Selepas berehat untuk aksi kelayakan Piala Dunia. Premier League telah kembali untuk minggu ke 12, dan cuba teka apa yang kembali juga? Fantasy Premier League!
Minggu ini kami tampil sekali lagi dengan pilihan-pilihan pemain yang sesuai untuk anda masukkan ke dalam skuad anda minggu ini.
Penjaga gol
Untuk pilihan penjaga gol. Kami memilih 2 penjaga gol untuk minggu ini, pertama iala Lee Grant (Stoke City) dan Tom Heaton (Burnley).
Grant dan Stoke City akan menerima kunjungan Bournemouth. Dengan rekod yang buruk di tempat lawan untuk pasukan Bournemouth, adalah tugas yang mudah untuk Grant memperoleh clean sheet minggu ini.
Heaton pula akan bersama-sama Burnley ke The Hawthorns untuk menentang West Bromwich Albion. Heaton mempunyai rekod yang cemerlang di gol, dengan melakukan 32 saves musim ini.
Pilihan-pilihan lain adalah Hugo Lloris (Tottenham Hotspur) dan Ben Foster (West Bromwich Albion).
Pertahanan
Marcos Alonso (Chelsea) dan Virgil Van Dijk (Southampton) adalah calon utama kami di bahagian pertahanan.
Alonso dan Chelsea yang telah memperoleh 5 clean sheet setakat ini berturut-turut, dijangka akan meneruskan prestasi cemerlangnya apabila bertandang ke Middlesbrough.
Untuk Van Dijk, beliau dijangka akan mengalami hari yang sibuk di tempat sendiri apabila menerima kunjungan Liverpool.
Dengan permainan tekanan tinggi yang ditunjukkan Liverpool. Ia pasti akan memaksa Van Dijk untuk lebih bersiap siaga menghadapi serangan dari pelawat.
Selain daripada itu, Van Dijk juga telah mengumpul 118 mata untuk CBI (clearance, blocks, inteceptions) dan ini menjadikan beliau antara 7 pertahanan terbaik musim ini.
Pemain tengah
Eden Hazard (Chelsea) adalah calon terbaik untuk kami cadangkan di bahagian tengah.
Hazard ternyata dalam prestasi cemerlang apabila sudah mencatatkan 5 gol dan 2 assist setakat ini. Dengan perlawanan menentang Middlesbrough, Hazard dijangka akan mengulangi prestasi yang sama di Riverside.
Selain dari itu, kami cadangkan nama seperti Nemanja Matic (Chelsea) dan Phillipe Coutinho (Liverpool)
Penyerang
Di bahagian serangan, Sergio Aguero (Manchester City) masih lagi calon utama. Sudah menjaringkan 6 gol dari 3 perlawanan di tempat lawan, Aguero dijangka tiada masalah untuk menjaringkan gol menentang Crystal Palace yang sudah bolos 10 gol dari 3 perlawanan.
Selain itu juga, Romelu Lukaku (Everton) juga adalah calon yang baik. Beliau mempunyai rekod yang baik di Goodison Park apabila sudah menjaringkan gol di semua perlawanan kecuali satu perlawanan sahaja di Goodison Park.
Menentang Swansea City yang sudah memboloskan 9 gol dari 4 perlawanan di tempat sendiri, dijangka tiada masalah untuk penyerang Belgium itu menghasilkan gol.
Pilihan kapten:
- Marcos Alonso (Chelsea)
- Eden Hazard (Chelsea)
- Sergio Aguero (Manchester City)
Baca juga: Previu EPL 16/17: Manchester United VS. Arsenal – Bukan Sekadar Pertarungan Taktikal