Chelsea hampir menyamai rekod kemenangan berturut-turut Arsenal dengan 14 kemenangan. Ia dilakukan skuad Arsene Wenger pada 2001/02.
Pada beberapa hari lalu Arsene Wenger berkata beliau berbesar hati melihat Chelsea menyamai rekod mereka pada 14 tahun yang lalu. Antonio Conte pula lebih memikirkan 3 mata bukannya rekod kemenangan.
Beliau berkata:
“Rekod kemenangan yang banyak kadangkala boleh menjadi musuh diri sendiri. Ini kerana saya takut kami akan rasa berpuas hati.”
Pertemuan derbi London di antara Spurs dan Chelsea pada kali ini adalah sangat penting untuk kedua-dua pasukan.
Falsafah Taktikal
Kedua-dua pengurus dikenali dengan pengaruh ke atas pasukan. Mauricio Pochettino mungkin banyak belajar selepas menngunakan formasi biasan (mirroring) dalam perlawanan sebelum ini.
Antonio Conte pula pengurus yang mahukan pasukan beliau stabil di bahagian pertahanan dahulu kemudian barulah fokus kepada serangan.
Mereka tidak kisah isu penguasaan bola ataupun hantaran yang kurang di antara pemain. Ketika menyerang mereka sangat tajam.
Dalam perlawanan menentang Bournemouth, mereka gagal menguasai perlawanan, namun hanya dengan 2 cubaan gol pertama, mereka sudah memperoleh 1 gol.
Pochettino pula lebih memerlukan pemain beliau memegang bola lebih banyak di kaki kerana taktikal mereka berasaskan hantaran dan penguasaan bola.
Dari segi pertahanan, Spurs adalah pasukan yang agak agresif dari segi fizikal namun agak terlalu ofensif di bahagian bek sisi. Ia mungkin menjadi titik yang akan dimanipulasi oleh Chelsea.
Prestasi Semasa
Kedua-dua pasukan boleh dikatakan dalam prestasi terbaik untuk perlawanan ini. Spurs berjaya keluar dari kehambaran prestasi sebelum ini di mana mereka hanya menang 1 daripada 10 perlawanan mereka.
Spurs hanya tewas sekali dalam 5 perlawanan terakhir mereka. 4 lagi adalah menang.
Bagi Chelsea, kita semua tahu mereka adalah pasukan yang terbaik di kalangan pasukan dalam 5 liga utama Eropah. 13 kemenangan berturut-turut atapun 39 mata daripada 39 sejak kekalahan mereka di tangan Arsenal.
Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir
Perkembanan Pasukan
Kedua-dua pasukan bebas dari senarai kecederaan dan penggantungan. Namun ada beberapa nama masih disenaraikan dalam senarai berjaga-jaga. Mereka adalah Erik Lamela (Spurs), Marcos Alonso (Che), dan John Terry (Che).
Namun Antonio Conte mengesahkan John Terry kemungkinan besar tidak akan pergi bersama-sama mereka dalam perlawanan ini.
Pemain Tumpuan
Harry Kane (Spurs)
Pemain ini kerap dipersoalkan kemampuan beliau dalam perlwanan-perlawanan besar Spurs musim ini. Namun ia bukan bermaksud beliau tidak ada kualiti dalam perlawanan sebesar ini.
N’golo Kante (Chelsea)
Lupakan dahulu Eden Hazard dan Diego Costa. Kali ini kami memilih N’golo Kante sebagai pemain tumpuan. Ini kerana perlawanan ini dijangka akan sukar di bahagian tengah kerana kualiti pemain tengah kedua-dua pasukan.
Sebelum Wisel
Ini adalah perlawanan besar untu Chelsea dalam proses untuk menjadi pasukan EPL yang kedua menang 14 perlawanan berturut-turut sejak Arsenal pada 2002.
Ironinya, Spurs adalah pasukan yang terakhir untuk melindungi rekod musuh ketat mereka Arsenal yang sudah bertahan selama 14 tahun itu. Manakala, kemenangan Spurs pula akan membolehkan mereka merampas tempat ke-4 dari Arsenal.
Kemenangan Chelsea akan membawa mereka kepada 8 mata di atas pasukan di tangga kedua Liverpool yang keciciran 2 mata di Stadium of Light.
Baca juga: 4 Formasi Bola Sepak 7 Sebelah Yang Boleh Anda Gunakan