Previu Fantasy Premier League: Minggu 9

Minggu lepas kita dihiburkan dengan perlawanan antarabangsa melibatkan beberapa pemain dari BPL

Pemain dari Arsenal antara yang paling menyerlah kerana 9 daripada pemain mereka berjaya menjaringkan goal.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 9 nanti:

Penjaga gol

Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Petr Cech (Arsenal).

Cech (£5.6) bermain dengan baik bersama Czech Republic pada minggu lepas.

Semasa pertemuan Manchester United dan Arsenal juga kita dapat melihat walaupon menerima tekanan daripada Manchester United, Arsenal berjaya untuk menghalang serangan dengan baik hasil gandingan Gabriel dan Mertesacker.

Perkara ini sedikit sebanyak berjaya meringankan beban dan mengurangkan risiko untuk bolos sekaligus mendapatkan clean sheet.

Pada minggu ini Arsenal akan bertemu dengan Watford. Andaian kami jika Arsenal meneruskan prestasi seperti perlawanan menentang Manchester United, tidak mustahil mereka akan mendapat clean sheet lagi.

55e5c5351e9c2

Pilihan lain : Boaz Myhill (West Brom, £4.7 ) & Joe Hart (Manchester City, £5.7 )

Pertahanan

Pertahanan dari Manchester City, Crystal Palace dan Arsenal menjadi pilihan kami pada minggu ini.

Prestasi pertahanan Manchester City untuk 3 perlawanan terakhir tidak begitu memuaskan dengan rekod 7 bolos di dalam 3 perlawanan.

Masalah kecederaan Kompany nampaknya memberi impak yang negatif buat Manchester City.

Minggu ini Kompany (£6.2) kembali fit untuk bermain bersama Manchester City dan dijangka pertahanan Manchester City akan kukuh semula seperti mana 5 perlawanan pertama musim ini.

vincent-kompany-manchester-city_3002021

Crystal Palace sekali lagi berjaya mendapatkan clean sheet pada gameweek 8 membuatkan mereka meneruskan rekod clean sheet dengan 2 clean sheet di dalam 2 perlawanan.

Scott Dann (£5.1) antara calon yang baik. Dann berjaya mendapatkan 1 goal dan 1 assist pada musim ini dan dijangka akan meneruskan rekod baik minggu lepas semasa menentang West Ham pada minggu ini.

Pertahanan Arsenal bukan sahaja cemerlang semasa bertahan malah hebat semasa menyerang.

Nacho Monreal (£5.7) setakat ini sudah berjaya mendapatkan 2 goal dan 4 assist. Sebuah rekod yang agak hebat untuk seorang pemain pertahanan.

Pertahanan Arsenal yang lebih kompak ketika ini sedikit sebanyak membantu Arsenal untuk mendapatkan clean sheet semasa bertemu dengan Watford.

Pilihan lain : Craig Dawson (West Brom, £5.1 ) & Cesar Azpilicueta (Chelsea, £6.0 )

Pemain tengah

Nampaknya hat – trick menentang Leicester City adalah sekadar permulaan buat Alexis Sanchez (£11.2).

Alexis Sanchez meneruskan rekod jaringan beliau dengan 2 goal semasa menentang Manchester United dan 3 goal semasa bersama Chile.

Rekod beliau sudah cukup jelas mengapa kami memilih beliau untuk minggu ini.

Kevin De Bruyne (£10.4) telah menjaringkan 3 goal dan 2 assist di dalam 3 perlawanan terakhir beliau.

Bukan itu sahaja, De Bruyne juga berjaya menjaringkan goal hasil sepakan percuma semasa menentang Israel baru – baru ini.

Minggu ini dengan ketiadaan Yaya Toure, David Silva dan Sergio Aguero dijangka tugas menjaring dan assist dapat disempurnakan beliau dengan baik.

Sadio Mane (£7.9) antara pemain yang berada di prestasi yang baik ketika ini.

Mane berjaya menjaringkan 2 goal dan 3 assist di dalam 3 perlawanan BPL. Sifat agresif beliau semasa menyerang sedikit sebanyak membantu beliau untuk menjaring atau assist lebih banyak goal buat pasukan beliau.

sadio-mane-southampton-crystal-palace-premier-league-03032015_1u3bm9w2i5emo1r9evgxz273i4

Theo Walcott (£8.6) juga antara pemain yang berada di dalam prestasi yang hebat.

Walcott berjaya menjaringkan 1 goal dan 2 assist di dalam 2 perlawanan BPL.

Walcott juga membantu England dengan menyumbang 1 goal.

Pilihan lain : Yohan Cabaye (Crystal Palace, £6.5 ) & Ross Barkley (Everton, £6.9 )

Penyerang

Kami berminat untuk memilih Romelu Lukaku (£8.3) pada minggu ini.

Meskipun berdepan dengan lawan yang sukar iaitu Manchester United tetapi Everton mempunyai kelebihan kerana bermain di halaman sendiri.

Tambahan pula prestasi Manchester United bertemu Everton tidak begitu memuaskan jika dilihat beberapa musim sebelum ini.

Lukaku dilihat tiada masalah untuk menjaringkan goal melepasi gawang Manchester United berikutan rekod baik beliau ketika ini dengan 3 goal dan 1 assist di dalam 2 perlawanan.

Jamie Vardy (£6.7) antara pemain yang harus berada di dalam pasukan anda kerana Vardy merupakan antara pemain yang paling konsisten menjaringkan goal juga penjaring terbanyak BPL ketika ini dengan 7 goal.

Tambahan pula, Leicester City akan berdepan dengan lawan yang tidak begitu sukar untuk 5 perlawanan selepas ini dan dijangka Vardy dapat meneruskan rekod jaringan beliau.

66-Vardy-Getty

Grazio Pelle (£8.2) antara pemain yang konsisten yang patut berada di dalam pasukan anda.

Pelle berjaya mencatat 5 goal dan 5 assist musim ini.

Bukan itu sahaja, Pelle membantu Southampton mendapatkan 1 goal dan 4 assist di dalam 2 perlawanan.

Prestasi beliau semasa bermain di Italy juga sangat baik.
Pilihan lain : Wilfried Bony (Manchester City, £8.2 ) & Saido Berahino (West Brom, £6.2 )

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN