Previu Liga Super Malaysia (Matchday 14): Mampukah Felda United Terus Mengejar JDT?

Semalam 1 perlawanan Liga Super berlangsung dengan JDT menewaskan Sarawak 1-2 di Kuching. Malam ini nanti akan menyusul 5 lagi perlawanan.

Previu

1.Pulau Pinang v Selangor

ppse

P.Pinang memiliki rehat yang lebih banyak daripada pasukan Selangor kerana tidak terlibat dalam Piala Malaysia. Selangor memiliki prestasi serangan yang sangat baik buat masa ini.

Ranking Semasa Liga Super

3. Selangor (25 Mata)
12.Pulau Pinang (10 mata)

Prestasi Semasa 6 Perlawanan Terakhir

headdddd

Rekod Pertembungan 6 Perlawanan Terakhir

rek

Fakta Perlawanan

  • Selangor menang 5 perlawanan terakhir menentang P.Pinang. 6 gol dan 1 bolos sahaja direkodkan Selangor  dalam 5 perlawanan tersebut
  • Kemenangan P.Pinang ke atas T-Team sebelum ini merupakan kemenangan pertama setelah 10 perlawanan tanpa kemenangan
  • Selangor masih belum tewas dalam 10 perlawanan domestik berturut-turut dengan P.Pinang tewas 6 kali daripada 10 perlawanan domestik terakhir.
  • P.Pinang masih tidak menang dalam 4 perlawanan terakhir di tempat sendiri. Kali terakhir, menang 4-1 ke atas Pahang pada Februari 2016
  • P.Pinang sentiasa menjaringkan gol dalam 7 perlawanan terakhir di tempat sendiri
  • Selangor menang 3 daripada 5 kunjungan terakhir ke Pulau Pinang dengan 2 perlawanan terakhir di sini Selangor menang 0-1.

Sebelum Wisel

P.Pinang perlu memanfaatkan setiap perlawanan dengan sebaik – baiknya selepas ini. Terutama sekali perlawanan-perlawanan di tempat sendiri untuk keluar dari dasar liga.

Selangor pula harus memenangi perlawanan ini untuk menjadi terus berada dalam trek mencabar kejuaraan liga setelah JDT menang semalam.

Selangor seakan akan menggemari kunjungan ke Pulau Pinang setakat ini. Adakah P.Pinang akan mengakhiri rentetan kekalahan 4 perlawanan di tangan Selangor?

2. Kedah v T-Team

kedddd

Kedua-dua pasukan baru sahaja bertemu di aksi Piala Malaysia sebelum perlawanan ini dan hasilnya, Kedah menang 0-2 di Terengganu.

Kedua dua pasukan terikat dengan 16 mata dan cuma dibezakan dengan perbezaan jaringan sahaja dalam carta liga.

Ranking Semasa Liga Super

5. T-Team (16 Mata)
6. Kedah (16 mata)

Prestasi Semasa 6 Perlawanan Terakhir

fkwd

Rekod Pertembungan 6 Perlawanan Terakhir

head2t

Fakta Perlawanan

  • Kedah tidak pernah tewas di Darul Aman dalam 13 perlawanan terakhir di tempat sendiri
  • T-team cuma menang 2 perlawanan daripada 13 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan
  • Kali terakhir T-Team menang di tempat lawan adalah di Utara , namun di Pulau Pinang pada hampir 3 bulan yang lalu, 24.April 2016.
  • T-team masih belum menang dalam 6 perlawanan terakhir  selepas 4 kemenangan berturut-turut sebelum itu. Mereka melepaskan 12 bolos dalam tempoh tersebut

Sebelum Wisel

T-team dalam prestasi buruk buat masa ini. Mereka pasti mahu mengakhiri prestasi tersebut sebaik sahaja bermula separuh musim yang kedua.

Kedah dibolosi 9 kali dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Jelas ia adalah isyarat mereka perlu memperbaiki bahagian pertahanan.

3. Kelantan v Pahang

daldas

Derbi Pantai Timur kedua untuk Kelantan setelah menewaskan Terengganu tempoh hari. Kelantan dalam mood serangan yang baik.

Manakala Pahang pula baru sahaja menagakhiri rentetan tanpa kemenangan dalam Liga Super mereka dengan menang 2-0 ke atas Sarawak.

Ranking Semasa Liga Super

4. Kelantan (16 mata)
10. Pahang (12 mata)

Prestasi Semasa 6 Perlawanan Terakhir

fp

Rekod Pertembungan 6 Perlawanan Terakhir

laske;

Fakta Perlawanan

  • Pahang adalah pasukan yang ada rekod lebih baik dalam pertemuan ini setakat ini menang 7 dan seri sekali daripada 10 perlawanan terakhir menentang Kelantan di home atau away.
  • Walaubagaimanapun 2 perlawanan terakhir mereka di Kota Bharu dimenangi Kelantan
  • 21 gol dihasilkan kedua dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir mereka (Pahang 11 gol, Kelantan 10), perlawanan ini sangat aktif dengan jaringan gol.
  • Pahang gagal menang dalam 4 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan selepas kali terakhir menang di Ipoh pada April lalu.
  • Pahang tewas dalam 4 daripada 5 perlawanan terakhir mereka

Sebelum Wisel

Kelantan pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan. Pahang adalah antara lawan mereka yang sukar, namun 2 perlawanan terakhir mereka di sini adalah merekodkan kemenangan.

Pahang mengharapkan kemenangan untuk melonjakkan mereka keluar daripada pertarungan penyingkiran.

4. PDRM v Felda United

pdr

Felda United harus menang untuk terus menjadi genuine title contender musim ini. Namun lawan mereka kali ini ada kualiti tersendiri untuk menewaskan sesiapa sahaja.

Ranking Semasa Liga Super

2. Felda United (31 Mata)
8. PDRM (14 mata)

Prestasi Semasa 6 Perlawanan Terakhir

hed

Rekod Pertembungan 6 Perlawanan Terakhir

pd5

Fakta Perlawanan

  • 4 perlawanan terakhir PDRM di tempat sendiri adalah seri
  • PDRM hanya menang sekali dalam 8 perlawanan terakhir mereka, kalah 3 kali dan seri 4 kali.
  • Felda menang dalam 8 daripada 10 perlawanan terakhir mereka, tewas sekali dan seri sekali
  • Felda tewas 3 daripada 5 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan

Sebelum Wisel

Felda tewas dalam saingan Piala Malaysia mereka berberapa hari lalu. Namun fokus mereka dalam Liga Super harus diperkuatkan.

PDRM pula berjaya mengikat JDT dalam perlawanan sebelum ini dan ia mungkin tonik berharga untuk mereka bawa ke dalam perlawanan ini.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Malaysia: Selangor v Kelantan (3-3) Satu Episod Serangan Tajam Dan Pertahanan Lemah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN