Previu Liga Super 2016: Pertahanan Terengganu Berdepan Tugas Sukar Kekang Penyerang Kedah

Tekanan sudah pasti memuncak di kem Terengganu. Namun begitu, Kedah mungkin akan merehatkan beberapa pemain penting mereka kerana selepas ini mereka ada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia.

Ia bergantung kepada pengurusan skuad oleh Tan Cheng Hoe.

Prestasi Semasa

Terengganu berada dalam prestasi yang agak teruk selepas gagal menang dalam 11 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Terengganu turut gagal memenangi mana-mana 8 perlawanan Liga Super terakhir mereka.

Berbeza dengan Kedah yang menang 8 daripada 10 perlawanan terakhir mereka dan memenangi 5 perlawanan Liga Super terakhir mereka.

Ini adalah rekod 6 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan:

tr1

Rekod Pertemuan

Sejak 2007, kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 31 kali. Kedah terlalu unggul dalam perlawanan ini apabila memenangi 18 perlawanan. Terengganu pula hanya menang 5 kali sahaja. 8 perlawanan lagi seri.

Ini pula rekod 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

te2

Terengganu menang: 2 (33.3%)
Kedah menang: 2 (33.3%)
Seri: 2 (33.3%)

Fakta Perlawanan

  • Sekitar April 2008 sehingga May 2010, Kedah menang kesemua 7 perlawanan berturut-turut menentang Terengganu
  • Kedah menjaringkan 7 gol ke dalam gawang Terengganu dalam 3 perlawanan terakhir mereka bertemu
  • Kedah menjarinkan 13 gol dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan
  • Terengganu pula, hanya menjaringkan 2 gol daripada 5 perlawanan terakhir mereka
  • Terengganu tewas 6 kali dan seri sekali dalam 7 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri dalam semua pertandingan
  • Kedah hanya tewas 2 kali dalam 10 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan dalam semua pertandingan
  • Kedah hanya menang 1 daripada 10 perlawanan terakhir Liga Super mereka di tempat lawan
  • Terengganu bolos lebih banyak di tempat sendiri (22) berbanding di tempat lawan (18) dalam Liga Super musim ini
  • Kedah dibolosi 20 kali di tempat lawan dan hanya bolos 6 kali di tempat sendiri dalam Liga Super musim ini

Sebelum Wisel

Terengganu mungkin dalam prestasi hambar namun mungkin berpeluang mencuri mata memandangkan Kedah mempunyai kepentingan (priority) yang lebih utama di kempen Piala Malaysia.

Terengganu pastinya mahukan kemenangan dalam perlawanan ini sebelum menentang Pulau Pinang dalam perlawanan terakhir mereka.

Tetapi perlu diingat, menentang duo Shane Smeltz dan Thiago Augusto yang sedang ‘mengganas’ di depan gol ketika ini, pertahanan Terengganu perlu fokus dan peka!

Baca juga : Analisis Zon Penyingkiran Liga Super 2016: Pasukan Mana Yang Akan Tersingkir?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN