Previu Fantasy Premier League: Minggu 22

Minggu 21 boleh dikatakan minggu dimana pasukan top club berakhir perlawanan dengan keputusan seri

Hanya Leicester sahaja berjaya mendapatkan kemenangan dari 6 pasukan teratas liga

Adakah faktor keletihan menjadi punca?

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 22 nanti:

Penjaga Gol

1414497945467_wps_34_Fraser_Forster_of_Southam

Kehadiran Fraser Forster (£4.8) nampaknya berjaya memantapkan pasukan Southampton.

Forster berjaya mendapatkan clean sheet di dalam debut pertama beliau musim ini semasa menentang yang agak kuat dalam menyerang iaitu Watford.

Kasper Schmeichel antara pemain yang berjaya mendapatkan clean sheet pada minggu lepas.

Apa yang lebih menarik adalah Schmeichel berjaya mendapatkan clean sheet di White Hart Lane semasa menentang Spurs.

Harga Schmeichel juga boleh dikatakan agak rendah jika nak dibandingkan dengan kualiti beliau iaitu (£4.5)

Pertahanan

LIVERPOOL, ENGLAND - AUGUST 23: Bacary Sagna of Manchester City in action during the Barclays Premier League match between Everton and Manchester City on August 23, 2015 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Bacary Sagna (£5.6) kini merupakan pertahanan Man City yang berjaya mengutip point tertinggi dengan 93 point.

Selain mendapat clean sheet menentang Everton pada tempoh hari Sagna juga merupakan pemain terbaik perlawanan tersebut.

Minggu ini Man City bakal bertemu Crystal Palace dimana kelab ini gagal mendapatkan sebarang jaringan di dalam 4 perlawanan.

Robert Huth, pertahanan Leicester bukan sahaja berjaya mendapatkan clean sheet semasa menentang Spurs, Huth juga berjaya menjaringkan gol tunggal di dalam perlawanan tersebut.

Harga Robert Huth juga agak rendah iaitu (£4.3).

Charlie Daniel (£4.5), pemain pertahanan Bournemouth bakal bertemu lawan yang tidak begitu sukar iaitu Norwich City.

Charlie Daniel berjaya mendapatkan 2 clean sheet dan 5 bonus point untuk 5 perlawanan terakhir ini.

Pemain Tengah

2C83BE2B00000578-3241825-image-a-47_1442733952145

Dimitri Payet (£7.9) muncul hero buat West Ham setelah berjaya menyumbat 1 goal dan 2 assist semasa bertemu Bournemouth.

West Ham juga berada di dalam prestasi yang baik setelah berjaya mendapatkan 3 kemenangan di dalam 3 perlawanan terakhir.

Willian (£7.1) sekali lagi berjaya mendapatkan assist dalam perlawanan tempoh hari menentang West Brom.

Selain bermain secara konsisten Willian juga berjaya mendapatkan 1 goal dan 2 assist untuk 2 perlawanan terakhir.

Kami menaruh harapan untuk Dele Alli (£5.5) dan Kevin De Bruyne (£10.8) untuk menyerlah pada minggu ini  prestasi semasa dan bermain di halaman sendiri.

Penyerang

Wayne Rooney

Wayne Rooney (£9.9) nampaknya berjaya untuk mendapatkan prestasi yang baik setelah berjaya menjaringkan 4 goal di dalam 3 perlawanan terakhir.

Walaupun Rooney akan bertemu Liverpool pada minggu ini, prestasi pertahanan Liverpool pada ketika ini juga tidaklah begitu baik berikutan kecederaan

Liverpool telah bolos 5 goal untuk 2 perlawanan terakhir

Olivier Giroud (£9.2) boleh dikatakan pemain yang konsisten ketika ini.

Giroud berjaya mendapatkan 2 goal dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang Liverpool tempoh hari.

Stoke City telah bolos 6 goal untuk 3 perlawanan terakhir.

 

Siapa sangka Jermain Defoe mampu menjaringkan hat-trick di Liberty Stadium semasa menentang Swansea sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Minggu ini Sunderland akan bertemu Spurs di White Hart Lane. Mampukah Sunderland mengulangi kejayaan Leicester tempoh hari?

Pilihan Kapten : Dimitri Payet (West Ham) , Olivier Giroud (Arsenal) , Kevin De Bruyne (Manchester City)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN