Previu Piala Eropah 2016: Iceland, Austria Berpotensi Hantar Portugal Pulang Awal

Kumpulan F bakal menghimpunkan 4 buah negara yang belum pernah menjulang sebarang kejuaraan besar Eropah (apatah lagi dunia) dalam era bola sepak moden – Portugal, Iceland, Hungary dan Austria.

Di atas kertas, Portugal yang diperkuatkan dengan Cristiano Ronaldo merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan ini. Kegagalan melayakkan diri ke peringkat seterusnya boleh dianggap sebagai malapetaka.

[adrotate group=”2″]

Di bawah kendalian Fernando Santos, Portugal telah meninggalkan identiti formasi 4-3-3 mereka kepada formasi 4-4-2. Ronaldo dijangka akan mengepalai serangan bersama Nani di belakangnya.

Seperti Portugal yang mempunyai bintang-bintang muda seperti Renato Sanches dan Andre Gomes, Austria juga mempunyai adunan pemain berpengalaman dan muda yang baik.

Terkenal sebagai salah sebuah negara Eropah yang sedang mengalami peningkatan, Austria perlu berterima kasih kepada ketua jurulatih mereka, Marcel Koller yang merombak DNA bola sepak Austria kepada sistem 4-2-3-1 yang boleh bertukar menjadi 4-3-3.

Turut menghuni kumpulan ini adalah Hungary dan Iceland.

Bagaimana mereka layak?

1. Portugal

Pada pusingan awal kelayakan, Portugal agak merisaukan apabila tewas mengejut 0-1 kepada Albania. Paulo Bento kemudian dipecat dan digantikan dengan Fernando Santos.

Selepas itu Portugal menang baki 7 perlawanan berikutnya dengan margin 1 gol sahaja untuk menjuarai kumpulan kelayakan mereka.

2. Iceland

Sebagai sebuah negara yang hanya mempunyai populasi sekitar 330,000 dan sekitar 21,000 pemain bolasepak berdaftar, Iceland mengejutkan ramai pihak apabila selesa layak ke Piala Eropah 2016.

Diundi berada dalam satu kumpulan kelayakan yang turut dihuni Belanda, Turki dan Republik Czech, Iceland hanya kalah 2 kali; 1-2 kepada juara kumpulan Republik Czech dan 0-1 kepada Turki.

Pencapaian membanggakan Iceland ketika pusingan kelayakan termasuklah menewaskan Belanda 2 kali (home dan away).

3. Austria

Austria sebelum ini pernah layak kali pertama ke Piala Eropah edisi 2008 atas tiket penganjur bersama. Bagaimanapun persembahan mereka hambar apabila tersingkir di peringkat kumpulan.

Sejak itu, mereka gagal layak ke mana-mana kejohanan Piala Eropah dan Piala Dunia, Bagaimanapun segalanya berubah apabila Astria memenangi 9 daripada 10 perlawanan kelayakan untuk menjuarai kumpulan.

Seperti Itali, England dan Romania, Austria tidak pernah kalah dalam peringkat kelayakan.

4. Hungary

Kali terakhir Hungary layak ke kejohanan Piala Eropah adalah ketika edisi 1972; 44 tahun lalu!

Kini layak untuk edisi 2016, Hungary bagaimanapun dipaksa berhempas-pulas ketika di peringkat kelayakan.

Sekadar menduduki tangga ke-3 kumpulan kelayakan di belakang Ireland Utara dan Romania, Hungary dipaksa bersaing di peringkat play-off kelayakan menentang Slovenia pula untuk merebut slot terakhir Piala Eropah 2016.

Mujurlah mereka menang 3-1 secara agregat, untuk memberi rakyat Hungary sebab menonton Piala Eropah 2016 pada musim panas ini.

Pemain tumpuan

Portugal – Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Pemain ini dijangka akan memikul tugas berat kali ini. Mujurlah mereka ada bakat seperti Renato Sanchez dan kebangkitan Quaresma dan Nani dalam pasukan ini untuk membantu.

Walaupun baru menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2016 dengan Real Madrid, beliau bukanlah berada dalam prestasi terbaik pada musim ini.

Dengan 5 gol yang dijaringkannya (daripada 6 perlawanan) ketika peringkat kelayakan, bahaya terbesar jentera serangan Portugal akan datang daripada Ronaldo.

Iceland – Gylfi Sigurdsson (Swansea)

Walaupun beliau tidak menikmati musim terbaik bersama Swansea City dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, Gylfi Sigurdsson tetap menjadi watak utama Iceland.

Menjaringkan 6 gol daripada 10 penampilan terakhir untuk pasukan kebangsaan, magis Sigurdsson berpotensi membawa Iceland ke peringkat kalah mati.

Austria – Marc Janko (FC Basel)

Lupakan dahulu David Alaba atau Marco Arnautovic kerana figura ini lebih menyerlah dalam membantu negara ini layak secara merit ke Piala Eropah buat kali pertama.

Menjaringkan 7 gol daripada 9 perlawanan di peringkat kelayakan, Janko yang tidak prolifik di peringkat kelab membuktikan sebaliknya di peringkat antarabangsa.

Janko adalah finisher semula jadi yang telah meningkat mendadak di bawah kendalian pada Marcel Koller.

Balazs Dzsudzsak (Bursaspor)

Pemain lincah ini telah menjadi pemain penting untuk skuad ini di peringkat kelayakan. 

Beliau telah bermain setiap minit kempen kelayakan pasukan Hungary dan berada dalam prestasi terbaik sama ada untuk kelab dan juga negara.

Siapa yang akan mara?

Portugal dan Austria baru sahaja diumumkan berada dalam senarai 10 teratas dalam ranking terbaru FIFA dan ia menyokong hujah bahawa 2 pasukan ini adalah pasukan yang sangat berpotensi layak.

Namun adalah diharapkan juga Iceland dan Hungary dapat melakukan kejutan dan mencuri salah satu slot 2 pasukan terbaik kumpulan F.

Ia bukan mustahil kerana Portugal membawa 6 pemain pertahanan veteran dalam kejohanan kali ini.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Previu Piala Eropah 2016: 3 Negara Kumpulan E Taruh Kuda Tua Lawan Belgium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN