Minggu ini, 3 daripada 4 pasukan teratas liga akan bermain di halaman lawan.
Hanya Manchester City akan bermain di halaman sendiri. Mereka akan menanti kunjungan Liverpool.
Arsenal akan melawat halaman West Brom dan Leicester melawat Newcastle di St. James Park. Manakala Manchester United akan melawat Vicarage Road untuk menentang Watford.
Penjaga gol
Pilihan: David de Gea (£5.6, Man United), Wayne Hennessey (£4.0, Crystal Palace)
United meneruskan prestasi cemerlang mereka di bahagian pertahanan apabila sudah mencatat 5 clean sheet dalam 6 perlawanan ketika menang 2-0 ke atas West Brom.
Apa yang bagusnya, dalam 6 perlawanan akan datang, United akan tidak akan bertemu pasukan besar (Watford, Leicester, West Ham, Bournemouth, Norwich, Stoke).
Jika anda mahu pilihan yang lebih murah, kami cadangkan Wayne Hennessey yang mencatat 3 clean sheet dalam 6 perlawanan bagi Crystal Palace.
Pertahanan
Pilihan: Chris Smalling (£6.7, Man United), Hector Bellerin (£5.9, Arsenal), Danny Rose (£5.2, Tottenham Hotspur)
Pengurus FPL yang mengikuti tips kami pada minggu 12 pasti gembira dengan pembelian Smalling.
Smalling bukan saja kerap melakukan clean sheet, malah persembahan beliau juga sering diberikan markah bonus. Ketika ini beliau sudah mengumpul 9 mata bonus, kedua tertinggi di liga selepas Aleksandar Kolarov (11).
Minggu ini juga akan menyaksikan kembalinya Hector Bellerin dalam kesebelasan utama Arsenal selepas pulih daripada kecederaan.
Jadi sesiapa yang mahu membeli full back yang banyak mencipta assist, anda boleh membeli Bellerin semula.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba Danny Rose dan Ryan Bertrand (£5.3, Southampton).
Pemain tengah
Pilihan: Gerard Deulofeu (£6.3, Everton), Philippe Coutinho (£8.3, Liverpool), Manuel Lanzini (£5.3, West Ham)
Ketika ini anda pasti pening kepala untuk mencari pengganti Dimitri Payet yang cedera selama 3 bulan. Berdasarkan data statistik, Philippe Coutinho adalah alternatif terbaik anda.
Dengan hanya tambahan £0.3 daripada harga Payet, Coutinho bakal bertemu pasukan sederhana dalam 4 minggu akan datang (Swansea, Newcastle, West Brom, Watford).
Countinho juga sudah menjaringkan 3 gol dalam 4 pertemuan menentang Man City.
Jika anda mahu alternatif yang lebih murah, sila lihat Gerard Deulofeu yang sudah melakukan 4 assists dalam 3 perlawanan terakhir Everton.
Kecederaan Payet juga bermakna, Manuel Lanzini akan menggantikan tugas Payet di tengah. Prestasi Lanzini juga tidak kurang hebatnya dengan 3 gol, 2 assist dan 8 mata bonus.
Oh sudahkah kami beritahu, Ozil wajib berada dalam skuad FPL anda?
Penyerang
Pilihan: Harry Kane (£9.4, Tottenham Hotspur), Olivier Giroud (£8.8, Arsenal), Bafitimbi Gomis (£6.8, Swansea)
Selepas Anthony Martial, terdapat keraguan sama ada Jamie Vardy dapat diturunkan atau tidak.
Jika anda tak mahu mengambil risiko, anda boleh menjual Vardy (ketika ini berharga £7.4) dan mendapatkan penyerang alternatif. Seperti Bafitimbi Gomis.
Gomis mungkin sedang mengalami kemarau gol dalam 8 perlawanan, tetapi menentang Bornemouth di halaman sendiri mungkin dapat mengubah nasibnya.
Jika anda mempunyai bajet, anda boleh beralih kepada penyerang kedua yang paling banyak dibeli pengurus FPL pada minggu ini, iaitu Harry Kane.
Olivier Giroud juga boleh menjadi alternatif yang baik memandangkan Arsenal akan menentang pasukan sederhana dalam 4 minggu akan datang.
Semua orang tahu Giroud hanya menjaringkan gol ketika menentang pasukan sederhana, bukan?
Cadangan kapten: Mesut Ozil (Arsenal), Chris Smalling (Man United), Riyad Mahrez (Leicester)