Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2016 menentang Kemboja pada 20 November ini. Berikut adalah previu kami untuk 3 perlawanan peringkat kumpulan pasukan Harimau Malaysia.
Kami senaraikan 3 aspek utama yang akan dihadapi Malaysia sepanjang kempen peringkat kumpulan iaitu:
Aspirasi: Berpeluang ke pusingan kalah mati.
Ekspektasi : Mengiringi Vietnam sebagai naib juara kumpulan B
Cabaran : Kejutan daripada Kemboja Myanmar.
3 aspek di atas akan menjadi asas sama ada Malaysia boleh menunaikan aspirasi. Lebih indah jika mampu melebihi ekspektasi dan juga mengatasi potensi cabaran daripada 2 pasukan selain pasukan pilihan Vietnam.
Berikut adalah previu kami dalam 3 perlawanan awal Malaysia dalam kumpulan B.
Previu
Malaysia v Kemboja
Tarikh : 20 November 2016
Tempat : Thuwunna YTC, Yangon
Masa : 4.30 pm
Penilaian Awal : Wajib Menang
Secara teknikal, ia adalah perlawanan di antara pasukan yang berada di ranking ke-164 (Malaysia) berhadapan dengan pasukan di ranking ke-167 (Kemboja).
Kami meletakkan perlawanan ini mesti menang untuk pasukan Malaysia. Sebarang keputusan selain menang akan memberikan masalah kepada pasukan Malaysia.
Perlawanan pembukaan adalah penting untuk mana-mana pasukan dalam memulakan kempen untuk dijadikan motivasi berguna dan lebih kawalan ke atas kempen dalam 2 perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Pemain tumpuan untuk pasukan Kemboja adalah Chan Vathanaka dan Mony Udom yang dianggap sebagai prospek terbaik dalam skuad Kemboja sekarang ini.
https://www.youtube.com/watch?v=KBetjI9xxgA
Mereka menjadi pemain penting dalam pusingan play-off untuk negara ini sampai ke AFF Suzuki kali ini dengan mengejutkan pasukan pilihan Timor Leste.
Duo ini juga memberikan masalah kepada Singapura dalam perlawanan persahabatan pada 13 November lalu. Kemboja meningkat dengan drastik sejak akhir-akhir ini.
Bolasepak Kemboja di mata semuanyaBOLA:
– Tidak gentar
– Pemain muda bersemangat tinggi
– Pakej kejutan
– Underdog
– Agak kucar-kacir berhadapan pasukan agresif
Malaysia vs. Vietnam
Tarikh : 23 November 2016
Tempat : Thuwunna YTC, Yangon
Masa : 4.30 pm
Penilaian Awal : Vietnam adalah pilihan
Vietnam kini berada di ranking ke-122 berbanding dengan Malaysia di ranking ke-164. Dari segi perkembangan semasa, Vietnam jelas sekali pasukan pilihan.
Mereka memiliki bola sepak yang tersendiri. Mereka bangkit menewaskan Indonesia dalam perlawanan ujian terakhir mereka di Hanoi dan seri 0-0 menentang kelab Jepun Avispa Fukuoka.
Dalam 3 perlawanan jelajah Korea Selatan mereka menang 2 kali dan seri sekali.
Vietnam dan Malaysia dianggap pilihan awal daripada kumpulan B dan masing-masing dengan status 1 Piala AFF. Malaysia secara realistik perlu menganggap perlawanan ini sebagai asal tidak kalah (not to lose).
Pemain tumpuan sudah pastinya penyerang berusia 30 tahun Le Cong Vinh yang juga merupakan pemain rebutan di Liga Thailand untuk musim 2018 atas kuota pemain Asia Tenggara.
https://www.youtube.com/watch?v=rOlrokul2fQ
Jika Malaysia menang perlawanan ini, ia akan menjadi motivasi yang kuat.
Bola Sepak Vietnam Di Mata semuanyaBOLA:
– Transisi segera
– Sabar dalam penguasaan bola
– Penetratif
– Sangat rapuh bila diserang balas terutama di bahagian sayap
Malaysia vs. Myanmar
Tarikh : 26 November 2016
Tempat : Thuwunna YTC, Yangon
Masa : 7.30 pm
Penilaian Awal : Perlawanan Sukar
Myanmar adalah pasukan yang paling rendah ranking dalam kumpulan ini di kedudukan ke-181. Namun mereka telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Malaysia dijangka akan menyelesaikan perhitungan ke pusingan kedua dalam perlawanan terakhir ini. Ranking mereka mungkin jatuh teruk.
Namun dalam 7 perlawanan terakhir mereka menentang pasukan seperti Oman, Lebanon, Singapura dan juga pasukan Malaysia sendiri.
Dalam perlawanan terakhir Malaysia menentang Myanmar, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
Pemain tumpuan adalah kapten berusia 27 tahun mereka, Yan Aung Kyaw yang setakat ini sudah ada 44 caps kebangsaan di bahu beliau.
Bola sepak Myanmar di mata semuanyaBOLA:
– Tidak ada DNA taktikal yang dominan
Sebelum Bermula
Kami di semuanyaBOLA merasakan Malaysia masih pasukan pilihan untuk mara ke pusingan kalah mati terutama sekali sebagai pengiring kepada Vietnam.
Kegagalan untuk mara ke pusingan seterusnya mungkin bukan episod yang baik untuk Datuk Ong Kim Swee. Cabaran utama Malaysia adalah Myanmar.
Adakah Malaysia mampu melepasi aspirasi dan melebihi ekspektasi. Pada masa yang sama tidak terkandas di tangan Kemboja ataupun Myanmar.
Apa pula pandangan anda ke atas pasukan Harimau Malaysia.
Baca juga : Meraikan Genap 20 Tahun Piala AFF Dan Penglibatan Skuad Malaysia