Previu Piala Malaysia 2017: Kedah Berhadapan Pasukan ‘Baru’ Melaka

Melaka adalah pasukan yang paling sibuk dalam jendela perpindahan yang lalu. Manakala, pasukan Kedah pula pasukan yang boleh dikatakan tidak terlibat aktif.

Prestasi semasa

Kedah menagn 3 daripada 5 perlawana terakhir mereka. Dalam perlawanan menentang Perak pada saingan Liga Super Sabtu lalu, pasukan Lang Merah tewas 2-3 di halaman sendiri.

Melaka pula, masih belum menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Seri 4 kali dan tewas sekali dalam proses tersebut.

Rekod pertemuan 5 perlawanan terakhir

Rekod agak ‘berat sebelah’ kepada Kedah. Kedah menang kesemua 5 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Melaka merupakan lawan yang ‘digemari’ pasukan Kedah. 5 perlawanan terakhir, Kedah menjaringkan 20 gol dan hanya bolos 4. Purata 4 gol per perlawanan dalam 5 perlawanan terakhir.

Fakta perlawanan

– Melaka tidak pernah menang ke atas Kedah sejak 2007. Daripada 11 perlawanan terakhir sejak 2007 dalam semua pertandingan, Kedah menang kesemua 11 perlawanan
– Melaka masih belum menang dalam 10 perlawanan terakhir mereka.
– Manakala kekalahan di tangan Perak sebelum ini adalah yang pertama untuk pasukan Kedah dalam 7 perlawanan terakhir mereka
– Melaka masih tidak pernah menang di tempat lawan dalam 6 perlawanan terakhir mereka, mencatatkan 2 gol dan bolos 18 kali dalam tempoh tersebut
– Kedah tewas pertama kali di tempat sendiri ketika menentang Perak Sabtu lalu, selepas 15 perlawanan

Previu taktikal

Kami jangkakan pertarungan di antara 2 pasukan dengan formasi 4-2-3-1 berorientasikan penguasaan bola. Ini kerana Melaka menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan pendekatan tersebut ketika menentang PKNS tempoh hari.

Itu cuma jangkaan kami, kerana Melaka musim ini memang tidak ada formasi dan orientasi taktikal yang signifikan.

Apa yang kami jangkakan dari Kedah

Nidzam Adzha perlu menyediakan pelan taktikal berkesan dengan skuad yang ada yang bergelu dengan krisis kecederaan. Kedah ada isu dengan pertahanan yang kronik ketika menentang Perak.

Fitri Omar adalah weakest link terbesar mereka. Secara adilnya, memang satu pasukan Kedah gagal bertahan sebagai pasukan. Pemain malas untuk turun segera ketika bertahan.

Apa yang pasti Kedah perlu memperbaiki isu kepadatan mereka ketika bertahan. Aspek serangan mereka terlalu bergantung kepada Liridon Krasniqi. Apabila suis ini berjaya ditutup lawan, mereka akan terkial-kial.

Apa yang kami jangkakan dari pasukan Melaka?

Ketika menentang PKNS tempoh hari, Khuzaimie Piee diarahkan bermain bek kiri. Dia menjadi ‘weakest link’ di dalam pasukan dan ‘dibuli’ oleh Fabio Ferreira.

Felipe de Souza (pemain no.10 melaka), walaupun menjaringkan gol menentang PKNS beliau ada keupayaan teknikal yang baik tetapi kurang aktif terlibat dalam binaan serangan pasukan.

Marko Simic pula ada 2 ‘clear cut chances’ namun gemuruh di hadapan gol. Masalah normal di dalam pasukan Melaka. Tetapi kami tetap rasakan Simic pemain penting mampu berinteraksi dengan baik dengan pemain di sekeliling beliau dengan ‘link-up play’ berkesan.

Fauzi Roslan (LW) antara pemain yang sangat menyerlah ketika menentang PKNS. Bercerita tentang 4-2-3-1 dengan pivot kembar, Melaka berjaya membentuk gandingan yang baik tempoh hari.

Melaka akan kehilangan Jasmin Mencinovic kerana kad merah menentang PKNS.

Sebelum wisel

Melaka menunjukkan aksi yang berbeza ketika menentang PKNS, namun malangnya mereka masih gagal memenangi perlawanan tersebut.

Krisis kecederaan menjadi isu yang memeningkan Nidzam Adzha. Kehilangan ramai tonggak penting memerlukan beliau memikir strategi yang sesuai dengan pasukan yang ‘kecil’ dimiliki beliau ketika ini.

Foto: Asiana.my

Kedah turun dengan status juara bertahan, sudah pastinya mereka mahu memulakan kempen Piala Malaysia 2017 dengan kemenangan.

Untuk Melaka pula, dengan kualiti skuad yang dirombak oleh mereka, sudah pastinya mereka mahu serius dalam kempen Piala Malaysia mereka kali ini. Ini selepas bergelut dengan prestasi pada kempen Liga Super.

Siapa yang akan menang pada malam ini? Apa ramalan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN