Previu Fantasy Premier League: Minggu 26

Minggu 25 menyaksikan perlawanan match of the week diantara Man Utd dan Chelsea berakhir dengan keputusan seri

Leicester City berjaya mengalahkan Man City 3 – 1 sekaligus menjadi pendahulu liga dengan 5 mata di hadapan Spurs

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 26 nanti:

Penjaga Gol

1408284220126_Image_galleryImage_Southampton_goalkeeper_Fr

Kehadiran Fraser Forster benar benar membantu Southampton.

Untuk 2 perlawanan terakhir ini, Southampton berjaya mencatatkan 3 clean sheet dengan Forster sebagai penjaga gol.

Apa yang lebih menarik adalah Southampton berjaya mendapatkan clean sheet hasil dari pertemuan menentang Man Utd, Arsenal dan West Ham.

Harga Forster boleh dikatakan agak rendah untuk kualiti yang ada pada beliau iaitu (£4.9)

West Brom sedang mengalami waktu yang sukar ketika ini untuk menjaringkan gol.

West Brom sekadar berjaya menjaringkan 1 goal di dalam 4 perlawanan terakhir.

Pihak lawan untuk West Brom pada kali ini adalah Everton yang berjaya mendapatkan clean sheet di Brittania Stadium.

Memilih Joel Robles (£4.3) untuk minggu ini adalah pilihan yang baik memandangkan Everton akan menjadi tuan rumah kepada West Brom pada minggu ini. Harganyan juga boleh dikatakan agak rendah.

Pertahanan

Southampton-vs-Swansea

Antara pemain pertahanan yang wajib anda dapatkan adalah pemain pertahanan dari Southampton.

Kami cadangkan anda dapatkan Virgil Van Dijk (£5.4).

Antara sebab utama kami cadangkan anda dapatkan pemain pertahanan Southampton adalah disebabkan Southampton berjaya mendapatkan 5 clean sheet di dalam 5 perlawanan terakhir.

Suatu rekod yang susah untuk dibuat oleh pasukan di dalam EPL  pada musim ini.

Selain itu, Van Dijk pada musim ini sudah berjaya meraih 12 mata bonus serta konsisten bermain di dalam setiap perlawanan.

Jika anda mahukan pemain pertahanan yang harga lebih rendah, Cedric Soares antara pilihan yang baik(£4.8).

Ashley Williams antara pertahanan yang mempunyai kualiti yang baik serta harga yang rendah.

Pertahanan Swansea ini bakal bertembung dengan Southampton dimana Southampton sekadar berjaya menjaringkan 1 gol di dalam 3 perlawanan terakhir di pihak lawan.

Setakat ini, Ashley WIlliams sudah berjaya mengutip 17 mata bonus.

Seamus Coleman (£5.8) antara pemain yang rajin membantu membuat serangan dan bertahan semasa menentang Stoke di Brittania Stadium pada minggu lepas.

Coleman berjaya menjaringkan 1 goal dan mendapat 1 mata bonus serta markah clean sheet.

Everton bakal berdepan dengan pihak lawan yang mempunyai prestasi yang kurang baik ketika ini iaitu West Brom.

Pemain Tengah

Roberto Firmino (£8.2) antara pemain yang menyerlah buat Liverpool pada minggu lepas menentang Sunderland.

Firmino berjaya menjaringkan 1 gol, 1 assist dan sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Untuk 5 perlawanan terakhir ini, Firmino sudah berjaya menjaringkan 5 goal dan 2 assist buat Liverpool.

Gylfi Sigurdsson antara pemain Swansea City yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Sigurdsson berjaya menjaringkan 3 goal didalam 3 perlawanan terakhir ini.

Harganya juga tidak terlalu mahal iaitu (£7.0)

Riyad Mahrez (£7.1) antara hero buat Leicester City di Etihad Stadium pada minggu lepas.

Mahrez berjaya menjaringkan 1 gol dan 1 assist hasil tandukan Robert Huth.

Rekod Mahrez juga agak baik untuk 3 perlawanan terakhir ini dengan 1 gol dan 3 assist.

Leicester City bakal berdepan dengan pihak lawan yang agak sukar iaitu Arsenal. Pendapat kami, jika Mahrez berjaya musnahkan Manchester City tidak mustahil Mahrez akan lakukan perkara yang sama kepada Arsenal.

West Ham bakal bertemu dengan Norwich City yang mengalami masalah pertahanan ketika ini.

Norwich sudahpon bolos 10 gol untuk 3 perlawanan terakhir.

Kami yakin Dimitri Payet (£8.2) dan Michail Antonio(£5.3) dapat buktikan sesuatu buat West Ham setelah berjaya membawa West Ham ke peringkat seterusnya di dalam FA Cup setelah berjaya mengalahkan Liverpool 2-1.

Mesut Ozil (£9.9) antara pemain yang beraksi dengan baik buat Arsenal semasa menentang Bournemouth pada minggu lepas.

Ozil berjaya menjaringkan 1 gol di dalam perlawanana tersebut.

Pada minggu ini, Arsenal bakal berdepan dengan pendahulu liga iaitu Leicester City di halaman sendiri diman sedikit sebanyak bakal memberi kelebihan buat Arsenal.

Penyerang

Lukaku-and-Aguero

Untuk bahagian penyerang pada minggu ini kami memilih Romelu Lukaku (£8.8) dan Sergio Aguero (£13.6).

Meskipun pasukannya kalah pada minggu lepas, Aguero masih berjaya untuk menjaringkan gol buat Man City.

Kelebihan dipilih sebagai pengambil sepakan penalti berjaya melonjakkan rekod jaringan Lukaku kepada 16 gol pada musim ini.

Romelu Lukaku bakal berdepan dengan West Brom manakala Aguero bakal menentang Tottenham Hotspurs pada minggu ini.

Kelebihan buat kedua dua pemain ini adalah kelebihan bermain di tempat sendiri.

Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) ,  Romelu Lakaku (Tottenham) , Roberto Firmino (Liverpool)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN