Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Previu: 5 Perkara Daripada Pertemuan Man. United vs PSG

Manchester United akan berhadapan dengan PSG dalam aksi peringkat 16 akhir UCL – bagi perlawanan pertama. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.

1. Tekanan Thomas Tuchel

Thomas Tuchel kehilangan 3 nama besar iaitu Neymar, Marco Verrati dan Cavani dalam perlawanan ini. Beliau juga turut kehilangan Thomas Meunier.

Namun dengan kualiti ‘squad depth’ yang ada, Tuchel pastinya masih perlu memberikan hasil terbaik di dalam perlawanan ini.

Laporan di Perancis menyatakan, Thomas Tuchel tegas dengan pendirian beliau untuk terus membekukan pemain bermasalah Adrien Rabiot daripada pemilihan pasukan beliau.

Tekanan pastinya lebih kepada PSG dan Tuchel. Kerana pemilik PSG meletakkan UCL sebagai keutamaan mereka.

2. Mbappe vs Rashford

Lupakan sejenak Paul Pogba, kerana Rashford juga antara pemain yang cemerlang. Jadi memang sangat kena untuk kita bandingkan beliau dengan Kylian Mbappe.

2 pemain ini akan menjadi sumber tenaga penting di bahagian serangan – tidak kiralah di posisi apa mereka bermain.

3. Manchester United perlu ambil kesempatan

Dengan kehilangan beberapa pemain utama PSG, ini adalah peluang terbaik untuk Man. United cuba mengatasi pasukan serba bintang PSG. Man. United dalam prestasi terbaik ketika ini dengan 10 kemenangan daripada 11 perlawanan – tanpa kalah; sejak Ole Gunner Solskjaer mengambil alih.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 25: Manchester United fans hold a banner showing support for Ole Gunnar Solskjaer, Interim Manager of Manchester United during the FA Cup Fourth Round match between Arsenal and Manchester United at Emirates Stadium on January 25, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Perlawanan pertama di Old Trafford pastinya mereka mahu membawa kelebihan gol untuk timbal balik di Paris kelak.

Sementara itu, PSG  tewas 2 daripada 10 perlawanan terakhir mereka. Dan bergelut dalam aksi menentang Bordeaux.

4. Pertarungan taktikal

Thomas Tuchel dikenali dengan keinginan beliau bermain secara high tempo dan high pressing football. Manchester United kini antara pasukan yang sangat tajam dalam serangan balas dan ‘fast break’.

Red Devils turut lebih positif untuk bermain lebih ofensif di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Jadi pertarungan taktikal di antara Tuchel dan Solskjaer pastinya menarik untuk disaksikan.

5. VAR

VOLGOGRAD, RUSSIA – JUNE 22: The big screen inside the stadium shows that a VAR review has resulted in Iceland being awarded a penalty during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Iceland at Volgograd Arena on June 22, 2018 in Volgograd, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Perlawanan UCL malam ini melibatkan Man. United vs. PSG dan juga Roma vs Porto menyaksikan buat julung kalinya VAR digunakan dalam UCL. Pasttinya ia akan menambah lebih drama di atas padang.