Previu Fantasy Premier League: Minggu 12

Minggu ini, 3 daripada 4 pasukan teratas liga akan bermain di halaman sendiri.

Man United akan menunggu kunjungan West Brom yang sudah mencatatkan 6 clean sheet, 4 daripadanya dicatat di luar The Hawthorns. Bagaimanapun, United lebih cemerlang dengan rekod 7 clean sheet – paling banyak dalam liga setakat ini.

Pasukan tempat ke-3, Leicester pula akan menentang Watford di halaman sendiri. Watford belum pernah kalah dalam 3 perlawanan away terkahir mereka. Tetapi Leicester baru kalah sekali dalam 6 perlawanan liga di King Power Stadium.

Arsenal akan menanti kunjungan Tottenham Hotspur dalam North London derby. Spurs perlu berhati-hati. Mereka hanya pernah menang sekali dalam 22 perlawanan North London derby di halaman Arsenal.

Penjaga gol



Pilihan: David de Gea (£5.0, Man United), Jack Butland (£4.6, Stoke City)

Ketika ini, pertahanan Man United sangat kukuh sehinggakan pengkritik mereka tiada pilihan lain selain mengkritik jentera serangan mereka. United sudah mencatatkan 4 clean sheet dalam 5 perlawanan.

Dengan West Brom yang baru menjaringkan 3 gol di luar The Hawthorns setakat ini, David de Gea adalah pilihan utama kami di posisi penjaga gol.

Penjaga gol Stoke City, Jack Butland adalah penjaga gol yang paling banyak menghasilkan saves (46) dalam liga musim ini.

Dengan Jose Mourinho yang bakal menjalani hukuman larangan masuk stadium, Butland mungkin berpeluang melakukan banyak saves. Beliau berpeluang meraih mata walaupun jika Stoke bolos.

Pertahanan



Pilihan: Chris Smalling (£6.5, Man United), Virgil van Dijk (£5.6, Southampton)

Chris Smalling adalah pilihan jelas untuk melengkapkan David de Gea dalam pasukan anda. Dengan 7 clean sheets dan 7 bonus point setakat ini, Smalling dijangka tidak mempunyai masalah untuk mendiamkan Salomon Rondon di Old Trafford.

Kebolehan Virgil van Dijk menjaringkan gol dan mendapatkan clean sheet terbukti dengan 2 gol dan 2 clean sheet yang dicatatkannya dalam 7 perlawanan. Southampton pula hanya bolos 2 gol dalam 4 perlawanan di luar St. Mary Stadium.

Menentang Sunderland yang masih bergelut menaikkan prestasi mereka, van Dijk adalah alternatif yang boleh anda pilih.

Pemain tengah



Pilihan: Mesut Ozil (£8.7, Arsenal), Philippe Coutinho (£8.1, Liverpool), Riyad Mahrez (£6.6, Leicester)

Dengan persembahan Alexis Sanchez yang mengecewakan sejak 2 perlawanan lepas, Mesut Ozil adalah pemain tengah Arsenal yang perlu anda pilih jika anda mahu memanfaatkan persembahan cemerlang Arsenal ketika ini.

Ketika ini, Ozil mencipta peluang gol untuk Arsenal setiap 18.6 minit – paling terbaik dalam liga. Lebih 91,000 pengurus FPL sudah membeli Ozil minggu ini, menyebabkan harganya naik ke £8.7. Tetapi jauh masih lebih murah berbanding Alexis (£11.6).

Philippe Coutinho membuatkan kami menyesal kerana menjualnya selepas memberikan 14 mata ketika perlawanan menentang Chelsea. Prestasi Coutinho tak boleh dijangka musim ini selepas gagal menjaringkan gol dalam 9 perlawanan lepas.

Tetapi Liverpool bakal bertemu dengan pasukan sederhana dalam 5 minggu akan datang (Crystal Palace , Swansea, Newcastle, West Brom, Watford), kami jangkakan Coutinho mampu memperbaiki point nya.

Ketika ini, Riyad Mahrez sudah menjaringkan 7 gol dan mencatat 5 assists dalam hanya 10 perlawanan. Leicester belum pernah gagal menjaringkan gol dalam 11 perlawanan. Dengan Mahrez, Leicester akan terus menjaringkan gol.

Penyerang



Pilihan: Anthony Martial (£8.0, Man United), Wilfried Bony (£8.4, Man City), Odion Ighalo (£5.4, Watford)

Buat kali pertamanya, Louis van Gaal beralih ke formasi 4-4-2 ketika kemenangan 1-0 Man United ke atas CSKA Moscow. United lebih tampil menyerang dan berbahaya.

Perubahan formasi ini akan menguntungkan Anthony Martial terutamanya selepas terpaksa bermain di sayap kiri sehingga menjejaskan mata FPL nya.

Wilfried Bony mungkin gagal menjaringkan gol ketika menentang Norwich pada minggu lepas, tetapi Bony tetap bahaya apabila mencatatkan 9 percubaan dengan 6 daripadanya dilakukan dalam kotak penalti.

Menentang Aston Villa yang akan bermain di bawah kendalian jurulatih baru, Remi Garde, Bony dijangka mempunyai kebebasan sama untuk menghuru-harakan pertahanan Villa.

Selain Jamie Vardy, Odion Ighalo adalah satu lagi penyerang murah yang perlu anda ada. Baru berharga £5.5, Ighalo akan bertemu jentera pertahanan Leicester yang baru sekali mencatat clean sheet.

Cadangan kapten: Riyad Mahrez, Jamie Vardy (Leicester), David de Gea (Man United), Kevin de Bruyne (Man City)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN