EPL musim 2017/18 akan bermula tidak lama lagi. Kami akan membuat previu pasukan-pasukan EPL berdasarkan skuad yang sedia ada.
Pembentukan skuad
Arsenal pada kali ini hanya membawa masuk 2 pemain setakat ini. 2 pemain yang boleh dikatakan pemain yang sudah terbukti bukannya pemain muda ataupun prospek.
Berikut adalah transaksi perpindahan Arsenal setakat ini.
Keluar:
Mark Travers (Weymouth)
Ryan Allsop (Blackpool)
Jordan Lee (Torquay United)
Masuk:
Sead Kolasinac (Schalke)
Alexandre Lacazette (Lyon)
Perpindahan kali ini, Arsenal tidak terbeban lagi dengan impak pemergian pemain utama meskipun masa depan Alexis Sanchez terus menjadi tanda tanya.
Apa yang mereka lakukan adalah mereka menambah kekuatan di bahagian serangan dengan kemasukan Alexandre Lacazette.
Segalanya bergantung kepada Sanchez, jika pemain ini kekal mereka ada kekuatan yang cukup baik di bahagian serangan. Mungkin yang terbaik musim hadapan.
Squad depth
Arsenal tidak ada masalah dengan ‘squad depth’. Namun mereka kerap bergelut dengan krisis kecederaan pada pertengahan musim.
Komitmen mereka pada musim hadapan akan lebih besar kerana ada Europa League. Pasti banyak jadual liga mereka akan diubah dan banyak perlawanan dengan kadar jadual yang agak padat.
Namun Wenger adalah pengurus yang terkenal dengan sikapnya yang terbuka untuk memberikan peluang kepada pemain muda.
Di bahagian serangan mereka memiliki Giroud, Wellbeck, Sanchez dan Lacazette untuk mengisi slot penggempur utama pasukan.
Taktikal
Falsafah bola sepak moden memang sudah sinonim dengan Arsene Wenger. Pengurus ini terkenal dengan 4-2-3-1. Namun beliau membayangkan yang mereka mungkin akan bermain 3-4-3 pada musim hadapan.
Dengan sistem 3-4-3, isu yang menarik adalah kualiti pemain bek tengah Arsenal. Mereka harus memperbaiki aspek ini dengan sebaiknya.
Pemain seperti Bellerin dan Oxlade Chamberlain antara pemain yang menggemari sistem ini. Musim lalu, Arsene Wenger memberitahu, salah satu sebab beliau memilih 3-4-3 kerana mahu memanfaatkan sifat dinamik yang ada pada Chamberlain.
Pasukan ini memiliki kekuatan yang stabil di semua sektor. Lihat kadar serangan mereka dari 3 kawasan utama musim lalu.
Kualiti skuad
Skuad yang ada cukup baik dari segi kualiti. Mereka memiliki pemain-pemain yang lebih matang di dalam pasukan. Dengan kemampuan pasukan ini bermain sistem bek bertiga atau berempat, bermakna ia boleh dijadikan perubahan taktikal ketika ada krisis kecederaan yang teruk.
Mereka ada beberapa pemain yang boleh dianggap pemain skuad (team player) seperti Giroud, Walcott, Wilshere, Ramsey dan ramai lagi.
Kepulangan Santi Cazorla akan memberikan percikan di tengah.
Kelemahan musim lalu
Arsenal berhadapan dengan masalah tidak konsisten pada musim lalu. Mereka juga berhadapan dengan masalah pertahanan mereka yang rapuh pada separuh kedua musim lalu.
Dari aspek serangan pasukan ini musim lalu agak bergantung kepada one man show Alexis Sanchez yang merupakan 9 jadian di dalam sistem serangan mereka musim lalu.
Apa yang kami jangkakan
Kami menjangkakan pasukan ini akan menentukan keutamaan mereka sama ada untuk pertandingan piala ataupun liga.
Dengan isu kecederaan yang kerap menjadi halangan kepada Arsenal sebelum ini, penglibatan di dalam Europa League akan menguji ketahanan skuad mereka pada musim hadapan.
Secara kasarnya mereka sudah menambahkan kekuatan di bahagian serangan. Namun di barisan pertahanan mereka masih menagih konsistensi dari barisan pertahanan mereka.
Arsenal memiliki nama-nama besar di garisan pertahanan.
Arsenal sebelum ini dikatakan hilang aspek penyerang 20 gol semusim yang mengahalang mereka menjadi juara liga dalam beberapa musim sebelum ini.
Namun kini mereka ada Sanchez dan juga Lacazette yang tipikal penyerang 20 gol semusim.