Previu: 4 Fakta Perlawanan Pembukaan Kumpulan B, Iran Tidak Gentar Taktik Kotor AS

Perlawanan pembukaan Kumpulan B akan dimulakan dengan pertemuan wakil Afrika, Maghribi dan wakil dari Asia, Iran.

Di dalam kumpulan yang turut memuatkan gergasi dari Eropah seperti Portugal dan Sepanyol, perlawanan ini dianggap wajib menang bagi kedua-dua pasukan, jika ingin memasang impian mara ke peringkat seterusnya.

1. Kontroversi melanda Iran

Dari segi politik dan hubungan luar, Iran dikenali sebagai sebuah negara Islam yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

Perkara itu kembali menghantui mereka menjelang persiapan dan sepak mula kempen mereka di Rusia pada kali ini.

Selepas perlawanan persahabatan menentang Greece dan Kosovo dibatalkan, Iran mendapat perkhabaran syarikat sukan terkenal dunia, Nike tidak akan membekalkan kasut but untuk kegunaan pemain mereka di Rusia.

(Photo credit should read ALEXANDER NEMENOV/AFP/Getty Images)

Ini berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap negara tersebut.

Adakalanya, kesukaran boleh dijadikan pendorong untuk mencapai kejayaan.

“Kami tidak pernah menggunakan permintaan maaf atau sebarang justifikasi. Kami menggunakan segala kesukaran sebagai inspirasi untuk meningkatkan  motivasi ketika turun beraksi,” kata juruatih Iran, Carlos Queiroz.

2. Bintang Afrika Utara

Ketika Maghribi menjuarai saingan peringkat kumpulan di Piala Dunia 1986 untuk menjadi negara Afrika pertama bejaya berbuat demikian, hanya beberapa pemain skuad hari ini sahaja sudah dilahirkan.

Bersama Maghribi di saingan peringkat kumpulan di Mexico pada ketika itu ialah England, Poland dan juga Portugal.

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – APRIL 15: Romain Saiss of Wolverhampton Wanderers during the Sky Bet Championship match between Wolverhampton Wanderers and Birmingham City at Molineux on April 15, 2018 in Wolverhampton, England. (Photo by Malcolm Couzens/Getty Images)

Mengetuai skuad Maghribi dalam kempen di Rusia ialah pemain kelahiran Perancis juga bek tengah Juventus, Mehdi Benatia.

Berpasangan dengan Benatia di bahagian benteng ialah bek tengah Wolverhampton Wanderers yang akan beraksi di EPL pada musim hadapan, Romain Saiss.

(Photo by Romain Biard/Icon Sport via Getty Images)

Posisi bek sayap turut boleh diisi oleh pemain yang berpengkalan di Eropah, dengan bintang muda Real Madrid Achraf Hakimi (gambar atas) dan bek sayap Lille di Ligue 1 Perancis, Hamza Mendyl turut dijangka akan diturunkan.

Di bahagian tengah, Maghribi turut memiliki Mbark Boussoufa yang pernah beraksi selama lima musim di Liga Rusia bersama Anzhi Makhachkala dan Lokomotiv Moscow.

Skuad ini juga memiliki pemain sayap Ajax, Hakim Ziyech untuk dipertaruhkan di bahagian sayap.

3. Taktikal

Iran adalah negara paling menyerlah di kalangan pasukan Asia yang melayakkan diri ke Piala Dunia.

Skuad bimbingan Queiroz melalui kempen kelayakan benua Asia tanpa merekodkan kekalahan sepanjang 18 perlawanan.

Iran sering beraksi menggunakan formasi 4-1-4-1. Pasukan ini sebenarnya kurang mempunyai fludity dalam permainan mereka, dan juga tidak bagus dalam mengekalkan penguasaan bola.

Namun corak permainan direct mereka sering kali menghukum kesilapan lawan. Iran akan sentiasa cuba menghantar bola ke bahagian hadapan, sama ada melalui bahagian sayap atau tengah, dan memaksa lawan melakukan kesilapan untuk menjaringkan gol.

Maghribi pula memilih corak permainan lebih moden dengan 4-3-3/4-2-3-1 sering menjadi pilihan.

Bersandarkan sistem pivot di setiap transisi pertahanan dan serangan, Maghribi juga cenderung melakukan pressing terhadap lawan di garisan atas dengan memaksa pemain lawan ke arah bahagian sisi padang.

Ia adalah langkah awal untuk mematikan gerakan lawan, sekaligus merampas kembali bola untuk serangan balas.

4. Pemain tumpuan

Bintang utama Iran ialah Alireza Jahanbakhsh yang menhasilkan 21 jaringan dan 12 bantuan gol untuk AZ Alkmaar di Eredivisie pada musim lalu.

Namun jika dari segi impak, anda mungkin tidak mahu terlepas nilai aksi Sardar Azmoun yang beraksi bersama Rubin Kazan di Rusia.

Kekuatan utama pemain dengan nama jolokan ‘Messi Iran’ ini ialah  sentuhan penyudah yang pelbagai, sama ada melalui tandukan, atau pun ketika menyambut lorongan rakan sepasukan.

Di kem Maghribi, kepimpinan Mehdi Benatia sebagai kapten pasti ditagih dan pengalaman Mbark Boussoufa yang pernah beraksi di Rusia sebelum ini turut diharapkan tenang mengemudi bahagian tengah.

(Photo by Romain Biard/Icon Sport via Getty Images)

Jurulatih Maghribi, Herve Renard turut akan mencari inspirasi dariapada pemain berusia 20 tahun, Amine Harit yang cemerlang bersama skuad utama Schake di Bundesliga pada musim lalu.

Harit adalah penerima anugerah ‘Bundesliga Rookie of the Year’ walaupun hanya mulai beraksi di Bundesliga pada musim lalu.

Sebelum sepak mula

Kedua-dua pasukan mempunyai rekod kemenangan yang cukup baik menuju ke Piala Dunia di Rusia.

Perlawanan ini dijangka sengit, namun menarik untuk diikuti sebagai dua pasukan underdog yang mahu melakukan kejutan di dalam Kumpulan B.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN