Previu Fantasy Premier League: Minggu 2

Perlawanan minggu pertama Liga Perdana Inggeris mula melabuhkan tirai pada minggu lepas.

Terlalu banyak drama yang ingin dibincangkan. Perlawanan yang paling ‘epic’ pastinya kemenangan anak buah Jurgen Klopp keatas Arsenal di Emirates.

Sergio Aguero dan Zlatan Ibrahimovic selaku penyerang paling mahal Fantasy Premier League dilihat tiada masalah untuk mendapatkan gol sulung mereka pada musim ini.

Dalam pada itu, hanya 2 daripada 20 pasukan yang bermain berjaya mendapatkan clean sheet. Apa yang lebih ironi, kedua-dua pasukan ini adalah pasukan yang bermain bukan di halaman sendiri iaitu West Brom dan Swansea.

Itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat kami simpulkan mengenai minggu pertama EPL 16/17, berikut merupakan tips sempena minggu kedua ini:

Penjaga gol

JS83787043

Berdasarkan prestasi Man City tempoh hari, kami jangkakan Willy Cabalero mempunyai peluang yang besar untuk mencatat clean sheet pertama mereka di dalam liga musim ini apabila bertemu dengan Stoke City. Setakat ini Cabalero 5.0) dipilih sebagai penjaga gol utama Man City selepas Joe Hart disisihkan daripada plan Pep Guardiola.

Pertahanan West Ham boleh dikatakan agak baik ketika menentang Chelsea. Cuma mereka gagal untuk menutup ruang serta bermain dengan lebih kompak yang menjurus kepada gol ke-2 Chelsea hasil jaringan Diego Costa. Pada minggu ini, West Ham bakal bermain di halaman sendiri menentang Bournemouth dan dijangka Adrian (£5.0) bakal memperoleh clean sheet yang pertama.

Pertahanan

Kingsley_3191323

Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini berjaya menjadi tonggak utama Swansea keatas Burnley. Apa yang lebih menarik, Swansea merupakan antara 2 pasukan yang berjaya mencatat clean sheet pada minggu pertama. Kingsley yang masih mempunyai harga yang rendah ini mungkin boleh dijadikan option yang baik buat anda dengan tanda harga 4.1)

Menerusi perlawanan London Derby pada minggu lepas, kami tertarik dengan Cesar Azpilicueta (£6.0) yang berjaya untuk membuat kerja defensif serta membantu serangan dengan baik. Azpilicueta berjaya mencatatkan assist pada perlawanan tersebut. Berdasarkan gaya permainan beliau, kami jangkakan beliau dapat peluang bermain yang kerap di bawah kendalian Antonio Conte.

Antonio Valencia 5.5) antara pemain pertahanan yang bermain dengan cara yang agak ofensif dibawah kendalian Jose Mourinho. Meskipun gagal mendapatkan clean sheet pada minggu lepas, bilangan hantaran kepada Ibrahimovic bakal memberi peluang buat Valencia untuk mencatat assist.

Pemain tengah

philippe-coutinho-liverpool-manchester-united-premier-league_3001756

Terdapat beberapa pemain tengah yang menyerlah pada minggu ini. Tidak dinafikan, Coutinho dan Sadio Mane berjaya mencuri tumpuan kita semasa menentang Arsenal. Eden Hazard juga semakin kembali ke prestasi terbaiknya di bawah pengurus Antonio Conte.

Dalam pada itu, 3 pemain yang menjadi kegemaran pemain FPL iaitu Andre Ayew, Aaron Ramsey dan Sadio Mane mengalami kecederaan serta gagal untuk bermain pada minggu ini. Lebih parah adalah Andre Ayew yang terpaksa direhatkan selama 4 bulan. Buat anda yang mempunyai Ayew di dalam pasukan, dinasihatkan tukar.

Coutinho 8.1) dan Hazard (£10.0) pada minggu ini masing-masing akan bermain away pada minggu ini menentang Burnley dan Watford. Kami jangkakan mereka tidak mempunyai masalah untuk menyumbang lebih banyak mata berdasarkan prestasi minggu lepas.

Man Utd sememangnya mempunyai masalah untuk ketika menentang Southampton. The Saints telah mencatakan kemenangan 1-0 back to back  di Old Trafford di EPL dalam 2 musim berturut-turut. Jika peristiwa yang sama berulang, kami jangkakan Dusan Tadic 7.5) dan Nathan Redmond (£6.0) antara dalangnya.

Robert Snodgrass 5.5) selaku pemain yang baru sahaja berhijrah ke Hull City berjaya ‘instant hero’ apabila berjaya menjadi tonggak utama Hull City menerusi kemenangan dramatik menentang bekas juara liga musim lepas, Leicester City. Dengan harga yang rendah serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, Snodgrass antara pilihan yang baik.

Penyerang

GettyImages-474627580.0

Pada minggu ini, Ibrahimovic 11.5) akan mula bermain di Old Trafford menentang Southampton. Aura penyokong serta kehadiran Paul Pogba mungkin dapat memberikan peluang buat penyerang Man Utd ini menyumbangkan gol.

Setakat minggu pertama, Sergio Aguero 13.0) merupakan pemain paling menyerlah. Aguero dilihat sudah sebati dengan taktikal pengurusnya, Pep Guardiola. Aguero berjaya menyumbat 1 gol menentang Sunderland serta hat-trick pada tempoh hari menentang Steaua Bucharest meskipun gagal sempurnakan 2 penalti pada perlawanan tersebut.

Untuk pilihan penyerang yang berharga lebih rendah, kami berminat dengan aksi Abel Hernandez (£6.0) dan Alvaro Negredo 6.6). Masing-masing berjaya mencatat 1 gol pada perlawanan minggu lepas. Jermain Defoe 7.1) mungkin pilihan yang baik, namun fixture yang sukar diawal musim mungkin mengurangkan peluang beliau untuk mendapatkan gol.

Pilihan kapten:

  • Sergio Aguero (Man City)
  • Zlatan Ibrahimovic (Man Utd)
  • Eden Hazard (Chelsea)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN