Previu: Alexis Sanchez Dan Vidal Ketuai Cabaran Chile Menentang Cameroon

Pada Piala Dunia 2014 dan Copa America yang lalu, Chile digelar pasukan yang menggunakan pendekatan bola sepak ‘fast and furious’.

Juara Afrika, Cameroon akan berhadapan dengan Juara Latin dalam perlawanan pertama mereka. Seperti Portugal, Chile juga antara pasukan yang layak ke kejohanan ini buat pertama kali.

Chile berjaya mengatasi cabaran Brazil dan Argentina untuk mara ke sini.

Cameroon pula sudah 3 kali muncul dalam kejohanan ini.

Perkembangan pasukan

Chile dan Cameroon membawa pasukan terbaik mereka untuk kejohanan ini. Namun skuad Chile berhadapan dengan krisis kecederaan Claudio Bravo yang masih bergelut untuk cergas.

Beliau dijangka akan disisihkan dalam perlawanan pertama ini. Namun Chile ada 2 pemain yang bertaraf dunia di dalam skuad mereka iaitu Alexis Sanchez dan Arturo Vidal.

Ramai pemerhati merasakan Chile pada kali ini akan menjadi pasukan kuda hitam untuk menjuarai kejohanan ini.

Cameroon dilaporkan tiada masalah kecederaan buat masa ini. Mereka boleh menurunkan skuad terbaik mereka. Cameroon pastinya mengharapkan sentuhan cemerlang Vincent Aboubakar dalam temasya kali ini.

Prestasi semasa

Dalam 5 perlawanan terakhir, Cameroon menang 2 kali, seri sekali dan kalah 2 kali.

Photo by: GABRIEL BOUYS/AFP/Getty Images)

2 kekalahan mereka berlaku dalam 2 perlawanan terakhir mereka sebelum ke Russia.

Chile mempunyai rekod ‘kembar’ dengan Cameroon dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Cuma mereka tidak tewas 2 kali berturut-turut.

2 kekalahan mereka ketika menentang Argentina pada Mac lalu dan menentang Romania baru-baru ini.

Fakta perlawanan

1. Cameroon adalah pasukan kedua paling muda dari segi purata umur pemain selepas pasukan Jerman.

2. Claudio Bravo pertama kali disisihkan dari kesebelasan utama selepas 2 edisi Piala Dunia dan 4 Edisi Copa America.

Sebelum wisel

Ramai meletakkan Cameroon sebagai pasukan bukan pilihan. Dalam sidang media selepas kekalahan 4-0 di tangan Colombia, jurulatih Cameroon, Hugo Broos memberikan amaran kepada pemain beliau dengan berkata:

“Hanya pemain yang benar-benar bersemangat dan bersungguh-sungguh sahaja akan layak untuk beraksi dalam kesebelasan utama kami di Piala Konfederasi.”

Ia memberikan bayangan bahawa, Cameroon tidak ada jaminan kepada mana-mana pemain untuk tempat mereka dalam pasukan utama.

Chile menjadi pasukan yang terkenal dengan disiplin dan juga stamina para pemain mereka yang sangat tinggi.

Siapakah yang akan menang dalam pertarungan yang kami jangkakan penuh bertenaga sepanjang 90 minit ini? Kongsikan ramalan anda dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN