Minggu lepas kita dihiburkan dengan kehadiran Klopp ke BPL
Newcastle United dan Manchester City pula berjaya mendapatkan kemenangan besar ke atas pihak lawan.
Arsenal berjaya meneruskan rekod kemenangan mereka dengan kemenagan ke atas Bayern Munich.
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 10 nanti:
Penjaga gol
Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Jack Butland (Stoke City).
Butland (£4.6) bermain dengan baik bersama Stoke City pada minggu lepas.
Walaupun umurnya baru 22 tahun Butland berjaya membuktikan beliau sudah cukup layak untuk menjadi penjaga gol yang baik seterusnya mewakili England.
Stoke City yang bergelut dengan masalah pertahanan pada awal musim berjaya mendapatkan 2 clean sheet pada dua perlawanan BPL terbaru ini.
Minggu ini Stoke City akan bertemu dengan Watford di Britania Stadium.
Kami yakin skuad bimbingan Mark Hughes mampu mendapatkan kemengan setelah mereka berjaya membuktikan mereka mampu untuk menang 3 perlawanan berturut – turut.
Pilihan lain : Boaz Myhill (West Brom, £4.7 ) & Petr Cech (Arsenal, £5.6 )
Pertahanan
Pertahanan dari West Brom, Tottenham dan Arsenal menjadi pilihan kami pada minggu ini.
Siapa sangka West Brom sudah berjaya mencatatkan 5 clean sheet di dalam 9 perlawanan pada musim ini.
Craig Dawson (£5.1) antara pemainnya.
Dawson berjaya mencatatkan 1 goal dan bermain pada semua perlawanan pada musim ini.
Minggu ini West Brom akan menentang dengan pasukan yang bolos 6 goal pada minggu lepas iaitu Norwich City
Jika anda mencari pertahanan yang murah dan efektif, pertahan dari West Brom antara pilihan yang baik.
Jika anda melihat perlawanan antara Arsenal dan Bayern Munich pasti anda perasan betapa pantasnya Hector Bellerin (£5.8).
Seawal umur 20 Bellerin sudah mampu menyerang dan bertahan dengan baik. Beliau sudah mencatatkan 2 assist dan 5 clean sheet bersama Arsenal di dalam liga.
Meskipun Arsenal akan menentang Everton pada minggu ini, kami yakin Arsenal mampu dapatkan clean sheet jika mereka bermain dengan baik seperti mana mereka bermain menentang Bayern Munich tempoh hari.
Kami berminat untuk memilih Toby Alderweireld (£5.2) pada minggu ini.
Antara sebabnya adalah kerana pertahanan mereka beraksi cemerlang semasa menentang Liverpool pada minggu lepas.
Minggu ini Tottenham akan menentang Bournemouth dimana Bournemouth gagal untuk mendapatkan sebarang kemenangan di dalam 3 perlawanan setelah ketiadaan pemain tonggak mereka iaitu Wilson dan Gradel.
Pilihan lain : Cameron (Stoke City, £4.5 ) & Alberto Moreno (Liverpool, £4.7 )
Pemain tengah
Alexis Sanchez (£11.5) sekali lagi berjaya menghasilkan gol pada minggu lepas menentang Watford.
Nampaknya beliau sudah berjaya menghasilkan 6 goal di dalam 3 perlawanan terakhir.
Prestasi beliau semasa menentang Bayern Munich juga sangat baik walaupun tidak dapat menyumbang sebarang goal.
Jika minggu lepas kita dapat lihat Phil Jagielka tidak dapat menandingi kelajuan Wayne Rooney, bayangkan pula jika Alexis Sanchez yang menyerang pada kali ini.
4 goal pada minggu lepas sudah cukup untuk mengatakan Wijnaldum (£6.9) berada di dalam pretasi yang terhebat.
Minggu ini Newcastle akan bertemu dengan Sunderland atau lebih dikenali dengan Tyne-Wear derby.
Selain Wijnaldum, Moussa Sissoko (£5.7) juga antara menyinar di dalam perlawanan Newcastle dan Norwich yang berakhir dengan 6 – 2.
Sissoko berjaya mendapatkan 3 assist di dalam perlawanan tersebut.
Dengan prestasi Sunderland yang agak buruk tanpa kemenagan pada musim ini kami yakin Newcastle United dapat membuktikan sesuatu.
Ketiadaan David Silva dan Sergio Aguero bukanlah suatu masalah yang besar buat Manchester City.
Manchester City berjaya membuktikan pemain lain mereka juga mempunyai kualiti yang sama.
Kevin De Bruyne (£10.5) dan Raheem Sterling (£8.8) menyinar untuk perlawanan menentang Sevilla dan Bournemouth.
Minggu ini Manchester City akan bertemu dengan Manchester United di dalam Manchester Derby.
Pilihan lain : Yohan Cabaye (Crystal Palace, £6.9 ) & Mesut Ozil (Arsenal, £8.5 )
Penyerang
Suatu kerugian besar jika anda tidak mempunyai Jamie Vardy di dalam pasukan FPL anda.
Dengan harga sekadar £7.0, Vardy sudah berjaya menjaringkan 9 goal dan 1 assist pada musim ini.
Maksudnya purata goal beliau ada sejajar dengan bilangan perlawanan iaitu 9 goal di dalam 9 perlawanan.
Jika anda masih kurang yakin dengan Vardy, rekod ini menceritakan segalanya.
Pada minggu ini Leicester akan menjadi tuan rumah kepada Crystal Palace, pasukan yang tewas di halaman sendiri dengan West Ham pada dengan keputusan 1 – 3.
Saido Berahino juga antara penyerang yang mempunyai rekod yang baik ketika ini.
Berahino telah berjaya menjaringkan 2 goal di dalam 3 perlawanan.
Minggu ini West Brom akan melawat ke Carrow Road untuk menentang Norwich.
Norwich yang kini mempunyai masalah semasa bertahan dimana Norwich telah melepaskan 10 goal di dalam 3 perlawanan sedikit sebanyak membuatkan peluang untuk West Brom untuk dapatkan goal lebih tinggi.
Pilihan lain : Anthony Martial (Manchester United, £8.4 ) & Olivier Giroud (Arsenal, £8.7)