Jadual Perlawanan 03.08.2016
Sarawak v Terengganu
T-team v Selangor
Pulau Pinang v Johor Darul Ta’zim
Kedah v Pahang
Kelantan v FELDA United
Perak v PDRM
Kedudukan Semasa
Previu
Sarawak v Terengganu
Kedua-dua pasukan dalam krisis prestasi buat masa ini. Kemenangan amat penting untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Prestasi Semasa
Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)
Sarawak Menang : 3 (50%)
Terengganu Menang: 2(33%)
Seri : 1 (17%)
Fakta Perlawanan
- Terengganu menang dalam 4 daripada 10 kunjungan ke Kuching. Namun Tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka di sini.
- Sarawak menang 5 daripda 10 perlawanan terakhir mereka menentang Terenganu di Kuching.
- Terengganu cuma menang 1 daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Dan tewas dalam 3 perlawanan terakhir setakat ini
- Sarawak tewas dalam 2 perlawanan home terakhir mereka di Kuching. Tewas kepada JDT dan T-team
- Sarawak cuma menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka.
- 4 daripada 5 perlawanan terakhir Sarawak dibolosi dengan 2 gol
Pulau Pinang v Johor Darul Ta’zim
Pulau Pinang dalam mood yang agak baik buat masa ini. Mereka masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Mereka perlu menang perlawanan ini, dalam usaha untuk keluar dari zon penyingkiran.
JDT pula, mahu terus memimpin liga. Jadi, 3 mata adalah keutamaan mereka.
Prestasi Semasa
Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)
P.Pinang menang:0(0%)
JDT menang: 6(100%)
Seri: 0(0%)
Fakta Perlawanan
- JDT telah menjaringkan 24 gol ke atas Pulau Pinang dalam 6 pertemuan terakhir mereka, purata 4 gol setiap perlawanan
- JDT masih belum tewas dalam 10 perlawanan terakhir menentang Pulau Pinang sejak kekalahan terakhir mereka pada 2007 di Pulau Pinang.
- Kekalahan 3-0 di tangan Perak adalah yang pertama oleh JDT di tempat lawan selepas 5 perlawanan.
- Pulau Pinang tidak pernah gaga menjaringkan gol di tempat sendiri pada 2016.
- Perak adalah pasukan pertama yang menjaringkan 3 gol ke atas JDT selepas Al-Qadsiya pada September 2015
Kedah v Pahang
6 mata sahaja yang memisahkan kedua-dua pasukan sebelum sepak mula walaupun Pahang di tangga tercorot dan Kedah di tangga ke-4. Pahang cuma 2 mata dari zon selamat.
Prestasi Semasa(6 Perlawanan Terakhir)
Rekod Pertemuan (6 Pertemuan Terakhir)
Kedah menang: 3 (50%)
Pahang menang: 2 (33%)
Seri: 1(17%)
Fakta Perlawanan
- Kedah tidak menang dalam 2 perlawanan terakhir
- Pahang mengakhiri rekod 3 perlawanan tanpa kemenangan dalam kemenangan 1-0 ke atas Selangor
- Pahang tewas dalam kesemua 6 kunjungan terakhir mereka ke Alor Star
- Kedah masih belum pernah tewas dalam mana-mana perlawanan di tempat sendiri musim ini
- Kedah masih belum tewas dalam 15 perlawanan terakhir mereka di kandang sendiri
- Pahang hanya menang 1 daripada 10 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan
- Pahang masih belum menang dalam 5 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan dan 4 daripadanya adalah gagal menjaringkan gol
T-team v Selangor
Selangor sudah tergelincir daripada trek persaingan kejuaraan liga. Hanya keajaiban luar biasa yang boleh membantu mereka untuk menjadi pesaing ketiga kejuaraan musim ini. Manakala T-Team hanya 2 mata di atas zon penyingkiran.
Prestasi Semasa
Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)
Selangor menang: 4(83%)
T-Team menang: 0(0%)
Seri: 1 (17%)
Fakta Perlawanan
- Kemenangan ke atas Sarawak oleh T-Team sebelum ini adalah yang pertama selepas kalah 4 perlawanan berturut-turut sebelum itu.
- Selangor masih belum menang dalam 4 perlawanan terakhir dengan 2 seri dan 2 kekalahan terakhir.
- Selangor menang 2 kunjungan terakhir ke kandang T-Team
Perak v PDRM
Perak telah mencatatkan 4 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan. Mereka dalam suasana yang lebih motivasi selepas menewaskan pasukan serba lengkap JDT.
PDRM pula baru menang perlawanan pertama mereka selepas krisis prestasi yang agak teruk sebelum ini.
Prestasi Semasa (6 Perlawanan Terakhir)
Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)
Perak menang: 2(33%)
PDRM menang: 3(50%)
Seri : 1(17%)
Fakta Perlawanan
- Perak menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka
- PDRM menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka
- PDRM menang dalam 2 daripada 4 kunjungan terakhir ke tempat lawan
- Perak menang 3 daripada 5 perlawanan terakhir di tempat sendiri