Previu Fantasy Premier League: Minggu 2

Minggu 1 melihatkan pasukan yang diberi harapan penuh untuk clean sheet seperti Arsenal dan Chelsea bolos dengan 2 goal.

Pasukan underdog seperti Leicester City dan Crystal Palace mencatat kemenangan bergaya ke atas lawan masing-masing. Manakala pasukan yang baru dinaikkan ke BPL iaitu Watford berjaya mencatat keputusan seri di Goodison Park ketika Bournemouth dan Norwich kecundang.

Kami kongsikan pemain – pemain yang dijangka akan memberi anda markah yang tinggi untuk Minggu 2 ini :

Penjaga Gol

Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Adrian dari pasukan West Ham. Adrian berjaya mencatat 6 saves dan clean sheet sekaligus menjadikan beliau man of the match semasa menentang Arsenal di Emirates Stadium.

Dengan harga yang hanya £5.0 juta, Adrian adalah pilihan yang murah tetapi efektif. Di bawah Slaven Bilic, West Ham mempunyai organisasi pertahanan yang tersusun. Minggu ini juga mereka bermain di halaman sendiri menentang Leicester City.

4386735

Pilihan lain : Simon Mignolet (Liverpool, £5.0 juta) & Sergio Romero (Man United, £5.0 juta).

Pertahanan

Pertahanan dari Manchester United , Liverpool dan Tottenham menjadi pilihan kami buat minggu ini.

Meskipun baru, Matteo Darmian kelihatan selesa dan serasi dengan corak permainan Manchester United. Beliau berjaya untuk menyerang dan bertahan dalam keadaan baik pada minggu pertama. Harga Darmian juga meningkat dari £5.5 ke £5.6 juta dalam satu minggu

Joe Gomez pemain Liverpool yang dibeli dari Charlton Athletic berjaya membantu (assist) gol dan clean sheet buat Liverpool. Harganya juga sangat murah (£4.6) jika dibandingkan pertahanan lain.

Bagi Tottenham Hotspurs, kehadiran Hugo Lloris didalam kesebelasan utama dijangka mampu memberikan mata clean sheet kepada pertahanan mereka selepas kehilangan Lloris yang terlepas perlawanan pertama kerana kecederaan. Danny Rose pula dijangka akan kembali mengambil tempat Ben Davies.

717598090

Pilihan lain : Miguel Layun (Watford, £4.5), Aaron Cresswell (West Ham, £5.5), Jordan Amavi (Aston Villa, £5.0)

Pemain Tengah

Andre Ayew mungkin baru lagi dalam Swansea tetapi sudahpun mencatat 10 point di dalam debut pertamanya menentang Chelsea. Dengan nilai £7.0, Ayew adalah pemain tengah yang perlu berada dalam perhatian anda kerana beliau adalah pemain utama Swansea di sayap kanan.

Riyad Mahrez (£5.6) ditukar ke sayap kanan dalam kemenangan 4-2 Leicester pada minggu lepas selepas bermain di tengah dalam sistem 3-4-1-2 pada perlawanan pra-musim. Claudio Ranieri mungkin terkenal denagn reputasinya suka mengubah-ubah taktik, tetapi Mahrez adalah pemain pentingnya.

Riyad-Mahrez

Salah seorang lagi pemain tengah yang menyerlah adalah Dimitri Payet (£7.5) semasa menentang Arsenal. Reputasinya sebagai pemain paling banyak mencipta peluang di Eropah pada musim lepas terpelihara dengan 1 assist kepada gol ke-2 West Ham.

Baca: Lihat Dimitri Payet Semasa Beliau Bekerja Sambilan Di Kedai Pakaian

Philippe Coutinho (£8.0) pula dijangka akan meneruskan aksi yang cemerlang apabila mereka akan menjadi tuan rumah untuk pasukan Bournemouth.

Pilihan lain: Yohan Cabaye (Crystal Palace, £6.5), Ross Barkley (Everton, £6.5)

Penyerang

Pada musim lepas, Graziano Pelle (£8.0) berjaya menjaringkan 12 goal dan 6 assist pada musim lepas. Beliau meneruskan rekod jaringannya pada minggu lepas selepas menyumbang 1 gol. Minggu ini Pelle akan bertemu dengan Everton – pasukan yang sentiasa goyah di bahagian pertahanan daripada musim lepas.

Untuk £7.0 juta, Bafetimbi Gomis adalah penyerang yang berbaloi untuk dimiliki. Dengan Jefferson Montero, Gylfi Sigurdsson dan Andre Ayew di belakangnya, Gomis boleh mengharapkan mereka untuk mencipta peluang demi peluang untuk beliau menjaringkan gol.

9369980-large

Selepas bermain di jentera tengah pada musim lepas, Louis Van Gaal kembali meletakkan Wayne Rooney sebagai penyerang utama dan meletakkan sasaran 25 gol untuk Rooney pada musim ini. Beliau hampir menjaringkan gol pada minggu lepas. Dengan harga £10.5, beliau adalah alternatif baik kepada Sergio Aguero.

Pilihan lain: Harry Kane (Tottenham Hotspurs, £9.5), Wilfried Bony (Man City, £8.5), Troy Deeney (£5.5)

Siapakah pilihan pemain anda pada minggu ini? Kongsikan dengan kami di Facebook atau di Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN