Minggu 5 kita dikejutkan dengan kekalahan Chelsea hasil jaringan hat – trick Steven Naismith
Riyad Mahrez dan Dimitri Payet antara yang pemain bersinar dengan membantu pasukan mereka mencapai kemenangan
Berikut adalah tips untuk minggu 6 nanti:
Penjaga gol
Penjaga gol pilihan kami untuk minggu ini adalah Joe Hart (Manchester City)
Selain berjaya menghasilkan 11 gol untuk musim ini, Manchester City juga mempunyai rekod yang baik dari segi pertahanan dimana Manchester City tampil sebagai satu – satunya pasukan yang belum bolos pada musim ini.
Dengan kehadiran pertahanan yang hebat seperti Kompany dan Kolarov sedikit sebanyak sangat membantu Joe Hart (£5.6) untuk meneruskan rekod baik Manchester City
Pilihan lain : Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs, £5.0) & David De Gea (Manchester United, £5.4).
Pertahanan
Pertahanan dari Manchester City, Manchester United dan Liverpool menjadi pilihan kami pada minggu ini.
Jika dilihat daripada stats Kompany dilihat sebagai pertahanan yang terbaik tetapi Kolarov tidak kurang hebatnya. Harga Kolarov (£5.9) juga lebih murah berbanding Kompany (£6.4).
Kolarov berjaya menghasilkan satu gol pada musim ini tetapi apa yang menarik tentang Kolarov adalah beliau telah berjaya mengutip 10 bonus point berikutan tiga kali menjadi pemain terbaik perlawanan.
Pada minggu ini Manchester United akan berdepan dengan Southampton dimana Southampton gagal menjaringkan sebarang gol semasa menentang West Brom pada minggu lepas.
Southampton akan berdepan dengan lawan yang lebih susah iaitu Manchester United. Kami berminat untuk memilih Matteo Darmian (£5.7) berikutan aksi baik pertahanan Manchester United pada musim ini dengan 3 perlawanan tanpa bolos.
Darmian dilihat calon yang sesuai kerana konsistensi bermain dan harga yang lebih murah.
Selepas berjaya mendapatkan clean sheet kedua mereka pada minggu lepas, kami sekali lagi cenderung untuk memilih Eric Dier (£5.0) berikutan harganya yang murah tetapi sangat efektif.
Spurs bermain dengan pertahanan yang kemas dan kompak sewaktu menentang Sunderland pada minggu 5.
Jika Spurs menunjukkan prestasi yang sama, Spurs dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan clean sheet ketiga mereka.
Pilihan Lain : Micah Richards (Aston Villa , £4.6) , Craig Cathcart (Watford , £4.5)
Pemain tengah
Jika anda aktif bermain FPL pada musim ini anda pasti suka dengan Riyad Mahrez(£6.3).
Mahrez telah menyumbat 4 gol dan 2 assist menjadikan beliau penjaring terbanyak BPL pada musim ini. Jika anda masih belum ada Mahrez di dalam pasukan anda, kami cadangkan untuk ambil beliau kerana harga beliau yang masih meningkat naik masih releven.
Pada minggu ini Mahrez akan bertemu dengan Stoke City di Britania Stadium dan dijangka akan mempamerkan aksi hebat beliau.
Salah seorang lagi pemain yang murah dan hebat untuk musim ini adalah Wes Hoolahan(£5.0)
Hoolahan merupakan pemain tengah bagi Norwich City dan merupakan antara pemain yang sedang beraksi dengan baik. Pada minggu lepas, Hoolahan berjaya mencatatkan 1 gol dan 1 assist sekaligus menjadikan pemain terbaik perlawanan.
Meskipun Norwich City akan bertandang ke Anfield, kami masih mempunyai harapan untuk Norwich berikutan pertahanan Liverpool yang agak goyah ketika ini dimana sedikit sebanyak mampu memberikan peluang untuk Norwich menhasilkan gol.
Jika anda sedang mencari pemain tengah yang murah dan efektif, Wes Hoolahan adalah orangnya.
Manchester City akan menjadi tuan rumah buat West Ham pada minggu ini.
Kami berminat untuk memilih Yaya Toure pada minggu ini berikutan prestasi beliau yang hebat pada musim ini. Yaya Toure telah mencatat 2 gol dan 2 assist pada musim ini.
Pada harga (£9.0) Yaya Toure merupakan antara pemain tengah yang konsisten bersama dengan David Silva (£10.2). Jika anda merasakan Eden Hazard tidak memberikan pulangan mata yang berpadanan dengan harga mahalnya, Yaya Toure adalah pemain untuk pasukan anda.
Pilihan Lain : Theo Walcott (Arsenal , £8.5) , Andre Ayew (Swansea , £7.2) , Gylfi Sigurdsson (Swansea, £5.6)
Penyerang
Selepas sepi tanpa gol dalam 2 perlawanan pertama, Callum Wilson (£9.0) membuat kejutan dengan menjaringkan Hat-trick menentang West Ham dan satu gol sewaktu menentang Leicester City.
Pada minggu ini Bournemouth akan menjadi tuan rumah untuk pasukan kedua tercorot liga,Sunderland dan dijangka Wilson mampu meneruskan rekod baik beliau berikutan aksi hambar Sunderland pada musim ini.
Walaupun sekadar mempunyai rekod 1 gol pada musim ini, kami masih menaruh harapan kepada Sergio Aguero (£13.2).
Penjaring terbanyak musim lepas ini sentiasa memberikan situasi kucar kacir kepada pertahanan lawan sekaligus membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol
Pilihan Lain : Bafetimbi Gomis (Swansea , £7.5) , Christian Benteke (Liverpool , £8.5)