Previu: Ganjaran Beraksi Di Perlawanan Akhir Menanti Croatia & England

Satu lagi separuh akhir Piala Dunia 2018 bakal berlangsung dengan Croatia akan bertemu England untuk merebut tempat ke perlawanan akhir bertemu Perancis.

Perlawanan ini pastinya berlangsung dengan menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk mara buat ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam satu tempoh yang lama.

Keletihan

Isu utama yang menjadi masalah kepada pasukan Croatia ketika ini adalah isu keletihan.

Bermain sehingga penentuan sepakan penalti sebanyak 2 kali di pusingan 16 pasukan terakhir dan juga suku akhir menentang Denmark dan juga Rusia, sedikit sebanyak mengganggu rentak Croatia.

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia and Daler Kuziaev of Russia compete for the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Dengan masa rehat yang kurang mencukupi, pastinya mereka tidak mahu perlawanan ini dibawa sekali lagi ke penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang.

Sementara bagi England, mereka tidak punya masalah untuk turun dengan skuad penuh mereka.

Gareth Southgate telah pun mengesahkan kesemuanya pemain boleh digunakan walaupun pada mulanya Jordan Henderson dikatakan tidak akan turun kerana cedera.

Jesse Lingard (kanan) (Photo by Sefa Karacan/Anadolu Agency/Getty Images)

Pemain tumpuan

Pemain tumpuan pada malam ini akan dilihat pada diri seorang Luka Modric.

Beliau merupakan kapten Croatia dan terbukti, beliau adalah pemain yang cukup penting buat negaranya.

SOCHI, RUSSIA – JULY 07: Luka Modric of Croatia celebrates following his sides victory in the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Russia and Croatia at Fisht Stadium on July 7, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Setakat ini beliau telah menjaringkan beberapa gol di kejohanan ini, jadi nilai kreatif serta kebolehan menjaringkan gol pada perlawanan ini dari beliau pastinya menjadi taruhan.

Satu gol dari jarak jauh malam ini boleh, Luka?

Bagi England, penulis tertarik untuk saksikan persembahan dari Raheem Sterling.

Beliau sering menjadi subjek kepada kebencian peminat England kerana kegagalan beliau dalam menyempurnakan jaringan gol.

Jadi malam ini, inilah peluang terbaik beliau untuk membuktikan kebolehan beliau menjaringkan gol seperti mana yang beliau sering lakukan bersama Manchester City.

during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Sweden and England at Samara Arena on July 7, 2018 in Samara, Russia.

Sebelum sepak mula

Kedua-dua pasukan jelas mempunyai peluang keemasan untuk mencipta sejarah dalam bola sepak negara mereka.

Penyokong England dikatakan telah menempah pelbagai penerbangan untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi di Stadium Luzhniki.

Sementara penyokong Croatia akan mempunyai harapan menggunung yang bakal diletakkan di bahu Luka Modric, Ivan Rakitic dan rakan-rakan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN