Menjelang Semifinal Ke-2 LBR 2017, Hari Perhitungan Ke Final

Liga Bola Sepak Rakyat 2017 telah memasuki Separuh Akhir Kedua. Berikut merupakan previu ringkas untuk perlawanan yang akan berlangsung petang ini (6 Mei 2017).

Gua Musang (3) lwn (2) Keningau

Perlawanan akan berlangsung di Padang Sivik, Bandar Gua Musang, pada pukul 4.15 petang.

Gua Musang mempunyai kelebihan 1 gol selepas perlawanan pertama. Menurut Ketua Jurulatih Gua Musang, Ruhaled Abd Hamid menyifatkan pemain tidak boleh mendabik dada.

Pasukan dari Kelantan itu diingatkan agar tidak terlalu gembira sehingga menjejaskan aksi timbal balik pada esok hari. Selagi wisel penamat tidak dibunyikan, peluang untuk kedua-dua pasukan tetap sama.

Jurulatih Keningau pula Sueli Apin berpendapat bahawa anak buahnya mesti mengambil pengajaran kekalahan pada minggu lalu. Mereka harus bangkit untuk menang dan layak ke pentas akhir.

Keningau optimis dan yakin bahawa mereka tetap berpeluang ke final. Walaupun mereka masih terkesan dengan melepaskan dua gol dalam masa 7 minit di laman sendiri minggu lalu.

Bachok (1) lwn (2) Serian

Perlawanan ini akan berlangsung di Padang IKBN, Tangok, Bachok, juga pada pukul 4.15 petang.

Rozaini Romainor memberitahu bahawa Serian pula yang bertandang ke Bachok enggan mengutamakan taktik bertahan. Meskipun mereka selesa mendahului wakil Kelantan itu.

Jurulatih Serian itu bercadang mengekalkan formasi sama yang biasa digunakan pada perlawanan sebelum ini.

Kesimpulan

Sekali lagi penulis menyeru kepada penduduk sekitar Gua Musang dan Bachok, turunlah ke gelanggang masing-masing pada esok. Dan sebarkanlah maklumat perlawanan LBR ini kepada semua medium yang ada.

Semoga berjaya kepada yang bertanding. Moga LBR menjadi ladang untuk bakat baru bola sepak negara!

Baca juga: LBR 2017:Serian Sedia Halang Final Derbi Mini Gua Musang Dan Bachok Di Final

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN