Hari ini berlangsung 6 perlawanan EPL. Ini adalah previu kami
Burnley vs Huddersfield
Burnley kini berada di tangga ke-12 manakala Huddersfield di dasar liga, tangga ke-20. Huddersfield masih belum menang sebarang perlawanan setakat ini.
Burnley kelihatan sukar untuk mengulangi pencapaian membanggakan mereka musim lalu terutama sekali aspek pertahanan. Namun mereka mulai menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka.
Huddersfield pula tewas dalam kesemua 3 perlawanan terakhir mereka.
Crsytal Palace vs Wolves
Palace sudah 3 perlawanan gagal menjaringkan gol di tempat sendiri. Mereka kini berada di tangga ke-13. Seri dan tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka. Christian Benteke dilaporkan tidak akan beraksi kerana kecederaan.
Aksi cemerlang Zaha ditagih oleh Palace dalam perlawanan ini. Pemain bek sisi mereka Wan Bissaka antara pemain tumpuan.
Wolves, pasukan yang dipromosi pada musim ini. Namun mereka sangat cemerlang pada awal musim ini. 5 perlawanan terkahir mereka masih tak kalah. Dan kini di tangga ke-9. Hanya tewas sekali.
Motivasi terbesar mereka pastinya perlawanan sebelum ini di mana mereka menewaskan Manchester United.
Leicester vs Everton
Leicester menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka. Kini Leicester berada di tangga ke-8 liga.
Yang pasti menarik adalah aksi pemain yang dibeli untuk menggantikan Mahrez iaitu James Maddison.
Maddison dipanggil oleh skuad England buat pertama kali.
A childhood dream of mine came true today.. Called up to the @england senior squad. Blessed ❤️🙌🏼🏴 #ThreeLions pic.twitter.com/IXvSp70Fls
— James Maddison (@Madders10) October 4, 2018
Lawan mereka Everton memulakan kempen dengan tidak konsisten meskipun berbelanja besar pada pra musim lalu. Everton hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka. Kini berada di tangga ke-11.
Pengurus Everton optimis pasukannya akan meneruskan rentak kemenangan. Beliau dikritik hebat kerana menggilirkan pemain untuk Piala Liga minggu lalu.
Ini kerana penyokong Everton mahukan pasukan mereka lebih serius dalam perlawanan pertandingan piala.
Tottenham vs Cardiff
Tottenham tewas lagi di Wembley pada minggu lalu. Kali ini di tangan Barcelona.
Kembalinya kapten mereka, Hugo Lloris ke dalam pasukan mungkin melegakan mereka. Namun pemain itu jelas tidak berada dalam prestasi terbaik pada perlawanan UCL lalu.
Mauricio Pochettino sekali lagi memuji aksi pemain beliau walaupun tewas di tangan Barcelona. Namun jelas sekali Spurs mulai terasa isu squad depth selepas tidak berbelanja pada bursa perpindahan lalu.
Lawan mereka adalah Cardiff City. Pasukan yang dianggap paling teruk setakat ini dalam kempen EPL walaupun mereka berada di tangga ke-19.
Cardiff masih belum menang dan hanya menjaringkan 4 gol setakat ini. Diboloi 16 kali. Mereka akan berhadapan dengan penyerang yang sudah mendapatkan semula sentuhan beliau, Harry Kane.
Under pressure?
Cardiff City manager Neil Warnock fears he could be sacked if their results do not improve.More: https://t.co/3ewOtdMEm3 pic.twitter.com/YW0dZIdQ4P
— BBC Sport (@BBCSport) October 5, 2018
Manchester United vs Newcastle United
Seteru lama, Jose Mourinho dan Rafa Benitez akan bertemu di Old Trafford. Newcastle United dianggap pasukan paling negatif ataupun parking bas dalam EPL setakat ini.
Rafa Benitez tidak memiliki kekuatan pasukan kerana tiada dana yang cukup untuk membeli pemain.
Manchester United masih tak menang dalam 2 perlawanan liga terakhir mereka dan masih tak menang di Old Trafford pada musim ini. Mereka kini di tangga ke-10.
Lawan mereka adalah Newcastle. Pasukan yang masih belum menang sebarang perlawanan musim ini. Agak sukar untuk melihat Newcastle mengejutkan Man. United dalam perlawanan ini.
Man. United yang dilanda pelbagai berita tak enak minggu lalu pastinya mahu bangkit dalam perlawanan ini. Yang menariknya, siapakan pemain yang akan diturunkan oleh Jose Mourinho?
Watford vs Bournemouth
Ini adalah perlawanan di antara pasukan di tangga ke-6 (Watford) dan ke-7 Bournemouth.
Watford jelas memulakan kempen musim ini dengan sangat baik musim ini. Namun dalam perlawanan terakhir mereka tewas di tangan Arsenal.
Bournemouth cemerlang dalam 3 perlawanan terakhir mereka dengan mengutip 6 mata daripadanya.
Kami jangkakan satu perlawanan menarik di antara kedua-dua pasukan dalam usaha mereka menang.