Previu EPL: Analisis Transisi Kepada Sarriball Oleh Chelsea Musim 2018/19

Pada era Antonio Conte, Chelsea menerapkan elemen permainan yang lebih ‘structured’ dan lebih defensif dalam asas 3-4-3.

Model binaan serangan mereka lebih direct dan serangan balas yang sangat tajam.

Namun di bawah Maurizio Sarri, pastinya perkara ini berubah 180%, kerana pengendali ini menggemari bola sepak moden gaya Guardiola, mahupun Bielsa.

Sarriball

Ia adalah gelaran untuk taktikal Maurizio Sarri yang beliau terapkan di Napoli.

Sarri banyak dipengaruhi oleh falsafah Pep Guardiola dalam pembentukan taktikal ini. Sebab itu ada pengulas menggelar ia juga sebagai mini tiki taka.

Taktikal yang menekankan aliran bola bebas (free flowing football) dengan pertukaran hantaran serta posisi yang banyak.

Sarri

Taktikal ini juga berbentuk dahagakan penguasaan bola (possession hunger). Dalam kenyataan selepas perlawanan menentang Manchester City, Sarri berkata:

“Kami cuba untuk menguasai perlawanan pada hari in tetapi kami gagal.”

Taktikal ini memerlukan penguasaan bola untuk dalam perlaksanaannya.

Formasi dan taktikal

Secara asasnya, Maurizio Sarri menggemari 4-3-3, namun beliau juga kerap menggunakan 4-1-4-1, 4-4-2 dan 3-4-3 ketika di Napoli.

Asas serangan Chelsea adalah berasaskan blok rendah, termasuk penjaga gol.

Anda harus fahami konsep La Salida Lavolpiana. Tak mengapa, kepada penyokong Chelsea yang baru nak berjinak dalam dunia binaan serangan berasaskan Salida Lavolpiana ini, anda boleh baca artikel; Taktikal La Salida Lavolpiana, Asas Penting Dalam Binaan Serangan Taktikal Moden.

Kepentingan kualiti dengan bola

Setiap pemain termasuk pertahanan tengah dan penjaga gol perlu ada kemampuan yang baik dan yakin dengan bola di kaki.

Agak menarik untuk menyaksikan Kepa Arrizabalaga yang mungkin akan mengambil sedikit masa untuk meningkatkan keupayaan beliau dalam sistem ini.

Kepa bermain sistem ini di Sepanyol, namun anda melihat sendiri bagaimana penjaga gol sebaik De Gea pun jadi sedikit gugup apabila beraksi di pentas Piala Dunia dengan sistem ini ketika berhadapan pasukan yang menekan secara intensif.

Di bek tengah mereka ada David Luiz yang ada kemampuan membawa bola. Tetapi persoalan yang penting adalah, komitmen David Luiz ketika bertahan dan turun mengejar pemain lawan dalam sistem bek berempat.

Dalam pra musim kali ini, kami melihat Ethan Ampadu antara pemain yang mungkin boleh menjadi pemain yang akan merampas tempat David Luiz.

Ini juga peluang untuk Christensen untuk menjadi pemain yang terus menjadi pertahanan utama sebagai perancang dari belakang. Rudiger dan Cahill boleh dianggap pengisi slot ‘ball winning center back’.

Christensen ada kualiti hantaran yang sangat baik.

Namun pemain ini masih perlu meningkatkan aspek pertahanan secara fizikal kerana dalam sistem bek berempat dalam taktikal ofensif, mereka akan lebih terdedah dengan ancaman secara ‘numerical’.

Azpilicueta bukan pilihan yang baik untuk menjadi bek tengah dalam bek berempat. Beliau akan pemain yang kami jangka akan menjadi be kanan utama berbanding dengan Moses.

Bek sisi dan bek sayap adalah 2 peranan yang sangat berbeza. Anda sendiri lihat bagaimana Marcos Alonso sangat sukar bermain peranan ini ketika bermain menentang pasukan seperti City tempoh hari.

Anda boleh baca artikel kami tentang perbezaan bek sisi dan bek sayap di sini:

Mendefinisi Pemain Sisi Dan Pemain Sayap (Side Midfielder & Winger ) Dalam Bola Sepak

Ambil sedikit masa anda baca penerangan di atas.

Struktur tengah

Jorginho pastinya akan menjadi pemain utama pasukan. Ketika aksi menentang Lyon tempoh hari, gandingan Jorginho-Kante-Barkley nampak sangat baik.

Lihat komunikasi Jorginho dan Kante di sini, bagaimana beliau memberikan isyarat kepada Kante melakukan larian vertikal dan beliau melepaskan hantaran tepat ke situ.

Dalam perlawanan menentang City, Barkley jelas penuh kekeliruan di dalam padang. Namun menentang Lyon beliau menunjukkan dia ada kualiti yang baik untuk bersaing mendapatkan tempat sebagai pemain utama.

Jadi, tiada tiket selesa untuk pemain pinjaman mereka Mateo Kovacic.

Permainan kombinasi

Combination plays merujuk kepada corak permainan dengan variasi gerakan dan hantaran. Berlaku pertukaran posisi dengan segera dan kerap.

Ini yang gagal dilakukan Chelsea dalam perlawanan menentang City tempoh hari. Namun Sarri menyatakan mereka sedang berusaha untuk memperbaiki aspek permainan ini.

Mereka perlukan satu unit pemain yang lebih memahami antara satu sama lain secara taktikal dan teknikal.

Mereka akan cuba meletakkan pemain di zon yang penting untuk memastikan bola boleh dialirkan dengan lancar.

Fluiditi adalah kunci utama dalam serangan mereka.

Morata harus meningkatkan kualiti permainan dan penyudah beliau. Sarri sebelum ini menyatakan beliau percaya kepada Morata selepas aksi pra musim yang memuaskan.

Sistem pertahanan

Ini menarik untuk diulas. Mereka dalam proses untuk bermain secara counter pressing iaitu menekan lawan di garisan tinggi.

Sarri menyatakan mereka masih belajar untuk ‘pressing’ secara unit dan beliau tiada jaminan sama ada ianya boleh selesai segera ataupun tidak.

Perlawanan menentang Manchester City adalah reality check yang terbaik untuk mereka. Sarri berkata:

“Ada beberapa ketika kami melakukan pressing dengan betul dan ada kalanya tidak betul.”

Ini antara situasi apabila pressing tak dilakukan dengan betul, ia akan mengundang masalah ‘outnumbered’ di bahagian belakang serangan.

Rumusan

Chelsea akan cuba menyelesaikan isu taktikal dan pasukan utama mereka secepat yang mungkin.

Ia memerlukan kejurulatihan, dan para pemain bekerja keras dalam beberapa minggu awal ini kerana mereka baru sahaja mengumpulkan pemain yang baru balik bercuti serta pemain baru yang menyertai pasukan mereka.

Bak kata Sarri, tiada jaminan sama ada proses adaptasi ini selesai segera ataupun tidak.

Lebih-lebih lagi Chelsea sudah dikendalikan 2 jurulatih yang lebih menekankan aspek defensif dan serangan balas dengan menyerap asakan di blok rendah, iaitu Mourinho dan Conte.

Yang pasti beliau yakin kualiti pemain yang ada cukup baik untuk menggalas perubahan ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN