Previu Fantasy Premier League: Minggu 25

Minggu 24 menyaksikan aksi hebat Jamie Vardy menjaringkan 2 gol menentang Liverpool

Romelu Lakaku pula terus sepi tanpa gol dalam 5 perlawanan terakhir

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 25 nanti:

Penjaga Gol

football-pa-20043479-fraser-forster-england_3160261

Kehadiran Fraser Forster benar benar membantu Southampton.

Untuk 2 perlawanan terakhir ini, Southampton berjaya mencatatkan 2 clean sheet dengan Forster sebagai penjaga gol.

Apa yang lebih menarik adalah Southampton berjaya mendapatkan clean sheet hasil dari pertemuan menentang Man Utd dan Arsenal.

Harga Forster boleh dikatakan agak rendah untuk kualiti yang ada pada beliau iaitu (£4.8)

Petr Cech (£5.8) antara pilihan yang baik.

Arsenal berjaya mendapatkan 2 clean sheet di dalam 3 perlawanan terakhir.

Bellerin dan Monreal juga banyak membantu pertahanan Arsenal pada minggu lepas menentang Southampton.

Pada minggu ini Arsenal akan bermain di stadium pihak lawan menentang Bournemouth.

Pertahanan

1768567-37369467-2560-1440

Nacho Monreal (£5.9) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Monreal berjaya mendapatkan clean sheet dan 2 mata bonus untuk perlawanan beberapa hari lepas menentang Southampton.

Everton bakal bertemu dengan pasukan yang berada di dalam prestasi yang kurang baik ketika ini iaitu Stoke City.

Daripada rekod, Stoke City sudahpon bolos 6 goal untuk 2 perlawanan terakhir semasa menentang Leicester City dan Man Utd.

Seamus Coleman (£5.8) antara pemain Everton yang semakin meningkat naik ketika ini.

Eric Dier (£5.3) antara pemain yang mempunyai harga yang rendah serta rajin menyerang untuk Spurs.

Harganya juga agak rendah untuk kualiti yang pada beliau.

Eric Dier bersama pasukan sekali lagi berjaya mendapatkan clean sheet semasa menentang Norwich pada beberapa hari lepas.

Pemain Tengah

maxresdefault (1)

Ross Barkley (£7.3) antara pemain yang berada di dalam top form.

Ketika mana Romelu Lukaku sunyi tanpa gol, Barkley muncul sebagai hero untuk Everton.

Barkley berjaya menjaringkan 2 gol menentang Newcastle pada tempoh hari.

Everton bakal berdepan dengan Stoke City dimana masalah mereka adalah pada bahagian pertahanan.

Jika diikutkan dari berita yang terbaru, Dele Alli kemungkinan akan diturunkan menentang Watford.

Dele Alli berjaya mendapatkan gol, assist dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang Crystal Palace pada minggu lepas.

Untuk perlawanan menentang Norwich pula, Alli berjaya mendapatkan 1 mata bonus, satu gol dan satu assist.

Harga Dele Alli boleh dikatakan masih rendah iaitu sekitar (£5.9).

Meskipun sunyi tanpa gol pada minggu lepas, Roberto Firmino (£8.1) antara pilihan yang baik untuk minggu ini.

Firmino berjaya menjaringkan 4 gol di dalam 4 perlawan terakhir.

Tambahan pula, Liverpool bakal berdepan dengan pihak lawan yang tidak begitu sukar iaitu Sunderland di Anfield dimana peluang untuk Liverpool menjaringkan gol adalah lebih tinggi.

Penyerang

football-tottenhams-harry-kane

Terdapat beberapa penyerang yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Antaranya adalah Harry Kane (£10.1). Kane berjaya menjaringkan 2 gol dan dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan yang lepas.

Kane juga konsisten menjaringkan gol pada ketika ini dengan 4 gol di dalam 3 perlawanan terakhir.

Wayne Rooney (£10.0) berjaya menjaringkan 7 gol di dalam 7 perlawanan terakhir termasuk satu gol semasa menentang Stoke City beberapa hari yang lepas.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk memilih Jamie Vardy (£7.3) tetapi bermain di Etihad Stadium mungkin menjadi masalah buat Vardy menjaringkan gol.

Penyerang anda harus ada pada ketika ini sudah haruslah Sergio Aguero (£13.6).

Aguero dipilih sebagai pemain terbaik bulan Januari berikutan prestasi beliau yang amat baik.

Aguero berjaya menjaringkan 5 goal di dalam 3 perlawanan terakhir termasuk gol tunggal semasa menentang Sunderland.

Setakat ini, Aguero sudah berjaya memungut 100 mata di dalam FPL.

Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) ,  Harry Kane (Tottenham) , Ross Barkley (Everton)

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN