Minggu ini kita dikejutkan dengan pemecatan Jose Mourinho sebagai pengurus Chelsea.
Perlawanan yang paling menarik untuk minggu ini adalah perlawanan Arsenal menentang Manchester City
Dua Penyerang terbaik EPL iaitu Romelu Lukaku dan Jamie Vardy akan berentap di Goodison Park.
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 17 nanti:
Penjaga Gol
Menurut statistik, Norwich City sekadar berjaya menjaringkan 3 goal di dalam 5 perlawanan terakhir.
Kami jangkakan serangan Norwich City yang tumpul sedikit sebanyak dapat memberi peluang buat David De Gea untuk clean sheet pada minggu ini.
Jika anda mahukan penjaga gol yang konsisten dan harga yang berpatutan, Jack Butland (£5.0) dan Wayne Hennessey (£4.0) antara pilihan yang baik.
Setakat ini, Jack Butland sudah berjaya mendapatkan 7 clean sheet daripada 9 perlawanan terakhir.
Minggu lepas Butland sekali lagi berjaya mendapatkan clean sheet apabila Stoke City berjaya menghalang West Ham daripada mendapatkan goal di Upton Park.
Pertahanan
Pilihan: Eric Dier (£5.2, Tottenham), Scott Dann (£5.3, Crystal Palace), Aaron Cresswell (£5.5, West Ham)
Walaupun Spurs tumpas di halaman sendiri minggu lepas, pemain muda England iaitu Eric Dier berjaya menghasilkan satu goal buat pasukannya.
Setakat ini Eric Dier sudah berjaya mendapatkan 3 goal dan 5 clean sheet buat Spurs.
Tambahan pula, Spurs akan bertemu dengan pasukan yang berada di dalam form yang kurang baik iaitu Southampton sedikit sebanyak dapat memberi peluang buat Spurs menambah bilangan clean sheet mereka.
Scott Dann sekali berjaya buktikan Crystal Palace mampu mendapatkan clean sheet di pihak lawan apabila menumpaskan Southampton di St Mary Stadium minggu lepas.
Setakat ini Dann berjaya memperoleh 3 goal, 1 assist dan 10 markah bonus. Crystal Palace yang bermain di halaman sendiri untuk minggu ini sedikit sebanyak memberi kelebihan buat mereka.
West Ham yang sememangnya hebat di gelanggang lawan pada kali ini akan bertandang ke Liberty Stadium iaitu stadium bagi pasukan Swansea.
Masalah memilih pengurus baru dan prestasi pasukan dapat mempengaruhi West Ham untuk mendapatkan clean sheet.
Cresswell setakat ini sudah berjaya mendapatkan 3 assist dan 3 mata bonus untuk pasukannya.
Pemain Tengah
Pilihan: Wijanldum (£7.0, Newcastle), Eriksen (£8.5, Tottenham), Mesut Ozil (£9.8, Arsenal) , Riyad Mahrez (£7.0, Leicester)
Newcastle nampaknya membuat comeback untuk tidak terus berada di relegation zone. Wijnaldum antara tunggak utama Newcastle selain Ayoze dan Mitrovic.
Setakat ini Wijnaldum sudah berjaya menjaringkan 7 goal dan 3 assist termasuk 4 goal serentak yang berjaya dijaringkan semasa menentang Norwich City.
Menentang pasukan tercorot liga iaitu Aston Villa memberi peluang buat squad kendalian Steve McClaren untuk bangkit semula.
Minggu ini Tottenham akan bertandang ke St Mary Stadium untuk perlawanan menentang Southampton.
Masalah bolos Southampton agak teruk dimana mereka gagal untuk mendapatkan sebarang clean sheet untuk 5 perlawanan berturut turut.
Eriksen yang kini berada di dalam prestasi yang baik pasti dapat menambah bilangan assist atau goal beliau apabila sudah berjaya menjaringkan 2 goal dan 7 assist buat Spurs musim ini.
Rekod yang dipamerkan Mesut Ozil dan Riyad Mahrez sangat baik.
Berdasarkan rekod juga dapat dilihat kedua dua pemain ini berada di dalam prestasi yang sangat baik.
Ozil berjaya menjaringkan 2 goal dan 13 assist manakala Riyad Mahrez sudah menjaringkan 11 goal dan 7 assist.
Kedua dua mereka ini antara pemain yang wajib berada di dalam FPL anda.
Penyerang
Pilihan: Romelo Lukaku (£9.2, Everton), Jamie Vardy (£7.6, Leicester City)
Kedua dua penyerang ini akan berentap sesama mereka pada minggu ini.
Kami lebih berminat untuk memilih mereka berikutan konsistensi yang ditunjukkan.
Selain itu, Everton dan Leicester City antara pasukan yang banyak menjaringkan gol tetapi jarang mendapatkan clean sheet.
Setakat ini Lukaku sudah berjaya mendapatkan 12 goal dan 4 assist manakala Jamie Vardy tampil sebagai penjaring terbanyak liga dengan 15 goal dan 2 asssist untuk musim ini.
Cadangan kapten: Riyad Mahrez (Leicester), Jamie Vardy (Leicester), Romelo Lukaku (Everton)