Previu Fantasy Premier League: Minggu 5

Sewaktu kempen kelayakan Euro 2016, England, Spain dan Iceland antara pasukan yang menonjol.

Terdapat beberapa pemain dari Liga Perdana Inggeris yang berjaya menghasilkan gol dan assist.

Berikut adalah tips untuk minggu 5 nanti:

Penjaga gol

Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Petr Cech (Arsenal).

Dengan Laurent Koscielny yang cemerlang ketika bersama skuad Perancis, pertahanan Arsenal dilihat semakin yakin dan kukuh.

Malah Arsenal berjaya mendapatkan dua clean sheet pada dua perlawanan sebelum ini menentang Liverpool dan Newcastle.

Dengan harga hanya £5.5 juta, Cech adalah pilihan yang berbaloi buat jangka masa panjang.

Minggu ini Arsenal akan bertemu Stoke City di Emirates Stadium.

Dengan Stoke City yang masih mencari kemenangan pertama musim ini, kami jangkakan tugas mudah buat Cech pada minggu ini.

petr-cech-arsenal-2015

Pilihan lain : Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs, £5.0 juta) & Joe Hart (Manchester City, £5.6 juta).

Pertahanan

Pertahanan dari Manchester City, Totteham Hotspurs dan West Ham menjadi pilihan kami pada minggu ini.

2  gol dan 4 clean sheet daripada Vincent Kompany (£6.4) menggambarkan beliau sudah melupakan prestasi buruk musim lepas. Begitu juga dengan Aleksandar Kolarov (£5.8).

Manchester City akan bertandang ke gelanggang Crystal Palace pada minggu ini.

Walaupun Palace cemerlang ketika ini, mereka agak goyah di halaman sendiri. Mereka pernah kalah 1-2 kepada Arsenal dan sekadar menang 2-1 menentang Norwich di Selhurst Park.

Pleh itu, kami menjangkakan minggu yang tak bermasalah untuk Kompany, Kolarov dan Manchester City.

Bagi West Ham, meskipun tanpa kehadiran penjaga gol Adrian, mereka berjaya juga mendapatkan clean sheet di Anfield sewaktu menentang Liverpool.

Aaron Cresswell (£5.5) adalah pemain yang menyerlah dan menjadi pilihan kami untuk minggu ini.

Setakat ini, Cresswell sudah berjaya mendapatkan 2 assist dan 2 clean sheet sewaktu menentang Arsenal dan Liverpool.

Menentang Newcastle di halaman sendiri, Creswell dijangka mampu menyerlah ketika Newcastle masih mencari kemenangan pertama mereka.

football-club-soccer-friendly-friendly-match-pre-season-friendly-match-aaron_3174586

Tottenham Hotspurs pula akan bertandang ke gelanggang Sunderland.

Kami cenderung untuk memilih Eric Dier (£5.0) berikutan harganya yang murah tetapi sangat efektif.

Pertahanan Spurs bermain dengan kemas dan kompak sewaktu menentang Everton pada minggu 4.

Antara pemain yang menyerlah adalah Eric Dier (£5.0).

Spurs dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan clean sheet kedua mereka.

Pilihan lain : Hector Bellerin (Arsenal, £5.5), Maya Yoshida (Southampton, £4.5)

Pemain tengah

Jika diukur melalui prestasi semasa, David Silva antara pemain yang sedang berada pada form tertinggi.

Tempoh hari, David Silva berjaya melakukan beberapa assist semasa Spain menentang Slovakia dan Macedonia.

Dengan 4 assist di dalam 4 perlawanan, Silva berbaloi untuk dipilih walaupun harga beliau agak mahal iaitu (£10.2).

SILVA-PORTRAIT

Walaupun Chelsea kalah di halaman sendiri pada gameweek 4 menentang Crystal Palace, Pedro (£9.5) sedikitpun tidak mengecewakan pengurus FPL.

1 goal dan 2 assist untuk 2 perlawanan pertama bersama Chelsea sudah cukup membuktikan Pedro bakal menjadi pemain penting Chelsea pada musim ini.

Mahrez menjadi pemain terpenting Leicester setelah berjaya mendapatkan 4 gol setakat ini.

Ini menyebabkan harga Riyad Mahrez meningkat mendadak selepas 4 perlawanan lepas; iaitu dari (£5.5) ke (£6.1).

Minggu ini Leicester City akan menanti kehadiran Aston Villa.

Di halaman sendiri, Leicester sudah menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawanan. Dengan Riyad Mahrez sebagai penyumbang utama.

Pilihan lain : Theo Walcott (Arsenal , £8.5) , Andre Ayew (Swansea , £7.2) , Gylfi Sigurdsson (Swansea, £7.4)

Penyerang

Anda tidak akan silap untuk memilih penyerang pada minggu ini. Ini berikutan ramai penyerang yang hebat dan sedang on form ketika ini.

Setelah sepi tanpa gol dalam 2 perlawanan pertama musim ini, Callum Wilson membuka akaun jaringan dengan hatrik sewaktu menentang West Ham di Upton Park.

Kini Wilson merupakan penjaring terbanyak liga bersama Riyad Mahrez dan Bafetimbi Gomis.

Menentang Norwich yang masih belum mencatatkan kemenangan di gelanggang sendiri, Wilson (£5.7) dijangka mampu mendatangkan lebih banyak masalah untuk Norwich.

159425

Jika Bafetimbi Gomis (£7.4) mampu mengkucar-kacirkan pertahanan Manchester United, kami yakin beliau mampu membuat perkara sama kepada Watford.

Gomis sudah menjaringkan 4 gol pada musim ini. Menentang Watford yang masih mencari kemenangan pertama, Gomis dijangka mampu membuatkan Watford menunggu lebih lama.

Jika gol adalah apa yang Wayne Rooney (£10.4) dan Harry Kane (£9.4) perlukan untuk mengembalikan keyakinan mereka di depan gol, mereka sudah mendapatkannya.

Rooney dan Kane masing-masing menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan sewaktu menentang San Marino dan Switzerland.

Kami menjangkakan akaun jaringan 2 penyerang England ini akan dibuka pada minggu ini.

Pilihan lain : Jamie Vardy (Leicester City, £6.1) , Difra Sakho (West Ham, £6.1)

Baca juga: PREVIU FANTASY PREMIER LEAGUE: MINGGU 4

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN