Arsenal akan berhadapan dengan Liverpool dalam perlawanan tumpuan minngu ini. Ia sentiasa menjanjikan pertarungan terbuka di atas padang dengan keinginan kedua-dua pasukan untuk menyerang.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, jika beliau bukan pengurus Liverpool, beliau akan membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini.
Arsene Wenger vs Jurgen Klopp
Ketika pertemuan pertama Klopp dan Wenger, pengendali Liverpool ini ketika itu mengendalikan Borussia Dortmund. Beliau berkata:
“Beliau (Wenger) sukakan penguasaan bola, bermain dengan bola dan permainan hantaran, ia seperti orkestra. Tetapi ia lagu yang lebih perlahan bunyinya. Saya pula sukakan lebih heavy metal. Saya mahukan ia bingit.”
Ketika di Borussia Dortmund Klopp hanya menang sekali ke atas Wenger dalam 5 pertemuan mereka. 3 dimenangi Wenger dan 1 seri.
Namun selepas Klopp menyertai Liverpool beliau telah memperbaiki rekod itu. Klopp menang dalam 3 daripada 4 pertemuan dengan Wenger, dan seri sekali.
Liverpool dan Klopp menjaringkan 14 gol dalam tempoh tersebut. Membuatkan Wenger setakat ini masih mencari jawapan untuk mengasti Klopp di Liverpool.
Arsenal melepaskan 3 gol atau lebih dalam pertemuan menentang Liverpool di nawah Klopp. Jadi rekod pertemuan Klopp dengan Wenger setakat ini adalah:
Arsene Wenger menang: 3
Jurgen Klopp menang: 4
Seri: 2
Tuan rumah dan pelawat dalam prestasi terbaik
Arsenal pastinya bukan pasukan yang mudah untuk ditentang di gelanggang sendiri walapun mereka agak bergelut dengan rekod di tempat lawan awal musim ini. Arsenal menang 13 daripada 14 perlawanan terakhir mereka di Emirates.
Mereka turut melakukan 6 tanpa bolos daripada 8 perlawanan EPL terakhir di Emirates. Ia adalah bukti pasukan ini boleh menewaskan sesiapa sahaja di kubu mereka.
Namun lawan mereka hari ini adalah pasukan yang memiliki rekod tempat lawan yang sangat baik. Liverpool menjadi pasukan pertama menang 4 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan dengan perbezaan 3 gol dan ke atas.
Lebih menarik Liverpool pastinya bukan lawan yang digemari Wenger. Mereka menang 3 daripada 4 peelawanan terakhir menentang Arsenal.
Mohamed Salah vs Mesut Ozil
Mesut Ozil kembali kepada prestasi terbaik beliau. Ozil menjadi pemain kedua paling banyak mencipta peluang dalam EPL musim ini di belakang Kevin De Bruyne.
Only two players have created more than 50 chances in the Premier League this season:
Kevin De Bruyne (55)
Mesut Özil (54)Usual suspects. pic.twitter.com/nUdyGgv4AX
— Squawka (@Squawka) December 21, 2017
Manakala untuk Liverpool mereka pastinya berharap Mohamed Salah akan terus cemerlang di hadapan gol. Salah sudah menjaringkan 20 gol untul Liverpool musim ini. Beliau buat masa ini penjaring terbanyak dalam EPL dengan 14 gol.
Pertarungan counter-pressing
Kedua-dua pasukan adalah pemegang falsafah counter pressing. Jadi, amat berisiko untuk mana-mana pasukan melakukan kesilapan ketika cuba membina serangan daripada bawah. Liverpool memiliki pemain yang intensif untuk melakukan aktiviti ini.
Arsenal pastinya gembira dengan aksi Alexis Sanchez yang kembali ke prestasi dan kondisi terbaik untuk memberikan masalah kepada Liverpool. Sanchez adalah pemain yang sangat bertenaga untukekan pihak lawan di garisan tinggi.
Transisi Liverpool
Satu aspek taktikal yang paling efektif dan digeruni lawan mereka adalah cara mereka melakukan transisi. Ini yang membuatkan serangan balas mereka antara yang terbaik buat masa ini. Permainan kombinasi mereka juga antara elemen yang perlu dineutralkan okeh Arsenal.
Liverpool miliki kelajuan dan kemampuan pemain mengawal bola dalam tekanan. Arsenal pula bergelut dengan isu mengekang serangan balas musim ini. Ia adalah perkara yang pastinya sudah diberikan perhatian oleh Wenger di pusat latihan.
Lihat 3 daripada 5 gol mereka dalam perlawanan ini adalah daripada transisi daripada bertahan ke serangan atau dengan serangan balas.
Kreativiti Arsenal
Arsenal sentiasa dikenali dengan pasukan yang kreatif. Statistik Mesut Ozil hanyalah salah satu daripadanya. Lebih daripada itu mereka memiliki pemain yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Agalmk menarik untuk menanti sama ada Jack Wilshere ada dalam pasukan ataupun tidak. Beliau antara pusat kreativiti Arsenal di tengah sebelum ini.
Arsenal seringkali memiliki plan B berkesan dengan target man seperti Giroud jika plan A mereka buntu. Mereka boleh bermain dengan sistem hantaran lintang yang lebih ‘direct’. Namum diberitakan Giroud mengalami kecederaan.
Kepulangan Alex Oxlade Chamberlain
Pemain ini beraksi untuk Arsenal selama 6 tahun dalam 198 penampilan. Beliau memberitahu kepulangan semula ke Emirates agak emosi. Dalam perlawanan terakhir Liverpool, Chamberlain dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Namun tidak pasti sama ada beliau akan memulakan perlawanan kali ini kerana polisi penggiliran pemain oleh Jurgen Klopp
Sebelum Wisel
Ini adalah perlawanan yang akan menjadi tumpuan sebelum Boxing Day.
Siapa akan menang? Arsenal memiliki pilihan formasi taktikal sama ada bek bertiga ataupun bek berempat. Manakala Liverpool ada opsyen yang banyak untuk bermain sama ada 4-3-3, 4-2-2-2, 4-1-4-1 ataupun 4-4-2.
Perlawanan ini juga penting untuk persaingan slot UCL musim akan datang. Berapa ramalan anda? Kongsikan dengan kami.