Previu Fantasy Premier League: Minggu 3

Minggu 2 jelas menunjukkan Manchester City selesa dengan pasukan sedia ada dengan membenam Chelsea 3 – 0 di stadium Etihad.

Leicester sekali lagi berjaya mendapat 3 mata penuh dengan mengalahkan West Ham di laman sendiri.

Manakala Manchester United dan Liverpool tampil sebagai pasukan yang tanpa bolos dalam 2 perlawanan liga setakat ini.

Kami kongsikan pemain–pemain yang dijangka akan memberi anda markah yang tinggi untuk Minggu 3 ini:

Penjaga Gol

Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Sergio Romero dari pasukan Manchester United. Romero berjaya mencatat beberapa save  dan clean sheet semasa menentang Aston Villa pada minggu lepas.

Dengan harga yang hanya £5.1 juta, Romero adalah pilihan yang murah tetapi efektif ditambah pula dengan pertahanan Manchester United yang tampak lebih yakin pada musim ini.

Minggu ini Manchester United akan bertemu Newcastle United di Old Trafford, sekaligus membuatkan tugas Romero lebih mudah dan selesa.

2B1FD59D00000578-3187800-Sergio_Romero_could_be_given_his_chance_in_goal_in_Manchester_Un-a-9_1438945050661

Pilihan lain : Asmir Begovic (Chelsea, £5.0 juta) & Lukasz Fabianski (Swansea, £5.0 juta).

Pertahanan

Pertahanan dari Crystal Palace, Manchester United, West Ham menjadi pilihan kami pada minggu ini.

Matteo Darmian sekali lagi naik dari 5.6 ke 5.7 pada minggu ini. Darmian yang rajin naik ke atas membantu serangan dan hebat menyekat penyerang membuatkan kami tertarik untuk memilih beliau pada minggu ini.

Dengan Manchester United yang akan menentang Newcastle, kami menjangkakan clean sheet dan 6 mata penuh buat Darmian.

Selain itu, Joel Ward menjadi pilihan kami berikutan aksi yang ditunjukkan semasa menentang Arsenal. Ward berjaya menghasilkan sebuah gol dan bertahan dengan baik walaupun bolos 2 gol pada minggu lepas.

Harga beliau juga sangat murah (£4.5) jika dibandingkan pertahanan lain.

CP v Sunderland 3/11/12 Joel Ward Photo: ©Neil Everitt 07970 789228

Pertahanan West Ham, Winston Reid juga pilihan yang baik untuk minggu ini. West Ham akan bertemu dengan Bournemouth di laman sendiri pada minggu ini.

Sepanjang 2 minggu ini, Bournemouth belum dapat menjaringkan sebarang gol dan dijangka peluang West Ham untuk clean sheet adalah sangat tinggi.

Pilihan lain : Cesar Azpilicueta (Chelsea, £6.0), Ashley Williams (Swansea, £5.0), Maya Yoshida (Southampton, £4.5)

Pemain Tengah

Selepas menjaringkan 2 gol semasa menentang Club Brugge tempoh hari, kami amat yakin dengan kebolehan Memphis Depay untuk meneruskan aksi yang hebat pada hujung minggu ini menentang Newcastle.

Posisi sayap kiri yang dimainkan Memphis Depay semasa menentang Club Brugge ternyata memberi tekanan yang hebat kepada pihak lawan berbanding posisi tengah yang dimainkannya pada minggu pertama.

Tambahan pula, Newcastle kehilangan pertahanan kanan mereka, Daryl Janmaat, semasa menentang Swansea pada minggu lepas,  sekaligus memberi kelebihan buat Memphis Depay (£8.5).

Selepas aksi bertaraf dunia yang disajikan David Silva semasa menentang Chelsea, kami yakin David Silva wajib dijadikan pemain tetap pasukan FPL anda.

Dengan beliau dipertanggungjawabkan sebagai pengambil sepakan sudut City, Silva sudah menghadiahkan mata 2 assist kepada pengurus pasukan FPL. Malah dengan harga £10.0 beliau dilihat lebih konsisten berbanding Eden Hazard (£11.5) dan Alexis Sanchez (£11.0).

Tahukah anda penjaring terbanyak BPL setakat ini bukanlah Diego Costa, Aguero mahupon Wayne Rooney tetapi merupakan pemain tengah dari Leicester iaitu Riyad Mahrez. Setakat ini, Mahrez adalah pemain yang menghadiahkan mata FPL tertinggi bersama Vincent Kompany dengan 25 mata.

Apa yang lebih menarik tentang Mahrez adalah harganya cuma £5.6.  Leicester City akan menentang Tottenham Hotspurs di halaman sendiri pada minggu ini.

Riyad_Mahrez_3154458k

Andre Ayew turut menjadi pilihan kami selepas menjaringkan 2 gol di dalam 2 perlawanan setakat ini. Harga bagi Andre Ayew juga menunjukkan peningkatan dari £7.0 ke £7.1 tetapi masih dikira berbaloi berdasarkan konsistensi Swansea dalam liga.

Turut menyerlah pada musim ini adalah Dimitri Payet (£7.6). Reputasinya sebagai pemain paling banyak mencipta peluang di Eropah pada musim lepas terpelihara dengan 1 gol dan 1 assist di dalam 2 perlawanan.

Pilihan lain : Nathan Redmond (Norwich City, £5.5) , Ross Barkley (Everton, £6.6) , Dusan Tadic (Southampton, £7.0)

Penyerang

Kelincahan mengawal bola dan 1 gol menentang Chelsea pada minggu lepas membuktikan Sergio Aguero sudah kembali ke prestasiterbaiknya.

Manchester City bakal bertemu dengan Everton di Goodison Park. Dengan Everton yang gemar menyerang berbanding bertahan, Aguero mampu meneruskan sentuhan jaringan pada minggu ini.

manchester-city-82414-ap-ftrjpg_1eh9wh3f72lty1murz08qrz43q

Kami juga sarankan anda untuk mendapatkan Bafetimbi Gomis (£7.1) kerana konsistensi beliau sejak dari pra-musim. Gomis berjaya menjaringkan 1 gol semasa menentang Newcastle pada minggu lepas.

Tambahan pula, Swansea akan bertemu dengan Sunderland – pasukan yang paling banyak bolos pada musim ini dengan 7 gol dalam 2 perlawanan – pada minggu ini.

Dengan bantuan Jonjo Shelvey, Jefferson Montero, Gylfi Sigurdsson dan Andre Ayew, kami yakin Gomis dapat menghasilkan gol pada minggu ini dengan mudah.

Pilihan lain : Graziano Pelle (Southampton, £8.0), Diego Costa (Chelsea, £11.0)

Baca juga: PREVIU FANTASY PREMIER LEAGUE: MINGGU 2

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN