dimenangi oleh Manchester City.

Sebagai rekod, Manchester City tidak pernah menang di Anfield hampir 15 tahun. Sejak 1981, pasukan Manchester City hanya menang sekali sahaja di Anfield. Kali terakhir Manchester City menang perlawanan liga di Anfield adalah pada 2003.

Kali terakhir Manchester City menang 2 perlawanan berturut-turut dalam liga ke atas Liverpool dalam semusim adalah pada 1936/37.

Prestasi Manchester City

Mereka adalah pasukan terbaik di England buat masa ini dan dalam kelompok pasukan terbaik di dunia. Manchester City menang 20 daripada 22 perlawanan EPL setakat ini. 2 lagi adalah seri. Mereka masih belum kalah dalam liga.

Manchester City

City adalah pasukan dengan rekod jaringan tertinggi dan bolos terendah. Jadi, mereka akan beraksi tanpa tekanan yang tinggi berbanding dengan Liverpool.

Prestasi Liverpool

Liverpool juga berada dalam prestasi yang agak baik buat masa ini selepas agak goyah pada awal musim.

Kepulangan Mohamed Salah ke dalam skuad selepas kecederaan adalah berita yang baik untuk Liverpool. Liverpool akan beraksi tanpa kapten Jordan Henderson yang dijangka akan digantikan oleh Emre Can.

Liverpool masih tidak tewas dalam 13 perlawanan di Anfield dalam EPL.  Mereka juga masih belum tewas dalam 17 perlawanan terakhir.

Apa kata pengurus?

Jurgen Klopp: “Seronok berhadapan dengan Manchester City. Mereka ada pemain yang sangat baik dan jika anda tak menghormati perkara itu, anda dalam masalah.”

“Tetapi, jika anda terlalu menghormati mereka dan tak cukup berani dalam perlawanan, anda juga dalam masalah. Jadi, anda harus tunjukkan apa yang anda ada.”

Guardiola: “Sudah pastinya, untuk memenangi kejuaraan liga, anda harus menang dalam perlawanan seperti ini.”

“Dalam musim ini kami sudah berjaya melakukannya dalam beberapa perlawanan. Namun kami masih perlu pergi ke Anfield, Tottenham dan masih banyak lagi baki perlawanan.”

“Tetapi perlawanan menentang Liverpool adalah perlawanan sangat penting untuk menguji kemampuan kami. sama ada kami boleh mencapai sesuatu yang lebih besar seperti UCL.”

Sebelum wisel

Pasukan mana akan menang dalam perlawanan ini? Pastinya, ia adalah perlawanan yang akan menemukan 2 pasukan yang dahagakan penguasaan bola dan corak ‘high line pressing’.

Kemenangan untuk City akan mengekalkan jarak ‘luar biasa’ yang mereka miliki dengan pasukan Manchester United.

Manakala, kemenangan untuk Liverpool bermakna mereka akan memintas Chelsea di tangga ke-3 liga.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN