Jika ada senarai perlawanan terpenting bagi skuad Harimau Malaya pada tahun ini, kami yakin Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe akan meletakkan perlawanan menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil pada malam ini di senarai teratas.
Perlawanan pada malam ini adalah perlawanan keempat bagi kedua-dua pasukan di saingan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Gambaran Kumpulan G
Thailand gah di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri. Vietnam mengutip jumlah mata yang sama, namun dipisahkan dengan perbezaan gol untuk berada di tangga kedua.
Tangga ketiga pula diduduki oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang pasti masih segar dari igauan dikejutkan Thailand.
Malaysia hanya dengan satu kemenangan setakat ini pula berada di tangga keempat kedudukan Kumpulan G untuk mengatasi Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Malaysia memerlukan mata penuh pada malam ini demi memastikan survival saingan diteruskan di peringkat kumpulan. Kekalahan pula akan memberikan impak kepada motivasi pemain, dan mampu menjejaskan saingan di perlawanan-perlawanan seterusnya.
Thailand pula mahu memastikan mereka kekal sebagai pencabar utama untuk muncul juara kumpulan sekaligus mara ke pusingan akhir kelayakan selain secara automatik dinobatkan sebagai ‘Raja Bola Sepak Asia Tenggara.
Harimau Malaysia lebih seimbang
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe tampak lebih seimbang di setiap posisi untuk perlawanan menentang Thailand, berbanding tiga perlawanan kelayakan terdahulu.
Dalam beberapa perlawanan lalu, bahagian tengah sering dilihat pincang terutama ketika melibatkan pemain utama seperti Azam Azih.
Ramalan kesebelasan utama anda malam ini?
?: FAM#MASTHA#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/Wt9bwLbONS
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 14, 2019
Kali ini Tan Cheng Hoe turut menyenaraikan Baddrol Bakhtiar dan Afiq Fazail untuk posisi tengah.
Tatkala Badrrol adalah pemain yang kaya dengan pengalaman dan sememangnya mampu beraksi di posisi tengah seperti dibuktikan bersama Kedah, prestasi Afiq bersama JDT juga adalah perkara positif yang diperlukan oleh pasukan negara.
Gajah Perang tampil yakin
Bagi Thailand, kunjungan ke Bukit Jalil dianggap perlawanan paling sukar di pusingan kelayakan ini. Untuk rekod, skuad Gajah Perang tidak pernah merekodkan sebarang kemenangan ketika Malaysia menjadi tuan rumah sejak 15 tahun yang lalu.
Malah kali terakhir pertemuan membabitkan kedua-dua negara pada tahun lalu, menyaksikan Malaysia seri 0-0 di Bukit Jalil sebelum sekali lagi seri 2-2 dalam perlawanan yang diadakan di Bangkok, Thailand di separuh akhir kedua Piala AFF 2018.
#Changsueklive วันที่ 13 พฤศจิกายน 2562 ช้างศึก ลงฝึกซ้อมอย่างเข้มข้น เป็นครั้งสุดท้าย ที่สนามกีฬาแห่งชาติ บูกิต จาลิล ก่อนพบกับ ทีมชาติมาเลเซีย ในศึกฟุตบอลโลก 2022 รอบคัดเลือก โซนเอเชีย รอบ 2 นัดที่ 4#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย pic.twitter.com/6hKgzIyMWJ
— Changsuek (@Changsuek_TH) November 13, 2019
Maka tidak hairanlah mengapa kali ini Thailand mahu memecahkan ‘sumpahan’ terhadap pencapaian Gajah Perang ketika beraksi di negara ini dengan menurunkan skuad terbaik mereka khusus untuk perlawanan ini – termasuk beberapa pemain yang berpengkalan di Eropah.
Taktikal: Rombakan oleh Tan Cheng Hoe?
Pasukan negara dijangka akan turun dengan formasi 4-2-3-1 Formasi ini turut boleh berubah kepada 4-3-3 bergantung kepada fasa permainan. Sebelum ini Tang Cheng Hoe memberi gambaran akan ada sedikit rombakan kepada kesebelasan utama dan peranan yang akan dipegang oleh barisan pemain.
Gandingan Brendan Gan-Azam Azih dijangka dikekalkan di bahagian tengah. Berdasarkan perlawanan persahabatan menentang Tajikistanl, Baddrol Bakhtiar atau pun Syamer Kutty dijangka akan melengkapkan gandingan tiga serangkai di jentera tengah.
Atau pun, Syafiq Ahmad turut boleh digunakan sebagai No.10 di belakang penyerang utama. Penyerang JDT ini ternyata lebih berbahaya dari posisi tersebut apabila bijak mencari ruang untuk menerima bola sebelum bertindak menjaringkan gol.
Datuk Haji Hamidin Mahu Pemain Harimau Malaya Tunjuk Taring Sebenar Bertemu Thailand Malam Ini
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah meluangkan masa bersarapan pagi dengan para pemain.
Baca penuh di https://t.co/3iSkpxB1hD#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/zkQbk0JUvV
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 14, 2019
Bahagian serangan menarik untuk diperkatakan. Safawi rasid dijangka akan beraksi di sayap serangan kanan. Ini bermakna Mohamadou Sumareh berkemungkinan akan beraksi di sebelah kiri. Namun tidak mustahil jika Cheng Hoe menggunakan Sumareh sebagai No.9 jadian di bahagian tengah berdasarkan penilaian di perlawanan tertutup menentang Maldives sebelum ini.
Selain daripada bahagian serangan, posisi penjaga gol turut menarik perhatian kami. Eksperimen Tan Cheng Hoe menurunkan Khairulazhan dalam perlawanan menentang Tajikistan, dan memberikan peranan kapten kepada Aidil Zafuan seolah-olah memberi indikasi akan melakukan perubahan di posisi itu.
Tidak dinafikan Farizal adalah antara penjaga gol terbaik yang pasukan negara miliki. Namun, kita harus melakukan penilaian yang jujur terutamanya ketika pasukan negara dibolosi dalam perlawanan menentang UAE dan Vietnam sebelum ini. Pada setiap situasi, kami berpendapat Farizal seharusnya mampu melakukan lebih baik untuk mengelak daripada dibolosi.
Akira Nishino bawa nafas baharu buat Gajah Perang
Tidak dapat dinafikan sejak Akira Nishino dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Gajah Perang, Thailand mulai menampilkan corak permainan menarik, yakin, berdisiplin, dan paling penting ianya menghasilkan keputusan positif setakat ini.
4-2-3-1 adalah formasi pilihan Nishino, dan pengendali dari Jepun itu dijangka akan mengekalkan hampir keseluruhan kesebelasan utama yang membenam UAE 2-1 sebelum ini.
#คุยเฟื่องเรื่องบอลไทย
“เข้มแข็ง” หรือ “หวั่นไหว” คำตอบสุดท้ายจากด่านบูกิตจาลิล! ??
>> https://t.co/k6xgvK92pN#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #นักฟุตบอลทีมชาติไทย #Thailand #Football #FAThailand #AsianQualifiers #FIFA2022 #ฟุตบอลโลก #บอลโลก pic.twitter.com/CbmOOHQu5w— Changsuek (@Changsuek_TH) November 12, 2019
Thailand akan beraksi tanpa pemain pertahanan, Theerathon Bunmathan tetapi Chanathip Songkrasin dijangka akan kembali selepas terlepas perlawanan menentang UAE akibat kecederaan di bahagian tengah.
Seperti Malaysia, ancaman Thailand datangnya daripada bahagian sayap. Gandingan Ekanit Panya – Teerasil Dangda – C. Songkarasin pula sering kali mengelirukan dengan larian-larian yang mampu menghukum barisan pertahanan negara jika tidak waspada.
Rumusan
Hanya kemenangan yang mampu memastikan Malaysia terus bersaing bersama pasukan-pasukan lain di dalam Kumpulan G ini.
Sasaran realistik semestinya ialah untuk ke Piala Asia 2023. Kerana itu Malaysia terlebih dahulu harus memastikan mampu mengutip sebanyak mata mungkin demi memastikan mampu menjadi 12 pasukan terbaik dari kalangan lapan kumpulan di pusingan kelayakan ini.
Tidak dapat dinafikan, ini perlawanan terpenting buat Malaysia sepanjang kalendar bola sepak negara bagi tahun 2019.