Previu: Derbi Laut Merah Medan Tebus Maruah Buat Mesir Dan Arab Saudi

Pengendali Mesir, Hector Cuper mungkin sedang menilai kembali nasib mereka sekiranya bintang utama pasukan, Mohamed Salah cergas sepenuhnya sejak hari pertama sepak mula Piala Dunia 2018.

Ia mungkin menghasilkan keputusan dan kedudukan yang berbeza, terutamanya ketika Uruguay memerlukan jaringan minit akhir Jose Gimenez untuk menang 1-0.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Bagi Saudi Arabia, semuanya serba tidak kena dari perlawanan pertama. Dibelasah oleh tuan rumah 5-0 di perlawanan pembukaan, prestasi yang lebih baik dalam perlawanan kedua menentang Uruguay, turut dinafikan oleh jaringan tunggal Luis Suarez.

Tiada lagi slot untuk diburu ke pusingan seterusnya buat Arab Saudi dan Mesir. Dua rakan, juga dua lawan yang hanya dipisahkan oleh Laut Merah di benua Arab itu kini hanya mempunyai maruah sebagai taruhan di Rusia.

(Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Apakah perkara lain yang patut anda tahu menjelang sepak mula pertemuan kedua-dua pasukan jam 10 malam ini?

    • Berjiran dan hanya dipisahkan oleh Laut Merah, ini adalah pertemuan kedua-dua pasukan di dalam kejohanan antarabangsa sejak Piala Konfederasi 1999. Arab Saudi menang 5-1, hasil 4 gol yang dijaringkan Marzouk Al-Otaibi sementara Mesir menerima 3 layangan kad merah.
    • Perlawnan menentang Arab Saudi adalah pertemuan pertama Mesir menentang wakil daripada Asia di Piala Dunia. Dalam penyertaan Mesir di dua edisi sebelum ini, Mesir hanya diundi menentang pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan.
    • Setiap lapan gol yang membolosi gawang pasukan Mesir di Piala Dunia tiba di babak kedua perlawanan.
    • Mesir tidak pernah menang dalam 6 aksi Piala Dunia yang dilalui mereka. (M0 S2 K4). Tetapi rekod terburuk tanpa kemenangan ialah milik Honduras yang tidak pernah menang dalam 9 perlawnaan.
    • Mana-mana pasukan di antara Arab Saudi dan Mesir yang tewas, akan menjadi pasukan pertama yang kalah semua perlawanan Piala Dunia di Rusia ini. Ia juga akan menjadi pasukan pertama sejak Honduras tewas semua perlawanan di Brazil 4 tahun yang lalu.
    • Arab Saudi belum lagi menjaringkan sebarang gol di Piala Dunia 2018 ini. Sebelum ini 11 pasukan turut gagal berbuat demikian dengan Algeria dan Honduras adalah pasukan yang balik awal tanpa jaringan gol pada 2010.
    • Bintang Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan gol dengan satu-satunya percubaan ke arah gol di Piala Dunia setakat ini.

Sebelum sepak mula

Arab Saudi berkemungkinan akan hilang khidmat tiga pemain, Mansoor Al-Harbi, Ali Al-Bulaihi dan Omar Hawsawi.

Manakala Cuper besar kemungkinan akan menurunkan penjaga gol berusia 45 tahun,

(Photo credit should read ISSOUF SANOGO/AFP/Getty Images)

dalam kesebelasan utama untuk mencipta rekod baru kejohanan sebahai pemain paling berusia pernah beraksi.

Rumusan

Bagi Arab Saudi dan Mesir, ini adalah perlawanan penutup bagi mereka di Rusia. Walaupun tidak membawa sebarang erti signifikan lagi, ia boleh dianggap sebagai penebus maruah buat kedua-dua pasukan.

Ia juga dilihat sebagai penentu kepaa masa hadapan Hector Cuper dan juga Juan Antonio Pizzi sebagai pengendali pasukan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN