Previu: Arab Saudi Hadapi Tugas Sukar Berdepan Dengan Uruguay

Aksi Piala Dunia 2018 untuk kumpulan A diteruskan dengan Uruguay berhadapan dengan Arab Saudi.

Uruguay terlepas dari permulaan tidak baik tempoh hari apabila berjaya memperoleh kemenangan minit akhir menentang Mesir.

Sementara bagi Arab Saudi, mereka mengalami mimpi buruk apabila kecundang 5-0 di tangan Rusia dalam perlawanan pembukaan.

Jauh dan tak kelihatan

Bagi pasukan Uruguay, mereka dilihat sebagai calon pilihan untuk menjadi pemenang dalam perlawanan ini.

Jika dibandingkan dari segi keupayaan pasukan, Uruguay jelas mempunyai kelebihan ditambah mereka mempunyai barisan pemain bertaraf dunia seperti Luis Suarez, Edison Cavani dan Diego Godin.

Dalam aksi menentang Mesir tempoh hari mereka telah menunjukkan kualiti mereka sebagai pasukan utama dunia.

Cuma ketumpulan barisan serangan yang diterajui Cavani dan Suarez sahaja menidakkan Uruguay sendiri untuk mendapatkan jaringan yang lebih besar.

Bagi Arab Saudi, moral mereka pastinya sudah jatuh selepas dibelasah teruk di hari pembukaan.

Dengan perlawanan sukar menentang Uruguay menanti, tempat untuk beraksi di pusingan kalah mati seakan sudah jauh dan tidak kelihatan lagi buat mereka.

Ia ditambah dengan Arab Saudi kini mempunyai perbezaan gol negatif dengan memboloskan 5 gol dan tidak menjaringkan sebarang gol.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 14: Mohammed Alsahlawi of Saudi Arabia looks on dejected during the 2018 FIFA World Cup Russia Group A match between Russia and Saudi Arabia at Luzhniki Stadium on June 14, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Namun jaguh Asia ini boleh mengambil semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Jepun ketika menentang Colombia semalam.

Mereka pastinya boleh menjadikan Jepun sebagai inspirasi untuk mendapatkan kemenangan atau mungkin 1 mata dari perlawanan ini.

Pemain tumpuan

Untuk Uruguay, jelas sekali tumpuan terletak kepada Luis Suarez.

Tumpuan ini diberikan adalah untuk melihat sejauh mana beliau mampu bangkit dari persembahan buruk beliau ketika menentang Mesir tempoh hari.

Persembahan Suarez cukup berada di bawah par dan ianya terbukti menerusi peluang di separuh masa pertama ketika menentang Mesir.

Peluang yang dilepaskan oleh Suarez itu merupakan peluang betul-betul di hadapan pintu gol yang sepatutnya bagi pemain seperti beliau tiada masalah untuk disudahkan dengan gol.

during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Egypt and Uruguay at Ekaterinburg Arena on June 15, 2018 in Yekaterinburg, Russia.

Menentang Arab Saudi yang berkemungkinan lawan lebih mudah berbanding Mesir, sudah pasti Suarez mampu mencari jaringan untuk mengembalikan prestasi beliau.

Jika tidak berjaya, mungkin Piala Dunia kali ini bukanlah kejohanan yang baik buat beliau.

Bagi Arab Saudi, tumpuan kami tertumpu kepada Salman Al-Faraj.

Jika mengikut statistik, Salman merupakan pemain terbaik Arab Saudi dalam perlawanan menentang Rusia tempoh hari.

Beliau mencatatkan rekod yang baik dari segi hantaran apabila 91% dari hantaran beliau ada hantaran tepat.

Selain itu, 4 daripada 7 duel beliau berjaya dimenangi oleh beliau menjadikan beliau seorang yang boleh diharap di bahagian tengah Arab Saudi.

during the 2018 FIFA World Cup Russia Group A match between Russia and Saudi Arabia at Luzhniki Stadium on June 14, 2018 in Moscow, Russia.

Sebelum sepak mula

Satu perlawanan, dua misi berbeza. Itulah gambaran awal yang boleh diberikan untuk perlawanan ini.

Uruguay kini selangkah ke pusingan kalah mati dan mereka boleh mengesahkannya dengan menewaskan Arab Saudi.

Sementara bagi Arab Saudi, ini merupakan peluang kedua untuk menghidupkan peluang beraksi di peringkat seterusnya walaupun peluang itu amat tipis.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN