Minggu 18 kita dikejutkan dengan kekalahan besar Arsenal kepada Southampton
Dua pasukan gergasi yang kurang menyerlah pada musim ini iaitu Manchester United dan Chelsea akan bertembung pada minggu ini
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 19 nanti:
Penjaga Gol
Kami memilih Stkelenburg pada minggu berikutan aksi cemerlang beliau semasa menentang Arsenal tempoh hari.
Harga Stkelenburg juga masih ditahap yang rendah iaitu (£5.0).
Southampton akan bertemu dengan pasukan yang tidak begitu memberi cabaran yang besar untuk 4 perlawanan akan datang membolehkan pertahanan Southampton mendapatkan clean sheet.
Wayne Hennessey (£4.1) juga antara pilihan yang baik.
Crystal Palace akan bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Swansea.
Pretasi pertahanan Crystal Palace juga agak baik pada ketika ini.
Crystal Palace sekadar bolos 1 goal untuk 3 perlawanan terakhir serta dan berjaya mendapatkan 2 clean sheet pada 2 perlawanan di tempat sendiri.
Pertahanan
Pertahanan Liverpool nampaknya berada di dalam keadaan jika dinilai berdasarkan perlawanan menentang Leicester City.
Liverpool merupakan satu satunya pasukan yang berjaya clean sheet menentang Leicester.
Alberto Moreno antara pemain Liverpool yang konsisten bermain serta mempunyai harga yang agak rendah iaitu (£5.0).
Minggu ini mereka akan bertemu dengan pasukan ke-19 liga iaitu Sunderland.
Everton dan Crystal Palace antara pasukan yang berjaya mendapat clean sheet.
Funes Mori (£5.5) dari Everton dan Scott Dann (£5.7) antara pemain yang rajin membuat serangan.
Pada minggu lepas, Funes Mori antara pemain yang agresif membuat serangan serta berjaya mendapatkan 2 mata bonus.
Pemain Tengah
Pemain tengah dari Manchester City nampaknya betul betul mendominasi keputusan Man City semasa menentang Sunderland.
Selain De Bruyne (£10.8) yang berjaya mendapatkan 1 goal dan 2 assist, Yaya Toure juga antara pemain yang menyerlah.
Yaya Toure (£8.6) berjaya mendapatkan 1 goal dan 2 mata bonus.
Arnautovic antara pemain yang berada di dalam prestasi yang sangat cemerlang.
Arnautovic berjaya mendapatkan 1 gol sewaktu perlawanan menentang Man Utd.
Selain itu, Kami masih menaruh harapan untuk Ozil (£9.9) dan Riyad Mahrez (£7.1)
Penyerang
Kami memilih Harry Kane (£9.8), Odion Ighalo (£6.2) dan Benteke (£8.2) untuk bahagian penyerang pada minggu ini.
Kesemuanya berada di dalam form yang baik serta menjaringkan gol pada Boxing Day.
Lukaku (£9.3) juga antara pilihan yang baik untuk minggu ini.
Apa yang merisaukan kami adalah kemungkinan Jamie Vardy tidak akan bermain kerana tidak begitu sihat.
Pilihan Kapten : Mesut Ozil (Arsenal) , Harry Kane (Spurs) , De Bruyne (Manchester City)