Previu Fantasy Premier League: Minggu 34

Tinggal 5 gameweek sahaja lagi sebelum EPL melabuhkan tirai pada musim ini.

Leicester nampaknya terus mengekalkan momentum sebagai pendahulu liga dihadapan Spurs.

15 perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ini dan penekanan haruslah diberikan kepada pasukan yang bermain sebayak 2 kali pada gameweek ini.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 34 nanti:

Penjaga Gol

18A8045B259548BE91BA7FDB72580D16

Arsenal dan Manchester United kedua-duanya akan bermain sebanyak 2 kali pada minggu ini.

Apa yang lebih menarik buat pemain FPL adalah kedua-duanya akan bermain di gelanggang sendiri untuk kedua-dua perlawanan.

David De Gea (£5.8) beraksi dengan cemerlang semasa menentang West Ham sewaktu FA Cup tempoh hari seterusnya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Arsenal pula telah bolos sebanyak 3 gol hasil jaringan hat-trick daripada Andy Carroll. Ramai yang menyalahkan Ospina berikutan insiden yang berlaku.

Berdasarkan berita terbaru, Arsene Wenger masih dalam dilema untuk meletakkan diantara Petr Cech (£5.8) dan Ospina (£4.7) untuk perlawanan selepas ini.

Pertahanan

hector-bellerin

Hector Bellerin (£6.4) jelas menunjukkan beliau berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Bellerin berjaya mendapatkan 1 gol dan 3 assist di dalam 4 perlawanan terakhir buat Arsenal.

Man United pula bakal menentang 2 pasukan yang tidak begitu ofensif iaitu Aston Villa dan Crystal Palace dimana bakal memberi peluang yang lebih buat pertahanan Man United mendapatkan clean sheet.

Chris Smalling (£6.5) antara pilihan yang baik memandangkan beliau konsisten bermain berbanding pertahanan yang lain serta berjaya mengutip 12 mata bonus setakat ini.

Untuk harga yang rendah, anda juga boleh dapatkan Alberto Moreno (£4.6) yang juga akan bermain 2 kali pada gameweek ini.

Selain kelebihan bermain 2 kali, Liverpool nampaknya sedang berada di dalam prestasi yang baik setelah berjaya menundukkan Borussia Dortmund pada tempoh hari.

Liverpool juga bakal bertemu dengan Everton untuk Merseyside Derby untuk minggu ini dan dijangka Liverpool dapat tangani saingan daripada Everton memandangkan Everton tidak berada di dalam prestasi yang memuaskan ketika ini.

Pemain Tengah

Payet

Alexis Sanchez (£10.9) berjaya untuk mendapatkan 3 goal dan 2 assist untuk 4 perlawanan terakhir.

Menentang Crystal Palace dan West Brom pada minggu ini nampaknya tidak memberi masalah yang besar buat Sanchez memandangkan beliau sedang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Pemain kelahiran Nigeria, Alex Iwobi mungkin boleh menjadi altenatif yang baik buat Alexis Sanchez jika anda tidak mempunyai bajet yang cukup.

Dengan harga serengah (£4.6), Iwobi sudah berjaya mendapatkan 2 gol dan 2 assist untuk 3 perlawanan terakhir.

Meskipun gagal untuk membawa West Ham ke peringkat separuh akhir FA Cup, kami masih percaya Dimitri Payet (£8.5) masih mampu untuk buktikan sesuatu buat West Ham yang juga akan beraksi 2 kali pada minggu ini.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk mendapatkan De Bruyne (£10.3) dan Coutinho (£8.2) yang beraksi dengan cemerlang pada tempoh hari.

Penyerang

1669701-35392605-2560-1440

Terdapat banyak pilihan untuk anda tentukan buat posisi penyerang pada minggu ini.

Divock Origi (£5.4), Anthony Martial (£7.7) dan Sergio Aguero (£13.5) bakal beraksi 2 kali pada minggu ini.

Jika anda mengukur dari prestasi semasa, Harry Kane (£10.2) dan Jamie Vardy (£7.7) juga merupakan pilihan yang baik memandangkan kedua-duanya sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan anugerah kasut emas.

Pilihan Kapten : Alexis Sanchez (Arsenal) ,Sergio Aguero (Man City) , Anthony Martial (Manchester United)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN