Previu: JDT Hasrat Kukuhkan Cengkaman, Sarawak Buru Angka Keramat 22 Mata

JDT kini selesa dengan 9 mata di atas pasukan di tangga ke-2 Kedah. Sarawak pula hanya dibezakan 2 mata daripada zon penyingkiran. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan dalam previu perlawanan ini.

1. Jurulatih

Morais cemerlang dalam 4 perlawanan terakhir beliau dengan JDT setakat ini. Menang 3 kali dan seri sekali dalam semua pertandingan.

Sebelum ini beliau sudah melayan kunjungan pasukan Sarawak di Larkin dalam kempen Piala Malaysia dan mereka menang 4-0.

Sarawak akan bergantung kepada idea dari Pengiran Bala yang menjadi interim selepas pengunduran David Usup. Ianya tugasan yang berat. Adakah beliau akan dapat menjelmakan kejutan?

Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

2. Nazmi Faiz vs Raickovich

Tidak pasti sama ada Natxo akan diturunkan malam ini kerana Morais sudah membayangkan akan merehatkan pemain utama mereka.

Natxo Insa membutktikan beliau sangat cepat mengadaptasi permainan di Malaysia. Raickovich apa kurangnya. Namun Natxo memiliki kualiti pemain di sekeliling beliau yang lebih berkualiti.

Namun kali ini kami ingin menggariskan kualiti Nazmi Faiz. Beliau antara pemain yang selesa dengan sistem Morais ketika perlawanan menentang Terengganu.

Bagi Sarawak, kestabilan di tengah sangat penting. Raickovich akan menjadi jeneral untuk Sarawak di tengah bersama-sama dengan pemain lain untuk berhadapan pasukan yang memiliki kualiti teknikal yang lebih baik.

3. Sarawak berjuang untuk kekal

Bagi pasukan Sarawak, setiap perlawanan adalah ‘final’ untuk mereka mengelak daripada zon penyingkiran. Buat masa ini, mereka masih mengawal nasib mereka sendiri.

Satu lagi perlawanan adalah melibatkan Melaka dan Pulau Pinang. Berdasarkan purata angka magik untuk kekal, kami mengariskan 22 mata adalah jumlah yang dianggap ‘magic number’. Sarawak 8 mata lagi daripada angka itu.

Baca juga: Berapakah Mata Yang Diperlukan Pasukan Liga Super Untuk Mengelakkan Diri Dari Tersingkir Ke Liga Perdana ?

Harus diingat, Pulau Pinang antara pakar dalam mengelak penyingkiran.

4. JDT kurang tekanan

JDT sudah pastinya kurang tekanan di dalam perlawanan ini. Ini selepas mereka melebarkan jarak mata kepada 9 mata dengan pasukan Kedah minggu lalu. Tekanan yang kurang ini membolehkan mereka bermain bola sepak dengan cara lebih selesa.

Dengan kualiti pasukan mereka yang ada, JDT berpotensi untuk menjarakkan mata lebih jauh kerana Kedah akan berhadapan pasukan Selangor dalam pertemuan 4 pasukan teratas.

5. Taktikal

Kami menjangkakan Sarawak akan turun dengan formasi lebih padat dan defensif. Mereka akan cuba membawa pulang sebarang mata dari Larkin.

Manakala JDT pastinya akan mengekalkan sistem 4-3-3 yang ofensif. Sama-sama kita tunggu sama ada akan ada eksperimental dalam taktikal Morais kali ini.

Sebelum wisel

JDT mahu mengekalkan jarak yang jauh dengan pencabar mereka untuk membolehkan mereka menjuarai Liga Super untuk kali ke-4 berturut-turut.

Untuk pasukan Sarawak, mereka akan meraikan sebarang mata dari Stadium Larkin. Adakah mereka mampu melakarkan kejutan kali ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN