Previu Community Shield: Pertembungan Taktikal Sarri & Guardiola Bakal Cetus Keterujaan Peminat

Ia adalah perlawanan pembuka tirai, tanda bermulanya saingan baru Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, ia dikenali sebagai Charity Shield. Kemudian ia dipaggil Community Shield. Untuk musim 2018/19, perlawanan ini membabitkan Manchester City selaku juara liga musim lalu, dan Chelsea sebagai juara Piala FA.

Lima pertukaran dibenarkan oleh setiap pasukan sepanjang perlawanan. Tiada masa tambahan selepas 90 minit tambahan, tetapi terus ke penentuan sepakan penalti jika keputusan masih terikat. Tidak ada juga tiga mata seperti yang ditampilkan di Liga Malaysia

Kedua-dua pasukan masih tanpa khidmat pemain terbaik kerana masih bercuti dari Piala Dunia yang lalu. Kami lebih gemar membawa pembaca kami melihat aspek taktikal untuk dikongsikan.

Pengenalan

Maurizio Sarri akan melakukan penampilan pertama dalam perlawanan kompetitif bersama Chelsea. Pengurus berbangsa Itali ini akan berhadapan dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu, Manchester City.

Sarri berpeluang menjadi antara pengurus pertama di EPL untuk memenangi trofi melalui penampilan pertama jika menang perlawanan ini.

Kali terakhir ia dilakukan ialah oleh David Moyes ketika mengemudi Manchester United pada 2013.

Tetapi kebolehan Pep Guardiola juga tidak harus dipandang sipi. Dianggap sebagai salah seorang pengurus terbaik dunia, Guardiola mempunyai rekod menewaskan Napoli kendalian Sarri dalam dua perlawanan di pertandingan UEFA Champions League pada musim lalu.

Chelsea 

‘Sarri-Ball’. Itulah jenama dan legasi bola sepak yang sinonim dengan pengurus dari Itali ini.Maurizio Sarri terkenal dengan formasi menyerang 4-3-3.

Di dalam sistem ini, barisan hadapan akan melakukan high press di kawasan lawan, dua bek sayap juga akan berada di garis tinggi di bahagian sisi, dan blok pertahanan terakhir turut berada di garis tinggi.

(Photo by Will Russell/Getty Images)

Tujuannya ialah supaya pemain-pemain berada berhampiran antara satu sama lain, dan secara teori ia juga bermaksud lebih mudah untuk memenangi bola setiap kali penguasaan hilang.

Ini adalah perlawanan kompetitif pertama Chelsea kendalian Sarri. Oleh itu, jangan jangkakan perubahan boleh dilakukan dalam tempoh terdekat. Tetapi ini boleh kita jangkakan.

Cesc Fabregas mungkin akan beraksi di garis lebih rendah, untuk menggunakan kemahiran hantaran jauh oleh pemain ini. Manakala Jorginho akan beraksi sebagai No.6, sebagai pivot dan mengawal perlawanan.

(Photo by Paul Kane/Getty Images)

Ross Barkley menunjukkan pretasi yang baik ketika pra musim. Begitu juga dengan penyerang sayap berusia 17 tahun, Callum Hudson-Odoi yang mengambil alih posisi Eden Hazard di sebelah kiri.

Idea permainan ‘Sarri-ball’ ialah untuk pemain mengawal penguasaan bola, menghantarnya dengan pantas, dan secara agresif menyerang kubu lawan berasaskan penguasaaan.

Pemain-pemain harus setiasa bergerak untuk mencari ruang kosong dan sentiasa berada di dalam bentuk ‘diamond’, dan setiap hantaran di dalam bentuk vertical.

(Photo by Paul Kane/Getty Images)

Jika Chelsea gagal memenangi bola di peringkat awal, mereka akan berada di garis rendah, dan memaksa lawan untuk menghantar bole ke bahagia sisi.

Chelsea akan kekal kompak, untuk menafikan ruang lawan menghantar bola ke hadapan dengan melakukan hadangan di setiap ruang hantaran (passing lanes).

Manchester City

Juego de Posición bukan taktikal bola sepak yang baru. Tetapi di bawah Pep Guardiola, taktikal ini sentiasa diperbaharui dan melalui pemodenan sesuai dengan klimaks saingan yang dihadapi.

Di atas kertas, kita tahu Pep Guardiola akan mempertaruhkan 4-1-4-1 atau 4-3-3 dengan arahan yang spesifik terhadap beberapa pemain berdasarkan lawan yang dihadapi.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Namun idea dari Guardiola tetap sama. Pemain sayap akan kekal berada di sisi zon serangan, dua pemain tengah menyerang (biasanya De Bruyne dan David Silva) bebas bergerak, di setiap grid sebelum turut membantu untuk menjaringkan gol.

Manakala bek sayap juga akan melakukan overlap, atau pun underlap, berdasarkan perkembangan serangan pasukan. Di sinilah peranan inverted/hybrid full back (kebiasaannya oleh Kyle Walker), yang beraksi di bahagain tengah pasukan berfungsi.

(Photo by Michael Reaves/Getty Images)

Seperti taktikal oleh Sarri, arahan taktikal oleh Pep juga menuntut pemain sentiasa bergerak dan berada di posisi yang betul.

Hantaran dilakukan secara vertikal untuk menyerang, dan setiap kali kehilangan bola, pemain wajib melakukan pressing untuk memenangi bola secepat mungkin.

City memiliki hampir kesemua pemain yang beraksi di Piala Dunia yang telah kembali.

(Photo by David Banks/Getty Images)

Cuma ia mungkin agak terlalu awal untuk menurunkan beberapa pemain seperti De Bruyne, Kompany, Kyle Walker dan Raheem Sterling.

Riyad Mahrez turut mengalami sedikit kecederaan. Mengambil kira status perlawanan ini, Guardiola mungkin akan memilih untuk menurunkan pemain muda seperti Phil Foden, Cameron Humphries dan Brahim Diaz.

Penutup

Ia adalah permulaan musim. Ketajaman mungkin menjadi isu di dalam perlawanan ini. Masalah utama bagi Sarri ialah tidak cukup masa untuk menadaptasikan taktikal beliau bersama pasukan barunya ini.

Sarri dan Guardiola menerapkan corak permainan menarik yang turut membenarkan banyak gol untuk dijaringkan. Skuad Guardiola munkin belum berada di tahap terbaik dari segi kecergasan. Namun mereka lebih bersedia dari segi organisasi.

Musim baru Liga Inggeris akan bermula. Sudahkah anda bersedia?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN