Pada minggu 3 yang lepas, Manchester City sekali lagi selesa di tangga teratas liga. Mereka menang 2-0 ke atas Everton di Goodison Park.
Manchester City, Manchester United dan Liverpool pula masih belum bolos di dalam semua perlawanan liga.
Riyad Mahrez (Leicester City) masih kekal sebagai penjaring terbanyak liga. Beliau menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan.
Kami kongsikan pemain–pemain yang dijangka akan memberi anda markah yang tinggi untuk minggu 4 nanti:
Penjaga gol
Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Simon Mignolet (Liverpool). Minggu lepas, Mignolet mencatat 5 save dan clean sheet semasa menentang Arsenal di Emirates Stadium.
Dengan harga yang hanya £5.1 juta, Mignolet adalah pilihan yang murah tetapi efektif. Ditambah pula dengan pertahanan Liverpool yang tampak lebih efektif berbanding musim lepas.
Minggu ini Liverpool akan bertemu West Ham United di Anfield.
Dengan West Ham yang sedang bergelut mengekalkan momentum kemenangan selepas menang ke atas Arsenal pada minggu pertama, tugas Mignolet dijangka menjadi lebih mudah.
Pilihan lain : Sergio Romero (Manchester United, £5.1 juta) & Joe Hart (Manchester City, £5.6 juta).
Pertahanan
Pertahanan dari Liverpool, Manchester City dan Aston Villa menjadi pilihan kami pada minggu ini.
2 goal dan 3 clean sheet daripada Vincent Kompany (£6.3) menggambarkan beliau sudah melupakan prestasi buruk musim lepas. Manchester City akan bertemu Watford di halaman sendiri pada minggu ini.
Dengan Watford yang gagal menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan sebelum ini, Kompany tidak sepatutnya berdepan masalah untuk mengekalkan clean sheet pada minggu ini.
Micah Richards juga menjadi pilihan kami. Dengan harga beliau yang murah (£4.6), Aston Villa akan menentang Sunderland di halaman sendiri. Rekod Sunderland pada musim ini pula agak teruk. Kami menjangkakan minggu yang mudah bagi Richards untuk mengekalkan clean sheet.
Kami juga tertarik dengan persembahan Joe Gomez. Meskipun asalnya Gomez adalah pertahanan tengah, beliau cemerlang di posisi bek kiri.
Setakat ini Joe Gomez telah bermain 90 minit dalam semua perlawanan Liverpool. Beliau juga berjaya menghasilkan 3 clean sheet berturut turut. Sementara harganya yang masih murah (£4.7), kami sarankan anda untuk mendapatkannya.
Pilihan lain : Cesar Azpilicueta (Chelsea, £6.0), Maya Yoshida (Southampton, £4.5)
Pemain tengah
Jika 2 musim lepas kita terhibur dengan aksi Michu, bekas pemain tengah Swansea, musim ini kita dikejutkan dengan aksi yang hebat Riyad Mahrez.
Menentang Bournemouth yang sudah bolos 5 gol dalam 3 perlawanan setakat ini, peluang Mahrez untuk terus mengutip mata untuk pasukan FPL anda adalah tinggi.
Philippe Coutinho (£8.1) sangat tidak bernasib baik untuk tidak menjaringkan gol ketika menentang Arsenal pada minggu lepas. Minggu ini Liverpool melayan kunjungan West Ham di Anfield.
Dengan West Ham yang bolos 6 gol dalam 3 perlawanan, kami menjangkakan Coutinho akan kembali menemui sentuhan jaringannya. Apatah lagi dengan penjaga gol mereka, Adrian yang masih digantung perlawanan.
Setakat ini, Yaya Toure berjaya menyumbang 2 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan. Jika anda merasakan Eden Hazard tidak memberikan pulangan mata yang berpadanan dengan harga mahalnya, Yaya Toure adalah pemain untuk pasukan anda.
Pilihan lain: Pedro (Chelsea, £9.5), Jonjo Shelvey (Swansea, £5.5)
Penyerang
Selepas sepi tanpa gol dalam 2 perlawanan pertama, Callum Wilson membuat kejutan pada minggu lepas dengan hatrik. Menentang Leicester City yang belum pernah mencatat clean sheet lagi, Wilson dijangka mampu menjaringkan gol lagi.
Ramai penganalisa bola sepak menyatakan Wayne Rooney cuba memerlukan satu gol untuk kembali kepada prestasi asalnya. Tangapan itu ternyata benar apabila Wayne Rooney berjaya untuk menjaringkan gol (menentang Club Brugge di Champions League) selepas kemarau 878 minit tanpa gol atas padang.
Dengan Harga Rooney juga turun daripada £10.5 ke £10.4, inilah masa anda untuk mengambil Wayne Rooney.
Pilihan lain: Graziano Pelle (Southampton, £8.0), Mame Biram Diouf (Stoke City, £6.5)
Baca juga: PREVIU FANTASY PREMIER LEAGUE: MINGGU 3