Previu: Deschamps Tiada No.9 Tetap, Awasi Kuasa Penyokong Peru

Peru bukanlah lawan yang mudah untuk Perancis jika mereka kekalkan aksi bertenaga seperti menentang Denmark tempoh hari.

Kali terakhir Perancis dan Peru pada 1982 dalam aksi persahabatan yang dimenangi Peru. Dan perlawanan sulung mereka dalam Piala Dunia adalah pada 1930.

Dilema Deschamps

Deschamps menyatakan yang beliau masih belum memutuskan sama ada akan bermain dengan sistem serangan bertiga, Griezmann-Mbappe-Dembele ataupun dengan sistem berasaskan ‘target man’.

Deschamps dalam erti kata lain tiada pemain tetap untuk menggalas posisi no.9. Beliau akan menentukannya berdasarkan perlawanan.

Dalam perlawanan menentang Australia, Perancis bergelut untuk menang. Mujur ada VAR. Kemasukan Giroud jelas memberikan impak lebih baik kepada Deschamps.

Dalam Piala Eropah yang lalu, sistem berasaskan target man dengan bantuan penyerang kedua dalam formasi 4-4-1-1 ataupun 4-2-3-1 telah menjadi tunjang kejayaan Deschamps.

Kekuatan Peru

Pasukan dari Amerika Selatan ada satu semangat untuk bermain menyerang. Mereka ada pemain yang ada kualiti teknikal yang baik seperti Jefferson Farfan, Paolo Guerrero dan juga Carillo.

Peru menghadirkan permainan sangat bertenaga ketika menentang Denmark. Namun gagal menemui gawang, ditambah aksi cemerlang Kasper Schmeichels. Mereka melakukan 17 percubaan gol dalam perlawanan tersebut.

Namun Peru harus memikirkan aspek bertahan juga kerana mereka jelas agak rapuh dalam bertahan terutama sekali ketika menghadapi serangan kilat.

Guerrero vs Lloris

Paolo Guerrero hampir terlepas Piala Dunia kali ini selepas dihukum kerana kesalahan kokain. Namun beliau dibersihkan daripada pertuduhan. Beliau adalah penjaring terbanyak dalam sejarah Peru.

Lihatlah sahaja impak beliau dalam perlawanan menentang Denmark ketika dimasukkan, beliau ternyata sangat bahaya.

Lloris akan beraksi untuk kali ke-100 dalam persalinan Les Bleus hari ini. Penjaga gol yang menjadi kapten kepada pasukan Perancis ini melakukan banyak kesilapan penjaga gol pada musim 2016/17 termasuk bersama Perancis.

Namun beliau tetap dianggap pemain penting dan Piala Dunia 2018 adalah medan terbaik untuk Lloris menjulang Piala Dunia dengan generasi emas Perancis.

Faktor penyokong

Ada pembaca kami bertanya, adakah tempoh hari penyokong Rusia datang beramai-ramai menyokong Peru kerana jelas dalam perlawanan menentang Denmark, ramai sangat penyokong Peru.

Tidak dinafikan ada orang Rusia yang akan masuk ke stadium, namun untuk menyaksikan pasukan seperti Peru, mungkin tidak seramai yang akan menyaksikan pasukan seperti Argentina, Portugal ataupun Brazil.

Berdasarkan maklumat oleh Fox Sports, penyokong Peru antara yang paling ramai berkampung di Rusia untuk mengiringi pasukan mereka ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 36 tahun.

Lebih 10,000 penyokong Peru terbang ke Rusia dan kini mereka sudah dilaporkan mencecah 30,000 orang.

Jadi, Arena Ekaterinburg pastinya akan bergema suara penyokong Peru. Ia akan menjadi pemangkin berharga untuk pasukan mereka.

Deschamps sendiri akui akan faktor penyokong akan memberikan kesan kepada perlawanan. Beliau menyatakan:

“30,000 orang Peru datang ke Moscow. Mereka sangat bersemangat. Kami pernah menentang Colombia pada Mac dengan disaksikan ramai penyokong mereka di Paris.”

“Kami telah ditentang sengit dan agresif dengan kualiti pemain yang mereka ada.”

Dalam perlawanan tersebut Colombia menang 2-3. Lalu Deschamps tidak memandang rendah akan kuasa sokongan kepada Peru ini.

Peru perlu bermain dalam satu pasukan

Jurulatih Peru, Ricardo Gareca mahu anak-anak buah beliau bermain dalam satu pasukan menentang Perancis.

“Kami tiba di sini sebab kami bermain sebagai satu pasukan. Hanya itu kekuatan yang kami ada. Jadi, pada aksi hari ini kami perlu beraksi dalam satu pasukan untuk bermain bola sepak kami.”

“Perancis pasukan pasukan yang ada identiti mereka sendiri, mereka kuat dan boleh menjuarai Piala Dunia ini.”

“Mereka pasukan pilihan dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja lawan mereka. Namun kami yakin boleh menjadi lawan mereka yang sukar.”

Fakta menarik

  • Perancis tidak kalah dalam 7 perlawanan menentang lawan daripada Amerika Selatan selepas kekalaha terakhir pada 1978 menentang Argentina (2-1).
  • 4 perlawanan terakhir Perancis menentang pasukan Amerika Selatan, 3 daripadanya seri tanpa jaringan .
  • Peru kini masih tidak menang dalam 7 perlawanan Piala Dunia selepas kemenangan 4-1 ke atas Iran pada 1978.
  • Pemain terakhir menjaringkan gol dalam Piala Dunia untuk Peru ialah Guillermo la Rosa pada 22 Jun 1982.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN