Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 22

Previu Fantasy Premier League (FPL) kembali lagi untuk minggu yang ke-22.

Pasukan atasan liga seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea dijangka tiada masalah untuk memperoleh 3 mata dalam perlawanan masing-masing minggu ini.

Hal ini kerana, mereka semua akan menentang pasukan-pasukan yang bergelut dengan prestasi mereka di kelompok bawahan liga jadi mereka dijangka tiada masalah untuk memperoleh kemenangan.

Ia juga ditambah dengan kesemua 3 pasukan tersebut beraksi di laman sendiri.

Perlawanan tumpuan pula menyaksikan Manchester City cuba untuk menewaskan Tottenham Hotspur di laman sendiri pada hari Ahad.

Penjaga gol

Jika anda tidak punya bajet yang banyak. Kami cadangkan kepada anda untuk mendapatkan khidmat Victor Valdes (Middlesbrough) di gawang gol.

Prestasi beliau boleh dikatakan cukup baik untuk pasukan pertengahan liga. Hal ini kerana, beliau sudah mencatatkan 4 clean sheet dari 10 perlawanan terakhir beliau.

Menentang West Ham United di laman sendiri, rekod baik Valdes itu dijangka boleh diteruskan pada minggu ini.

Selain itu kami cadangkan penjaga gol seperti Tom Heaton (Burnley) dan Ben Foster (West Bromwich Albion) sebagai calon alternatif.

Pertahanan

Calon pertahanan kami untuk minggu ini adalah pemain yang kerap menjadi pilihan pemain FPL – Marcos Alonso (Chelsea).

Beliau berjaya menyumbangkan 21 mata ketika menentang Leicester City tempoh hari. Dengan bermain menentang Hull City ditempat sendiri, Alonso boleh mengambil segala peluang ke atas kelemahan Hull City minggu ini.

Hull City dalam masa yang sama mengalami prestasi yang tidak baik ketika beraksi di tempat lawan.

Mereka hanya menjaringkan 6 gol sahaja dan bolos 24 gol ditempat lawan dari 10 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.

Dan ketiadaan Robert Snodgrass yang merupakan perancang utama pasukan menjadikan masalah Hull City lebih berat.

Selain Alonso, kami memilih Charlie Daniels (Bournemouth) dan Chris Brunt (West Bromwich Albion) sebagai pilihan lain.

Pemain tengah

Previu Fantasy Premier League minggu ini menyaksikan Eden Hazard (Chelsea) sebagai pilihan kami.

Hazard yang berhadapan dengan Hull City, telah berjaya menjaringkan 7 gol dari 9 perlawanan terakhir beliau di laman sendiri.

Selain itu, kami juga merasakan Adam Lallana (Liverpool) sebagai calon kedua.

Beliau kini sudah menjaringkan 7 gol dan 7 bantuan gol untuk Liverpool.

Swansea City pula yang bertandang ke Anfield mempunyai rekod yang teruk dalam 9 perlawanan terakhir mereka.

Swansea City memboloskan 3 atau lebih gol dari 9 perlawanan terakhir mereka.

Calon-calon lain yang sesuai adalah Alexis Sanchez (Arsenal) dan Junior Stanislas (Bournemouth).

Penyerang

Previu Fantasy Premier League minggu ini memilih Romelu Lukaku (Everton) sebagai pilihan kami di bahagian serangan.

Beliau dikenali sebagai away day specialist, hal ini kerana 7 daripada 12 gol beliau untuk Everton dijaringkan ketika Everton bermain di tempat lain. Jadi anda boleh jangkakan beliau menajringkan gol ketika menentang Crystal Palace di tempat lawan minggu ini!

Selain itu, Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) juga menjadi pilihan kami.

Bintang Sweden ini berjaya menjaringkan di hampir setiap perlawanan beliau termasuk ketika perlawanan minggu lalu menentang Liverpool. Jadi menentang Stoke City ditempat lawan, Ibrahimovic boleh mengulangi prestasi beliau tersebut.

Selain itu juga kami memilih Solomon Rondon (West Bromwich Albion) dan Pedro Rodriguez (Chelsea).

Pilihan kapten

  • Marcos Alonso (Chelsea)
  • Eden Hazard (Chelsea)
  • Zlatan Ibrahimovic (Manchester United)

Baca juga: 2 Sebab Manchester United Lepaskan Memphis Depay

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN