Previu Fantasy Premier League: Minggu 21

Perlawanan sudah sampai ke minggu 21

Chelsea nampaknya kembali bangkit di bawah kendalian Guus Hiddink setelah berjaya membenam Crystal Palace 3 – 0

Leicester City pula menghadapi masa yang sukar setelah gagal untuk menang di dalam 3 perlawanan terakhir.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 21 nanti:

Penjaga Gol

96COURTOIS1308A

Wayne Hennessey (£4.1) merupakan pilihan kami pada minggu ini.

Selain harganya yang murah Hennessey merupakan keeper yang cekap dan efektif.

Hennessey berjaya mengutip 6 clean sheet.

Meskipun Crystal Palace dibelasah teruk pada minggu lepas, lawan mereka pada minggu adalah suatu pasukan yang jauh berbeza iaitu Aston Villa.

Aston Villa setakat ini sekadar berjaya menjaringkan 3 goal di dalam 5 perlawanan terakhir.

Chelsea nampaknya kembali ke landasan sebenar untuk mendapatkan top four.

Thibout Courtois (£5.2) antara pemain yang beraksi dengan baik pada minggu lepas serta berjaya mendapatkan clean sheet.

Pada minggu ini Chelsea akan beraksi di laman sendiri menentang West Brom. Sedikit sebanyak memberi kelebihan buat mereka.

Pertahanan

Alderweirdl0708a

Toby Alderweireld (£6.1) sedang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Alderweireld berjaya mendapatkan assist dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan pada minggu lepas.

Setakat musim ini, Alderweireld sudah berjaya mendapatkan 3 goal dan 2 assist.

Aaron Cresswell (£5.5) antara pemain yang berjaya mengutip clean sheet untuk perlawanan menentang Liverpool pada minggu lepas.

Selain itu, Cresswell juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Pada minggu ini West Ham akan bertemu dengan Bournemouth yang sedang berada di dalam prestasi yang kurang memberangsangkan.

Kurt Zouma (£5.4) antara pilihan yang baik untuk minggu ini.

Zouma antara pemain Chelsea yan bermain secara konsisten musim ini.

Chelsea nampaknya berjaya mendapatkan 2 clean sheet di dalam 2 perlawanan terakhir di bawah kendalian pengurus baru.

Pemain Tengah

Willian+Chelsea+v+Crystal+Palace+Premier+League+CDDnc0mfYJRl

Willian (£7.1) antara tonggak utama Chelsea di dalam kemenangan ke atas Crystal Palace minggu lepas.

Willian berjaya mendapatkan goal, assist, clean sheet dan 2 mata bonus.

Apa yang menarik tentang Willian adalah harganya boleh dikatakan agak murah jikan nak dibandingkan dengan kualiti yang ada pada beliau.

Dele Alli (£5.4) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik.

Pemain muda England ini berjaya mendapatkan 2 goal dan 2 assist untuk 4 perlawanan terakhir.

Pada minggu lepas Dele Alli beraksi dengan sangat cemerlang menentang Everton.

Arnautovic (£6.6) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang sangat cemerlang.

Arnautovic berjaya mendapatkan 2 goal dan 1 assist di dalam 3 perlawanan terakhir.

Tambahan pula minggu ini, Stoke City akan beraksi di laman sendiri menentang Norwich City bakal memberi peluang yang lebih untuk Arnautovic mendapatkan goal atau assist.

Penyerang

Manchester-City-v-West-Ham-Sergio-Aguero-cele_2936162

Memilih penyerang agak sukar bila mana 2 pemain yang paling konsisten iaitu Lukaku dan Vardy mengalami kecederaan.

Ramai yang percaya Aguero (£13.1) sudah kembali ke pretasi baik beliau setelah beliau berjaya mendapatkan goal semasa menentang Watford.

Tambahan pula minggu ini Man City bakal bertemu dengan Everton di halaman sendiri.

Everton setakat ini mempunyai pertahanan yang kurang konsisten serta bolos 8 goal di dalam 4 perlawanan terakhir.

Diego Costa (£10.7) dan Harry Kane (£9.8) kedua duanya berada di dalam prestasi yang baik.

Diego Costa berjaya mendapatkan 3 goal pada 3 perlawanan terakhir manakala Harry Kane menjaya mendapatkan 3 goal di dalam 4 perlawanan terakhir.

Apa yang lebih menarik adalah kesemua penyerang pilihan kami pada minggu akan beraksi di laman sendiri.

Pilihan Kapten : Aguero (Man City) , Harry Kane (Spurs) , Diego Costa (Chelsea)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN