Pada Minggu 23 kita dikejutkan dengan kemenangan Liverpool keatas Norwich dengan keputusan 5 – 4
Southampton pula berjaya mendapatkan 3 mata penuh di Old Trafford
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 24 nanti:
Penjaga Gol
Thibaut Courtois (£5.2) menjadi pilihan kami pada minggu ini.
Chelsea berjaya menyekat 10 orang pemain Arsenal pada minggu lepas dengan baik.
Pertahanan Chelsea juga kelihatan agak kukuh di bawah kendalian Guus Hiddink.
Chelsea bakal bertemu dengan pihak lawan yang berada di dalam prestasi yang kurang baik ketika ini iaitu Watford.
Tambahan pula, Watford sekadar berjaya menjaringkan 2 gol di dalam 3 perlawanan.
Kasper Schmeichel (£4.5) dan Fraser Forster (£4.8) antara penjaga gol yang berjaya mendapatkan clean sheet pada minggu lepas.
Akan tetapi Leicester bakal bertemu dengan Liverpool manakala Southampton pula bakal bertemu dengan Arsenal dimana peluang untuk mendapatkan clean sheet agak rendah.
Pertahanan
Eric Dier (£5.3) antara pemain yang mempunyai harga yang rendah serta rajin menyerang.
Dier baru baru ini berjaya mendapatkan gol semasa menentang Coalchester di dalam Fa Cup.
Aaron Cresswell (£5.6) dari West Ham bakal bertemu dengan pasukan tercorot liga iaitu Aston Villa.
Peluang untuk Cresswell mendapatkan clean sheet agak tinggi memandangkan West Ham akan bermain di halaman sendiri.
Jonny Evans (£4.8) antara pemain yang konsisten bermain dan mempunyai harga yang rendah.
West Brom berjaya mendapatkan clean sheet pada minggu lepas dan kemungkinan akan melakukan perkara yang sama apabila bertemu Swansea di halaman sendiri.
Pemain Tengah
Roberto Firmino (£8.0) muncul hero pada minggu lepas buat Liverpool.
Firmino berjaya mendapatkan 2 gol dan satu assist sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.
Untuk 3 perlawanan terakhir ini, Firmino sudah berjaya menjaringkan 4 goal dan 1 assist. Sebuah rekod yang agak baik.
Gylfi Sigurdsson (£7.0) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.
Sigurdsson berjaya mendapatkan 3 gol di dalam 4 perlawanan terakhir.
Kehadiran pengurus Swansea yang baru kemungkinan akan memberi impak yang lebih besar buat Swansea dan Sigurdsson.
Alexis Sanchez (£10.9) nampaknya sudah kembali dari masalah kecederaan.
Sanchez berjaya menjaringkan gol semasa pertemuan Arsenal menentang Burnley tempoh hari.
Kehadiran Sanchez buat Arsenal sedikit sebanyak memberi peluang untuk Arsenal mendapatkan peluang yang lebih untuk mendapatkan gol.
Arsenal pada minggu ini bakal bertemu dengan Southampton di halaman sendiri.
Riyad Mahrez (£7.1) nampaknya kembali menyumbangkan assist setelah beberapa minggu sepi tanpa gol atau assist.
Mahrez bakal bertemu dengan Liverpool pada minggu ini.
Peluang untuk Mahrez mendapatkan gol atau assist kemungkinan lebih tinggi memandangkan Liverpool menghadapi masalah di bahagian pertahanan.
Dele Alli antara pemain England yang semakin meningkat naik.
Dele Alli berjaya mendapatkan gol, assist dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang Crystal Palace pada minggu lepas.
Harga Dele Alli boleh dikatakan masih rendah iaitu sekitar (£5.8)
Penyerang
Harry Kane (£10.0) antara watak penting dalam kemenangan 4 -1 keatas Crystal Palace tempoh hari.
Untuk 2 perlawanan terakhir, Kane berjaya mendapatkan 2 gol.
Jadual Spurs juga kurang mencabar apabila Spurs bakal bertemu Norwich pada minggu ini dan Watford pada minggu hadapan.
Seperti juga Mahrez, Jamie Vardy (£7.2) kembali menyinar apabila berjaya mendapatkan gol selepas 5 perlawanan tanpa gol.
Masalah pertahanan Liverpool yang kurang konsisten kemungkinan akan memberi peluang yang lebih buat Vardy meneruskan rekod jaringan beliau.
Sergio Aguero (£13.5) nampaknya benar benar berada di dalam prestasi yang terbaik ketika ini.
Aguero berjaya mendapatkan 5 gol di dalam 3 perlawanan terakhir termasuk jaringan gol di dalam Capital One Cup menentang Everton.
Meskipun harga Aguero agak mahal iaitu (£13.5), pelaburan kepada pemain ini boleh dikatakan agak berbaloi.
Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) , Alexis Sanchez (Arsenal) , Harry Kane (Tottenham)