Previu: Brazil Dijangka Tiada Masalah Berhadapan Costa Rica

Aksi Piala Dunia 2018 jam 8 malam waktu Malaysia hari ini akan menyaksikan pasukan Brazil akan menentang Costa Rica.

Kedua-dua pasukan terdesak mahukan kemenangan dengan Brazil perlu menang untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan kalah mati.

Sementara Costa Rica pula wajib menang untuk tidak tersingkir seawal 2 perlawanan di Piala Dunia.

Perbezaan kualiti

Di atas kertas, kedua-dua pasukan ini ini mempunyai jurang kualiti yang cukup besar.

Brazil mempunyai skuad pemain yang cukup berkualiti di setiap posisi pasukan mereka.

Namakan saja, Alisson, Marcelo, Neymar dan Philippe Coutinho – semua Brazil ada!

Tetapi tidak bagi Costa Rica, mereka kekurangan kualiti jika hendak dibandingkan dengan pasukan Brazil yang serba lengkap.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Walaupun begitu, mereka tetap boleh bersandar kepada pemain seperti Bryan Ruiz dan dan juga Keylor Navas untuk memberikan cabaran kepada Brazil.

Jurang kualiti antara kedua-dua pasukan mungkin ketara, namun itu tidak bermakna pasukan seperti Costa Rica tidak boleh memberikan cabaran yang sengit kepada Brazil.

Hal ini dapat dilihat menerusi persembahan yang baik ditunjukkan oleh pasukan Switzerland ketika mereka berjaya mengikat Brazil 1-1 dalam perlawanan pertama.

(Photo by Michael Steele/Getty Images)

Costa Rica juga telah membuktikan mereka pasukan yang sukar untuk ditewaskan apabila hanya tewas tipis di tangan Serbia tempoh hari.

Harus diingat, bola sepak merupakan permainan berpasukan.

Walaupun Brazil dipenuhi dengan pemain bintang, namun jika Costa Rica bangkit dengan aksi berpasukan, segalanya boleh terjadi.

Pemain tumpuan

Lupakan Neymar, penulis kali ini memilih Philippe Coutinho sebagai pemain tumpuan pada kali ini.

Beliau jelas memberikan persembahan yang cukup baik pada perlawanan yang lalu dengan memberikan satu gol kepada pasukan beliau.

Jadi pada malam ini, sudah pasti kreativiti dan kelincahan beliau pastinya ditagih oleh Brazil untuk membantu barisan serangan untuk merobek pertahanan Costa Rica.

(Photo credit should read MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

Sementara bagi Costa Rica, tumpuan terarah kepada penjaga gol – Keylor Navas.

Penjaga gol handal ini pastinya ditagih khidmatnya untuk menjadi perbezaan antara menang dan kalah buat Costa Rica.

Beliau sememangnya mampu dijadikan sandaran andai pertahanan Costa Rica tidak bermain cemerlang pada malam ini.

Namun harus diingat, kecemerlangan beliau haruslah disamakan dengan prestasi baik barisan serangan untuk membolehkan Costa Rica mendapat 3 mata peting pada malam ini.

Sebelum sepak mula

Brazil malam ini pastinya menjadi pilihan dalam misi untuk ke pusingan seterusnya.

Sementara Costa Rica perlu membuat satu gerak kerja yang cukup ampuh untuk memastikan mereka tidak pulang awal pada kejohanan ini.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN