Previu ACL 2020: Vissel Kobe vs JDT

Vissel Kobe akan menjamu kunjungan JDT dalam aksi kumpulan G, Liga Juara Juara AFC (ACL) di Misaki Park Stadium.

Perjalanan ke ACL

JDT mara selaku juara Liga Super Malaysia musim 2019. Kejayaan tersebut berjaya membolehkan mereka mendapatkan slot automatik tunggal ke ACL selaku wakil Liga Malaysia.

Manakala, pasukan Liga J, Vissel Kobe mara ke ACL 2020 selepas menewaskan Kashima Antlers dalam aksi final Piala Maharaja Jepun pada Januari lalu – untuk mendapat slot automatik.

Iniesta vs Safawi

Bintang veteran Sepanyol, Andres Iniesta pastinya menjadi tumpuan dalam aksi kali ini.

Bekas kapten Barcelona itu sudah berikrar bahawa beliau mahu menamatkan kariernya di Jepun. Dan pastinya beliau mahu menamatkan karier dengan kejayaan menjulang ACL.

Safawi Rasid pula menjadi sandaran pasukan JDT sejak beberapa musim ini.

Prestasi cemerlang Safawi ketika bersama JDT dan skuad kebangsaan adalah kerana keyakinan dan ketenangan pemain ini di atas padang. Disulam dengan kualiti teknikal yang ada padanya.

Penampilan kedua JDT

Ini merupakan penampilan kedua JDT dalam pentas ACL. Musim lalu, walaupun tersingkir di peringkat kumpulan, namun JDT menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Mereka berjaya menang sekali dan seri sekali di peringkat kumpulan musim lalu.

JDT tewas di Jepun ketika berhadapan dengan Kashima Antlers musim lalu. Namun mereka berjaya menewaskan lawan yang sama di Larkin.

Vissel Kobe dalam mood terbaik

Jika JDT masih belum memulakan kempen musim ini, Vissel Kobe pula sudah menikmati satu kejayaan musim ini.

Ini apabila mereka berjaya menjulang Piala Super Jepun dengan menewaskan juara bertahan – Yokohama F. Marinos – menerusi penentuan penalti – selepas terikat tiga sama.

Sebelum wisel

Di atas kertas pastinya Vissel Kobe adalah pilihan. Namun mereka pasti sedar prestasi JDT di ACL musim lalu yang banyak memberikan masalah kepada lawan mereka.

JDT perlu tenang dan memperagakan aksi terbaik mereka untuk mengejutkan Viseel Kobe.

Kualiti di bahagian tengah dijangka akan menjadi pertarungan paling penting di antara kedua dua pasukan.

Jadi, kongsikan dengan kami ramalan anda untuk aksi ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN