Previu: England Mahu Kekalkan Fluiditi, Enggan Ulang Sejarah Hitam

England akan menentang Panama dalam perlawanan kedua. Kemenangan akan mengesahkan England mara ke suku akhir bersama Belgium.

Permulaan yang baik

England menjadi antara pasukan yang beraksi sangat baik dari segi taktikal dalam perlawanan pertama mereka. Ia lari daripada steretaip bola sepak Inggeris yang rigid, 4-4-2 dan bergantung kepada fizikal.

Dalam perlawanan pertama, aksi pemain seperti Lingard sangat mencuri tumpuan dari segi keupayaan mencari ruang. Malang sekali Lingard tidak memiliki penyudah yang tajam ketika itu.

Aspek fluiditi

England masih perlu memperkemaskan lagi aspek fluiditi di dalam sistem permainan mereka yang jelas berasaskan serangan yang banyak menekankan pertukaran posisi dan pergerakan bola yang pantas.

Dalam perlawanan pertama, Dele Alli jelas sekali diarahkan untuk lebih terikat dengan tugasan melepaskan (releasing) Lingard.

Namun beliau jelas tidak melakukan tugasan itu lebih baik. Ini kerana di Spurs, Alli lebih kepada peranan bebas dan tak terikat. Alli dilaporkan tidak bermain pada hari ini kerana masalah kecederaan di betis.

Namun pengganti beliau tetap perlu ada kemampuan untuk memastikan sistem mereka lebih fluid dan tajam.

Sterling pula dijangka akan digantikan dengan Rashford di barisan serangan berdasarkan senarai kesebelasan utama England yang tertiris di media sosial.

Nota kesebelasan utama skuad England yang disebarkan.

Isu penyudah

Perkara yang harus ditekankan England adalah penyudah. Mereka mendapat 2 gol daripada Kane, namun sangat banyak percubaan gol mereka tersasar.

Raheem Sterling dan Lingard adalah 2 nama yang sangat tumpul dengan deretan peluang yang mereka ada.

Oleh itu, perlawanan ini boleh dijadikan medan meningkatkan lagi aspek permainan berpasukan di zon serangan dan menaikkan keyakinan pemain untuk menjaringkan gol.

Elak tragedi

Di England, media perdana mereka, BBC  sudah menyindir agar England tidak mengulangi kekalahan di tangan Iceland pada Euro 2016 dengan judul video: Panama beating England ‘would be the biggest shock’.

Ini kerana, kekalahan di tangan Panama akan menjadi antara detik hitam baru dalam bola sepak England.

Dalam perlawanan pertama, Panama adalah pasukan yang sangat rendah aspek kualiti taktikal dan teknikal mereka. Namun ia bukan bermakna mereka tidak mampu melakukan kejutan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN