Minggu 7 kita dikejutkan pada perlawanan pertama liga iaitu pertemuan Tottenham dengan Manchester City yang berakhir dengan keputusan 4 – 1.
Arsenal bangkit dari kekalahan ke atas Chelsea dengan membelasah Leicester 5 – 2 di tempat lawan manakala Chelsea sekadar seri dengan Newcastle United.
Minggu ini juga merupakan minggu yang mencabar buat pemain FPL kerana beberapa pasukan top-club akan berentap sesama mereka.
Berikut adalah tips untuk minggu 8 nanti:
Penjaga gol
Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Hugo Lloris (Tottenham).
Tottenham kini mempunyai rekod yang sangat cemerlang pada bahagian pertahanan ketika ini. Mereka berjaya mendapatkan 3 bolos di dalam 4 perlawanan serta bolos 1 goal di dalam 4 perlawanan.
Hugo Lloris £5.0 akan bertemu Swansea pada minggu ini dimana Swansea sekadar mendapat 2 goal di dalam 3 perlawanan terakhir.
Keyakinan Tottenham pastinya akan bertambah dengan kemenangan besar ke atas Manchester City juga pertahanan mereka yang dilihat agak baik ketika ini.
Pilihan lain : Adrian (West Ham, £5.0 ) & Joe Hart (Manchester City, £5.7 )
Pertahanan
Pertahanan dari West Ham, Crystal Palace dan Tottenham menjadi pilihan kami pada minggu ini.
Meskipun bolos dengan 2 goal pada minggu lepas kami tetap yakin dengan keupayaan pemain pertahanan West Ham.
Aaron Cresswell £5.6 antara pemain yang bermain dalam semua perlawanan West Ham juga berjaya menghasilkan 2 assist pada musim ini.
Minggu ini West Ham akan mengunjung ke Stadium of Light untuk bertemu Sunderland dimana Sunderland gagal menghasilkan goal di dalam 3 perlawanan
Tambahan pula, prestasi West Ham di tempat lawan adalah sangat baik pada musim ini.
Tampil sebagai salah satu dari pasukan yang berjaya menghasilkan clean sheet pada minggu lepas membuatkan kami memilih pertahan Crystal Palace pada minggu ini.
Scott Dann £5.0 antara calon yang baik. Dann berjaya mendapatkan 1 goal dan 1 assist pada musim ini dan dijangka akan meneruskan rekod baik minggu lepas semasa menentang West Brom pada minggu ini.
Pertahanan Tottenham bukan sahaja cemerlang bertahan semasa menetang Manchester City malah hebat juga menyerang serta mendapatkan goal.
Gandingan Eric Dier £5.1 dan Toby Alderweireld £5.0 masing – masing dengan 1 goal pada minggu lepas dijangka akan meneruskan prestasi mereka apabila mereka bertemu Swansea pada minggu ini.
Pilihan lain : Craig Cathcart (Watford, £4.5 ) & Micah Richards (Aston Villa, £4.6 )
Pemain tengah
Selepas sepi dengan sebarang goal dan assist selama 6 perlawanan, Alexis Sanchez membuat kejutan apabila bertemu Leicester City dengan menjaringkan hat – trick.
Walaupun berdepan dengan Manchester United pada minggu ini, prestasi Sanchez yang baik pada minggu lepas memberi harapan buat Sanchez menjaringkan goal lagi pada minggu ini.
Dimitri Payet berjaya menjaringkan 2 goal dan 2 assist di dalam 3 perlawanan terakhir ini.
West Ham akan bertemu Sunderland pada minggu ini dan dijangka Payet dapat memberi sentuhan magisnya berikutan masalah pertahanan Sunderland yang agak teruk.
Pemain muda dari Wolfsburg iaitu Kevin De Bruyne ini berjaya untuk cepat adaptasi dengan permainan di Liga Perdana Inggeris. De Bruyne berjaya menjaringkan 2 goal di dalam 2 perlawanan terakhir meskipun pasukannya tewas.
Di atas padang De Bruyne merupakan seorang yang rajin sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk menambahkan rekod baik beliau.
Juan Mata merupakan salah seorang pemain yang berada di dalam prestasi yang baik. Mata berjaya mencatatkan 3 goal dan 2 assist untuk 3 perlawanan terakhir beliau.
Aksi beliau di Uefa Champions League jelas menunjukkan beliau berada di dalam prestasi yang baik apabila berjaya menjaringkan 1 goal dan 1 assist semasa menentang Wolfsburg.
Pilihan lain : Yohan Cabaye (Crystal Palace, £6.4 ) & Riyad Mahrez (Leicester City, £6.5 )
Penyerang
Rudy Gestede £5.8 dan Romelu Lukaku £8.2 masing – masing berjaya menjaringkan 2 goal buat pasukan mereka pada minggu lepas.
Walaupun Lukaku akan bersaing di dalam perlawanan Merseyside Derby, peluang buat Lukaku masih ada untuk menjaringkan goal berikutan masalah pertahanan Liverpool yang kurang konsisten.
Tambahan pula, Merseyside Derby pada kali ini akan berlangsung di Goodison Park dimana memberi kelebihan buat pasukan Everton.
Pilihan lain : Daniel Sturridge (Liverpool, £10.5 ) & Difra Sakho (West Ham, £6.6 )